Dah dua post saya sedih kan? Saya masih lagi dalam mode tak berapa ok sebenarnya, tapi seperti biasa, masa akan jadi pengubat kepada jiwa yang lara. Walau bagaimanapun pastinya saya dan keluarga akan terus berdoa semoga keadaan akan menjadi seperti biasa.
Saya nak bagi tahu yang saya agak kerap memasak sekarang.
Sebaga contoh, kalau hari cuti, saya akan buat breakfast. Saya masak cucur udang selalunya. Lepas tu, kami akan lunch petang sikit, dalam jam 5 ke, 6 ke. Malam pulak, kami makan ringan ringan atau minum air aja.
Hubby pulak, very demanding. Macam hari Sabtu lepas, dia nak sambal udang petai. Dia juga set nak gulai lemak ketam on Sunday. Gulai lemak ketam tu pulak, tahan sampai dinner hari Isnin. Hari ini pulak, dia nak makan ikan masak sambal....hmmmm.
Tapi tak pe, hubby sekarang buat sit ups everyday...dia katalah, tapi saya tak pernah tengokpun dia buat, hiikkkksss.
Hari ini juga saya masak cendawan. Saya tumis aja bawang putih dan halia, lepas tu saya masukkan tomato, tumis sat, pastu masuk kan air banyak sikit, dah menggelegak, saya masukkan cendawan dan cabai burung...yummy...saya suka cendawa masak macam ni daripada cendawan goreng la rasanya.
Dannn, selepas makan, hubby sudah mengantuk...
Okay lah, itu aja, kami nak keluar ke Plaza Masallam kejap.....
No comments:
Post a Comment