Saturday, April 13, 2013

Bercuti di K L

Saya tinggal di Shah Alam. Shah Alam tak jauh dari KL, infact, hari-hari saya berulang ke KL kerana saya bekerja di sana.

Tapiii, sebab tinggal di Shah Alam, semua kerja shopping/berjalan akan di buat di Shah Alam saja...ataupun di Subang. Kami jaaaranggg pergi KL sebab susah nak park, jalan jam and simply sebab tiada keperluan. And I tell you, kalau lapan kali kami pergi KL, 7 kali mesti silap jalan...he he, the only thing is that, kami tak takut sangat sebab kami mesti boleh cari jalan punye, provided we do not have time constraintlah kan...tak perlu be on time.

Saya teringin pergi bercuti sebenarnya, rasa macam nak berjalan kan..relax, tengok tempat baru. Tapi kami tak pergi mana-manapun, masih di rumah kami. Walau bagaimanapun, pagi tadi, kami telah pergi makan ikan bakar di Jalan Bellamy...tak de gambar, tapi sebab pergi awal, kami dapat makan di Gerai No. 2. Yup, saya akui memang sedap sikitlah daripada kedai lain. Hubby tamak, dia telah ambil seekor ikan kembong dan seekor ikan terubuk untuk diri dia dan seekor sotong untuk saya....hiksss...habis. 

Saya juga nak mencatatkan di sini bahawa inilah buat kali pertamanya kami pergi dan sampai di Jalan Bellamy tanpa sesat...selepas lebih 5 kali kami pergi ke tempat yang sama. Kos makanan adalah kurang daripada RM40 ringgit ye...besttt.

Lepas tu, sebab nak pujuk saya kut sebab saya macam stress sikit dua minggu ni, hubby pun tanya lah saya nak pergi mana lepas tu...selalunya, hubby tak kan tanya pun, dia terus aja bawa saya balik rumah.

Saya pun macam tak sure aja nak pergi mana. Saya cuma rasa macam nak pergi ke tempat yang saya tak pernah pergi..Kami decided to go to Lot 10.

Sesungguhnya kami tak berapa tahu jalan, kami main hentam aja. Mula-mula kami dah nampak Lot 10, tapi lepas tu tak tahu pulak macam mana nak masuk...terpaksa U turn, lepas tu jalan tu dah menghala tempat lain pulak...langsung jumpa Pavi, langsung park kereta kat Pavi...heh...typical of us lah tu.

Anyway, from Pavi, kami berjalan ke Lot 10. Kami ada nampak Loaf..yay. Lepas tu kami jalan lagi, and you know what, we feel as if we were in Tokyo. Why??? Simply because most of the shopping malls are owned by Japanese and somehow they managed to make the whole place between Lot 10 and Pavi to have a "tokyo" feel...for us lah...he he he. Sooo...we were happy and really feel like we were holidaying.

Kami pergi Lot 10, masuk juga shopping mall sebelah tu...tapi tak masuk Star Hill...sebab rasa tak de menda pun nak beli kan. Akhirnya saya beli jugalah benda, saya beli "peeler" dan pen di Lot 10...hikssss. Lepas tu saya beli compact powder Mac, sebab saya rasa saya macam jadi lawa sikit bila pakai Mac...ha ha ha. Saya terbeli Mac waktu saya pergi Hong Kong dulu, it was really cheap compare to Malaysia, tapi bila pulak saya nak ke Hong Kong lagi kan...

Lepas tu kami rasa dahaga dan nak minum....so, we left Lot 10 to find a place where we can sit and have a drink. Banyak kedai, tapi kebanyakannya jual liquor lah. Boleh aja pergi kalau setakat minum kan, tapi since we are in Malaysia and we can choose kan, saya cubalah cari kedai yang boleh membuat kami lebih selesa. 

Sebelum jumpa...kami tangkap gambar dulu...hiks..

Shuk tengah berehat untuk berasap...mesti kenal kan tempat ni, kat luar Lot 10. Saya dengan Shuk inilah kali pertama sampai kat tempat nih...darat sungguh


saya pulak


saya saja letak gambar ni sebab lepas ini, perempuan in black tu minta hubby dia tangkapkan gambar dia. Hubby dia terus tegur saya dan cakap yang wife dia nak tangkap gambar sebab tengok saya tangkap gambar.

saya pulak...heeee

Lepas tu kami berjalan dan baru teringat yang kami ada nampak The Loaf kan tadi...sooo...kami pun carilah. Rupanya the Loaf terletak di Pavi...

Kami terpaksa duduk di luar yang panas sebab hubby nak merokok...

haaa...beg ni nampak baru dalam gambar...sebenornya beg ni dah tua

saya nak capture gambar tempat crossing yang sibuk antara Pavi dan Starhill...kesesakan sewaktu semua orang melintas jalan membuatkan kami rasa macam di Shibuya..heee

Kami minum aja...rasa nak order lagi segelas, tapi tak jadi sebab mahal.

tengok tu, secawa latte dengan segelas ice lemon tea dekat RM30. Kalau makan ikan bakar, dah kenyang dah...Shuk kata, sebab tu lah che det boleh kaya...heeee

Lepas tu kami pun balikkkk...Shuk belum solat zuhur, kenalah cepat.

sebelum balik, kena lah tangkap gambar saya yang comel ni de depan kedai Coach....tak beli punnn, jangan risau

Sampai rumah, kami lepak dan tiba-tiba Shuk ajak pulak pergi Muara lagi sekali. Saya okay, tapi macam rasa tak sesuai sebab kami kan dah makan ikan bakar untuk lunch. Kita orang ni selalunya ambil heavy meal 1 kali aja sehari...so...maybe tomorrow kita pergi.

All and all, we had a nice time. Walaupun dekat, kami rasa macam best sebab tempat tu memang kami jarang pergi kan...

Okay lah, saya nak buat cucur ikan bilis for dinner tonight...have a nice weekend semua.





No comments:

Post a Comment