Sunday, April 21, 2013

E L E C T I O N 2013 : Penamaan Calon

I would like to write something about the election, for my own record ye..

Untuk yang emosi-emosi bila sokong mana-mana parti tu, sila bawa bertenang ye, tak yah kelahi. Pemimpin-pemimpin yang bertanding untuk parti masing-masing tu pun, bila berjumpa di Kantin Parlimen, boleh makan sama-sama lagi. Bila ada kenduri-kendara, siap saling hadir lagi...so, sila chill.

Mula-mula saya nak cerita macam mana saya terkejut sewaktu saya menonton berita TV3 di Restoran Pelita di Plaza Massalam di mana Lim Guan Eng telah membuat statement yang mereka mungkin akan menggunakan lambang PAS kerana ada masalah dengan ROS mengenai lambang roket yang mereka gunakan. 

Saya tak berapa pasti apa masalahnya dengan ROS, tapi waktu saya dengar statement tu saya rasa macammmmm...huk aloh, biar betulll, adakah saya akan menyaksikan satu lagi sejarah di mana DAP akan berkongsi lambang dengan PAS?...hebat bangat sekiranya ini berlaku...

Mula-mula saya merasakan yang ini akan memberi impak yang kurang baik kepada BN di mana sekiranya ianya benar-benar berlaku, ianya akan menunjukkan betapa hebatnya kerjasama PAS dan DAP. Tapi saya juga terfikir yang ianya juga mungkin akan menyebabkan ramai juga orang Melayu yang tidak berapa setuju dengan kerja sama PAS dengan DAP, terus menjauhkan diri dari Parti ini....jadi saya sudah excited untuk mengetahui impact yang macam mana yang akan menyerlah...

Malangnya perkara ini tidak berlaku kerana ROS akhirnya telah mengeluarkan surat yang membenarkan DAP menggunakan lambang roketnya, ha ha....it was meant to be like that lah kut..he he

Saya juga terkejut bila Herman Tino masuk bertanding di Batu Tg Karang...he he. Rasa kelakar. 

Saya mengenali Herman Tino sebagai penyanyi yang selalu meletakkan kain pelekat di bahunya. Lagu dia okay juga sebenarnya. Beliau telah berkahwin dengan DJ RTM, namanya Mariamah Tijo Noraini Ibnu kut dan telah berhenti menyanyi setelah usahanya untuk go against cetak rompak dengan berjalan kaki sejauhhh...saya tak ingat berapa km telah gagal. Recently dia masuk limelight balik bila dia jadi bapa kepada Hafiz dalam videoclip Awan Nano...

Herman akan bertanding dengan calon kuat BN, Dato' Noh Omar....gd luck Herman Tino

Seterusnya dua bekas penyanyi iaitu Aishah dan Dayangku juga telah menjadi calon...hmmmm, good luck to them.

Statement paling kelakar bagi saya adalah apabila Ibrahim Ali kecewa kerana dia tidak dicalonkan oleh BN, tapi Zul Nordin yang juga bukan ahli BN dapat menjadi calon BN.

Ibrahim Ali keluar statement yang lebih kurang maksudnya macam ni tau "Mungkin kerana wajah saya tidak berapa hensem, saya telah tidak dipilih untuk menjadi calon"...ait...mula-mula saya rasa kelakar, bila saya type ayat ni, saya rasa sedih dan simpati pulakk...miahhhahhahhhhaaaaaa

Kesan paling negatif bila merajuk pula mestilah bila Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan untuk keluar dari UMNO dan berjuang untuk menentang Umno di KK...hmmmm...masalah besar tu. Saya ada dengarlah sebab-sebab kenapa dia merajuk tapi saya rasa beliau pasti akan mengalah dan masuk BN kembali sekiranya betul cara memujuknya.

Lagi???....Ada banyak yang interesting lah tapi kita tunggu sahajalah keputusannya nanti. Sistem yang kita amalkan adalah sistem demokrasi. Demokrasi adalah sistem di mana siapa yang popular/mendapat lebih banyak undi, akan diisytiharkan menang. Ini bermaksud, tidak semestinya mereka yang BENAR itu akan menang.

Walau bagaimnapun, saya doakan semoga proses demokrasi ini akan berjalan lancar....Let's enjoy and learn the whole process together....semoga kebenaran akan diberi kejayaan, insya allah




No comments:

Post a Comment