Wednesday, April 24, 2013

Syndrome SS

Saya tak tahu macam mana nak cerita, tapi saya suka sangat baca blog saya sendiri...heeee

Hubby kata saya ada syndrome SS...Syok Sendiri...apa-apa je laaa

Petang tadi hujan lagi dan jalan balik ke Shah Alam mengambil masa lebih dua jam. Saya rasa macam nak menangis dalam kereta tu. Rasa nak marahhhh aja...tapi saya marah kat sape pulak kan? Lepas tu tiba tiba juga timbul rasa insaf dan terus beristigfhar...Allah bagi cabaran sikit aja, tapi saya macam sudah mahu kecundang...lemah betul.

Masuk Shah Alam, saya call hubby, minta tolong dia buka gate supaya saya boleh cepat masuk kereta dan pecut untuk perform Maghrib..heee...alhamdulillah sempat.

Saya tak jog la malam ni...tak larat. Hubby ajak pergi makan, dia order tomyam, telur dadar dan kangkung masak belacan...saya makan nasi hubby sikit...heeeee

Itu ajalah dulu...short one before I retire for the day...gudnite!

No comments:

Post a Comment