Thursday, April 18, 2013

Berfikir Sejenak

Saya dah ngantuk sangat ni. Hubby tak de kat umah sekarang, tapi dia pesan tadi suruh saya update kow kow blog nih...

Saya tak de idea pun ni. Mata pun rasa macam dah nak tutup. 

Tadi, ada orang letak gambar baby kaum Rohingya kat Myanmar yang menghisap susu emaknya yang telah dibunuh. Sedihnya saya...saya baca pun sipi sipi aja...tak baca semua sebab kalau baca semua lagilah saya menangis.

Saya ingat lagi yang saya pernah menghadiri qiamullail sewaktu di ITM dahulu dan antara doa yang dibaca oleh imam waktu tu, iaitu Ustaz Nik Radzi Nik Mat (ustaz ni adik Nik Aziz rasanya) adalah untuk menyelamatkan umat Islam di Palestine, Rohighya dll...haaa, dah dekat dua puluh tahun dulu perkara ini berlaku dan ianya masih berterusan...apa yang kita boleh buat ye selain dari berdoa?...

Tapi saya tetap yakin yang tuhan sentiasa adil...Myanmar masih dalam kemiskinan, sentiasa mendapat tekanan dari dunia luar...tuhan balas punya lah, cuma mereka masih tidak sedar.

Tapi sekarang, saya rasa kita perlu terus berdoa "YA ALLAH, SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI ROHINGYA YA ALLAH, KASIHANILAH MEREKA"..




No comments:

Post a Comment