Seperti biasa, bila cuti, mata tak boleh tidur. Pukul 6.00 pagi sudah bangun. Hmmmm
Hubby pulak, rupanya sudah ada masalah angin. Saya buatkan air teh halia. Lepas tu saya terus masak...masak heavy terus, masak kari ikan, buat sambal belacan, goreng ikan dan potong timun. That will be our breakfast, lunch and dinner if we take one.
Saya kurang menangis hari ni, tapi saya istiqamah berdoa. Yup, doa biasa, aku redha atas dugaan ini ya Allah, tapi engkaulah yang maha berkuasa, hanya engkau yang boleh menyembuhkan segala penyakit, oleh kerana itu ya allah, aku memohon supaya disembuhkan mata Imran, semoga Imran boleh melihat semula dalam masa terdekat ini Ya allah...Aaamiiin.
Saya tahu sebenarnya akan tiba masanya saya akan menjadi kuat...tapi di sini saya ingin merakamkan rasa syukur sangat atas kekuatan ibu kepada Imran. Saya ingat lagi di mana Pijah adalah anak sedara saya yang sulung, yang kami semua manjakan, yang kami sentiasa rasa masih baby walaupun sebenarnya dia telah dewasa.
Dia melalui semuanya, zaman kanak-kanak yang ceria, zaman remaja yang rebellious, but now she is a mature person, a strong mother, I must say that I admire her.
Yup, dia menangis, tapi dia berusaha mencari kekuatan. Dia bertanya, dia buat research...dan pastinya dia kembali kepada tuhan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Pijah dan menunjukkan jalan untuk kami mengembalikan penglihatan Imran.
Terimalah doa kami Ya allah, aamiin
No comments:
Post a Comment