Dulu, waktu saya belajar, pernah ada seorang pensyarah Bahasa Inggeris ni yang telah 'reject' kelas saya dan kawan-kawan saya. Pensyarah saya ni cuma mampu bertahan mengajar kami dua kali sahaja, dan terus tak tahan. Dia telah minta pensyarah lain untuk take over kelas kami.
Reason? : You may not believe this, but the lecturer was not happy with us because most of us was very weak in English. Seingat saya ada dua orang aja yang okay sikit, yup, termasuklah saya. Saya tak tipu ni, sebab saya ingat lagi, waktu dia tanya soalan, semua orang bagi jawapan yang ntah apa-apa dan menyebabkan pensyarah tu upset, sehinggalah saya yang menjawab dan dia pun bagi remark ini "...apa ntah remark nya, saya pun lupa...heee". Tapi dia kata jawapan saya tu macam boleh diterimalah kalau dibandingkan dengan orang lain punya.
Anyway, rasanya kami semua berasa lega juga apabila di "reject" sebab kalau tidak, nak masuk kelas English tu, rasa amat stress.
Lepas tu, saya ingat lagi di mana saya telah buka majalah dan nampak nama pensyarah saya ni keluar. Yup, rumah dia di Subang, telah masuk majalah tuh, siap ada piano putih yang mahal tu lagi. Mungkin sebab dia memang anak orang kaya, dan masih lagi kaya, dia kurang faham bahawa ramai orang yang kurang berpeluang untuk mendapat "exposure" seperti dia untuk menjadi orang yang "civilized" kononnya dan dapat menggunakan bahasa Inggeris dengan bagus.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya waktu bujang dulu ramai lah juga kawan. Ada seorang kawan baik saya ni, dia memang orang kampung macam saya, tapi mungkin sebab dia tiada abang/kakak atau dalam bahasa yang mudah "exposure" untuk bahasa Inggeris, jadi, bahasa pertuturan dia pun agak tidak memberangsangkan lah. Tulisan lagilah.
Tapi saya tengok juga yang tiada banyak usaha untuk kawan saya ni untuk cuba memperbaiki Bahasa Inggerisnya. Dia tidak minat membaca, nak tengok kamus pun malas, nak tengok cerita bahasa Inggeris pun malas dan dia tidak kisah kalau cara berbahasa Inggeris jadi gurauan orang lain. Dia juga tidak peduli sekiranya sebutan perkataannya adalah salah...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cerita saya pulak :
Saya dari dulu suka berangan nak cakap orang putih. Suka nak jadi orang yang pandai cakap orang putih.
Saya juga beruntung sikit kerana mak saya pandai cakap orang putih, jadi ada exposure lebih sewaktu kecik. Mak saya ajar tenses, bila nak guna past tense, present tense dll. Saya ingat mak saya ajar waktu saya darjah 3 kut.
Di samping itu, saya beruntung sebab di rumah saya ada banyak reading materials sebab bapa saudara saya dulu guru besar dan selalu bawa balik buku buku lama...sooo...mula-mula saya berangan aja membaca sebab saya bukan tahu membaca pun kan. Tapi sebab kakak saya, mekyah dah bacakan cerita-cerita tu, sooo, saya pun beranganlah membaca kan.
Lagi satu, dulu saya suka dengar lagu orang putih dan saya akan cuba dapatkan lirik lagu yang betul. Dari situ, kalau tak faham maksud, saya akan tengok Mr Dict atau tanya mak/kakak/ayah.
Tapi saya tak lah cukup rajin kut sebab saya tak lah pandai sangat cakap orang putih ni.....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semalam, kawan saya telah dtg ke bilik saya dan mengadu yang dia malu mendengar seorang kawan kami yang lain ni bercakap bahasa Inggeris.
Saya cuba membela dengan mengatakan bahawa kawan kami tu kan berasal dari kg, jadi mungkin kurang exposure. Saya juga terus membela dengan bercerita bahawa sewaktu saya mewakili negara dalam mesyuarat bagi negara-negara ASEAN dahulu, I have seen/heard worse. Yeah, bayangkan orang Myanmar/Laos/Vietnam berbahasa Inggeris, haaaa, tergeliat lidah.
Oleh kerana itu, bagilah peluang untuk mereka yang kurang pandai berbahasa Inggeris ini bercakap as long as they can make other people understand.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari ni, saya berpeluang mendengar seorang marketing guru berceramah. Dah lama tak dengar talk yang bagus kan, yang ni saya rasa best lah.
Yang paling menariknya, being Indonesian, the speaker mengaku yang bahasa Inggerisnya adalah tidak bagus, tapi he was able to deliver his message dan para pendengar pun seronok aja...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Morale?:
Kalau pandai berbahasa Inggeris, bersyukurlah, tapi jangan merendahkan orang lain.
Kalau tak pandai, berusahalah sedikit. Semuanya adalah pilihan kita kan?...let's choose
Hari ni, saya berpeluang mendengar seorang marketing guru berceramah. Dah lama tak dengar talk yang bagus kan, yang ni saya rasa best lah.
Yang paling menariknya, being Indonesian, the speaker mengaku yang bahasa Inggerisnya adalah tidak bagus, tapi he was able to deliver his message dan para pendengar pun seronok aja...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Morale?:
Kalau pandai berbahasa Inggeris, bersyukurlah, tapi jangan merendahkan orang lain.
Kalau tak pandai, berusahalah sedikit. Semuanya adalah pilihan kita kan?...let's choose
No comments:
Post a Comment