Wednesday, April 17, 2013

Merajuk Lagi

Semalam saya merajuk dengan suami. Bendanya kecik tahap gaban...fasal aiskrim. Tapi saya snap sekejap ajalah, 1 minit kut...
 
Pagi ni pun sebenarnya saya macammm...bukan merajuk kut, tapi geram.
 
Sebab? Kecik aja....kami terbangun lambat, so dua-dua pun bergegas lah bersiap, solat, bla bla bla. Saya nak keluar rumah pun dah memang lambat, dalam pukul 7.10 gitu...tapi hubby duduk/tidur pulak dalam bilik.
 
Hmmm...saya dah tak ada masa dah nak g masuk bilik lagi ke, nak salam ke dengan dia (hubby saya ni, sense or urgentness tu memang kurang sikit ye). Saya geram sebenarnya, iyalah, nak la salam dulu sebelum pergi kerja kan, minta dia doa apa-apa ke untuk saya. Tapi, hubby saya mungkin tak sedar apa pun, jadi pagi tadi saya pergi kerja tanpa jumpa hubbylah..benda kecik ajapun kan?
 
Looking back, saya pun tak tahu kenapa terlebih sensitif pulak saya lately? Saya dah habis periodpun sekarang ni so PMS shoud not be the reason. Mungkin juga puncanya adalah sebab saya stress tapi saya tak sedar? Kadang-kadang kita sendiri tak faham diri kita kan?
 
Memikirkan perkara merajuk, kecil hati, marah, kecewa dll ni, kita perlu pandai menangani perkara ini. Kalau setakat merajuk sikit-sikit dengan hubby, itu memang lumrah, tapi berhati-hatilah jangan terikut denga emosi sampai memakan diri.
 
Saya ada kawan yang hampir hari-hari memuatnaik rasa kecewanya di facebook. Mungkin itu caranya untuk release tekanan yang dia hadapi, tapi kena hati-hati, kerana setiap statement itu membuka ruang untuk orang memperkatakan hal diri kita...
 
Lagi satu, saya juga dapat lihat ramai blogger yang menyatakan kemarahan mereka kepada orang lain. Bila marah, akan keluarlah perkataan mulut bacul lah, tak sayang mulutlah...macam-macam. Saya tengok, anak sedara saya yang ada blog pun boleh tahan juga menulis bila dia sedang marah...mengikut perangai saya kut...he he.
 
Tapi, waktu saya rasional ni, saya nak nasihatkan lah orang lain, juga diri saya sendiri, supaya sekiranya marah/merajuk, pandai-pandailah untuk meluahkannya dengan cara dan juga di tempat yang betul supaya diri sendiri terpelihara, juga insan lain tidak terlibat sama. Sesungguhnya, bila kita marah, syaitan akan sama menghasut kita untuk meneruskan kemarahan sehingga kita boleh lupa bahawa yang kita marahkan itu adalah insan yang sepatutnya kita hormati.
 
Marah/merajuk juga adalah perkara yang tidak sihat untuk kesihatan...jadi, tak boleh marah/merajuk lama-lama...
 
Bila marah/merajuk, banyakkan istighfar..ingat Allah
 
Hmmm...back to work...boss tak de, ramai orang tak de, jadi saya terpaksa handle a lot of things myself...tapi saya masih boleh senyum, kira okay lah tu...he he...alhamdulillah





No comments:

Post a Comment