Haaa, dah tak tahu sangat nak tulis apakan, mari saya cerita sedikit tentang hubungan saya dengan perkara yang dipanggil politik nih.
Waktu saya kecik, saya lebih expose dengan UMNO lah. Saya tak tahu pun fasal BN ke, tak BN ke, saya cuma tahu fasal UMNO. Saya juga tak berapa suka DAP dan waktu tu saya suka relatekan DAP tu dengan komunis..he he...waktu tu saya pun baru-baru nak sekolah kan...kecik lagi
Saya ingat lagi waktu mengundi di satu tahun tu, saya telah pergi ke kedai Bokar (nama owner kedai ni Bakar, tapi ntah nape boleh jadi Bokar pulak) dan dia tanya saya sama ada Lim Kit Siang menang ke kalah...rasanya Kit Siang menang waktu tuh, saya pun bagi tahulah dia yang Kit Siang menang dan kami dua-dua pun macam rasa sedih.
Saya waktu tu tak tahu pun fasal pakatan UMNO-MCA-MIC...I only know about that a little later.
Emak saya dulu adalah Setiausaha wanita UMNO kg. Haaaaa, ada banyak aktiviti tau yang telah dijalankan, dan saya ingat lagi yang emak saya waktu tu asyik busy meeting aja...haaaa. Saya juga ingat yang ayah saya tak berapa suka, tapi emak insist sebab dia nak menyumbang kepada bangsa lah kononnya. Hmmmm....
Waktu juga saya tak berapa suka kepada parti PAS...he he...tak de exposure kan dan saya pun tak faham kenapalah orang nak undi PAS...undilah UMNO kan...kenapa nak undi PAS...
Walau bagaimanapun, saya tak pasti kenapa, tapi selepas itu saya lebih expose dengan bahan bacaan yang lebih liberal, tanpa memihak kepada barisan kerajaan sahaja. Keluarga saya banyak membaca, jadi, selain daripada surat khabar mainstream, kami juga membaca akhbar yang lebih liberal seperti akhbar Watan yang agak famous waktu tu.
Bila masuk ITM pulak, saya sertai lah juga usrah usrah yang dijalankan, walaupun saya kerap ponteng. Nak dijadikan cerita, ramai ustaz yang saya suka di ITM tuh, adalah orang PAS...haaaaa.....adalah terminat sikit. Bukan apa, ustaz-ustaznya handsome kan...ha ha ha.
Bila dewasa sikit, saya cukup tak suka bila ahli keluarga berdebat sebab ada yang pro UMNO, dan ada yang Pro PAS...eiiii, tak suka.
Lepas tuuuu, saya rasa turning point untuk ramai orang Malaysia adalah dalam tahun 1997, sewaktu DPM di turunkan tahta, dan di dakwa atas tuduhan pergi kerja "lewat".
Hmmmm....sewaktu saya pergi mendengar Che Det bercakap baru-baru ni, Che Det ada juga mention tentang perkara ni sekali lagi, dia cakap dengan cara dia lah...dia cakap "saya mana tahu dia tu ada minat yang terpesong"...hmmm....
Tapi saya ingat lagi bahawa tahun 1997 adalah tahun yang suram di mana jerebu yang teruk melanda seperti menandakan betapa "pathetic" keadaan negara pada waktu itu.
Sangat ramai yang beralih arah pada waktu itu, Ramai yang merasakan perubahan perlu dilakukan.
Sekarang ni saya tak lah ikut sangat pun fasal politik ni, saya ikut cerita artis aja...haaaaa
Tapi saya tahu bahawa the current government do not own the country and Che Det did mention this in his executive talk of which i attended. Kerajaan sekarang hanyalah mereka yang di PERTANGGUNGJAWABKAN untuk menjaga negara ini. Oleh kerana itu, sekiranya dirasakan terlalu banyak perkara yang tidak berapa betul, rakyat wajib bertindak untuk memastikan kerajaan yang memerintah adalah mereka yang amanah dan bersifat Al Amin (baru mendengar ceramah dari Mr Hermawan kan, mestilah guna perkataan al-amin tu)
Bottom line, kita perlu mengundi dan undi kita pula adalah rahsia...
Bottom line, kita perlu mengundi dan undi kita pula adalah rahsia...
No comments:
Post a Comment