Pagi Ahad, 28 April, 2013.
Saya dah bangun subuh pagi tadi, lepas tu pergi rendam kain dalam baldi...itu adalah baju kerja seminggu yang saya tak basuh guna washing machine ye.
Saya tinggalkan kain tu berendam sekejap dan turun ke tingkat bawah...decided not to jog this morning, buat malam la pulak kut...
Hubby dah bising suruh saya update blog, tapi tak de idea laaa...tapi tadi ingatkan nak post gambar waktu kami re-visit Muara baru-baru ni...tengok-tengok tak upload lagi..heee...later lah ye.
Semalam, saya telah selesai submit e-filing saya, alhamdulillah. Kali ni hanya kena bayar tambahan sikit sahaja..syukur.
Rupanya potongan untuk individu telah ditambah dari RM8 k ke RM9k ...better, tapi saya masih tidak faham macam mana mereka mengambil keputusan untuk mengambil jumlah itu. Jumlah yang di ambil seolah olah menyatakan bahawa setiap individu berbelanja lebih kurang RM750 sebulan untuk basics....se tanya menteri-menteri tu, boleh tak mereka hidup dengan basic RM750 sebulan...
Saya rasa potongan individu sepatutnya dinaikkan ke nilai yang lebih tinggi seperti RM15 K supaya mereka yang berpendapatan rendah tidak perlu membayar cukai. Mereka yang berpendapatan rendah ni, perlu di lindungi, malah dibantu...setakat penjawat awam tahap 41 ke bawah, berkahwin dan mempunyai anak, tidak perlulah untuk mereka membayar cukai....
Itu pandangan peribadi ye sebab kat KL ni, semuanya mahal. Kalau bujang, nak sewa bilik pun, adalah RM500-800 macam tu untuk tempat yang lebih decent/sederhana...kalau nak duduk tempat yang murah sangat, tak larat la pulak mental kita sebab tempat-tempat ini sudah dikuasai oleh pendatang asing. Itu baru sewa rumah, makan lagi, bayar kereta lagi, beli baju lagi (kerja kena presetable ye, penting tu, he he)..., nak bagi mak ayah lagi, ada yang perlu membiayai adik-adik lagi....hutang PTPTN lagi...
Hmmmm...bukan senang nak hidup kan...tapi hidup tetap perlu diteruskan...saya nak basuh baju dan mandi...sorry lah post hari ni ter serius plak...have a nice Sunday everyone!
No comments:
Post a Comment