Saturday, April 6, 2013

Setelah Menonton R O C K ooo

Saya baru habis menonton filem Rock Ooo di Astro First.

Cerita ni menggambarkan zaman rock kapak, yup, waktu semua orang berambut panjang.

Cerita berkisar mengenai perjuang seorang rocker yang bernama Amy yang ingin menjadi penyanyi kepada kumpulan Lipan Bara. 

Mereka ingin mengembangkan bakat mereka ke KL dan oleh kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk berhijrah. Walau bagaimanapun, kenyataan hidup tidak selalu sama dengan apa yang kita impikan, yup, walaupun berbakat, Amy dan kumpulannya terpaksa menghadapi seribu satu cabaran sebelum berjaya.

Mereka pernah makan maggi secara berkongsi selama 2 minggu dan apabila duit semua habis, mereka pernah berlapar selama 2 hari sehingga akhirnya mereka terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Cerita ini disampaikan secara kelakar, tetapi ianya berjaya menyampaikan cerita mengenai kehidupan. 

Saya sebenarnya kagum dengan keberanian mereka untuk mencuba. Saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, tanpa bekalan ilmu, duit dan kenalan/network yang mencukupi. 

Kalau saya, pasti saya tidak berani.

Dalam membuat keputusan, saya selalu cuba untuk mempunyai back up yang bagus sebab saya adalah seorang yang penakut. Back up bukan sahaja dalam bentuk duit/kemampuan, tetapi juga dalam bentuk approval ibu/bapa dan keluarga. Yup, saya perlu pasti bahawa sekiranya saya "screw up" I would always have someone to go back to.

Pada anak-anak sedara saya, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Ambil kira semua faktor dan fikirkan masak-masak. Bila susah sangat, buat solat istakharah, insya allah, pasti ada petunjuknya. Lagi satu, jangan sekali membuat keputusan dalam keadaan marah/emosi kerana selalunya keputusan yang di buat dalam keadaan ini tidak akan berakhir dengan baik...

Okaylah, di sini dulu...nak tengok tv balik semula...






No comments:

Post a Comment