Cerita 1 : Stokin (socks)
Waktu saya exercise on my trademill, saya perasan yang stokin yang saya pakai adalah sangat kotor, macam sangat lebam. No doubt yang stokin (betul ke ejaannya ye? Socks ni tau) tu telah berumur hampir 4 tahun kan, tapi saya terfikir juga, awatlah kotor sangat.
Anyway, hari Sabtu lepas, setelah exercise paginya, saya telah pergi rendam stokin tu dalam clorox sekejap, lepas tu basuh dan jemur terus.
Waktu makan tengah hari, saya pun berceritalah dengan hubby yang stokin saya telah kotor sangat dan saya telah basuh dan rendam clorox pagi tadi.
Lepas dengar cerita saya, hubby tengok saya dan senyum. Lepas tu kan, dia pun cakaplah dengan saya macam ni "Sebenarnya kan cikbib, satu hari tu, waktu saya tengah vaccumn rumah, saya telah tersedut stokin cikbib tu sekali. Haaaa, saya pun panic, terus buka tempat habuk tu dan ambil stokin cikbib tu. Mestilah penuh habuk kan, tapi tak pe, saya telah bersihkan dengan meng vaccumn semua habuk di stokin cikbib tuh.."
Dan saya ???*&^%$#@!
Morale of the story : Kalau husband mahu tolong vaccumn rumah, bersyukurlah
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cerita 2 : Lelaki Berleter
Orang suka cakap yang perempuan suka berleter kan? Hubby pernah juga cuba menuduh yang saya ni kuat berleter, tapi dia memang selalu tak de kes. Sebabnya adalah, bila pulak saya nak berleter? Saya balik dari ofis nak bercakap pun tak sempat. Bila semua dah selesai, ye lah, dah mandi, iron baju dan lain-lain, haaa, waktu tu mata pun dah nak tutup, nak bercakap pun tak larat, bila pulak nak berleter nya?
Anyway, semalam, kami pergi Giant yang sebelah Stadium Shah Alam tu. Waktu nak balik, hari sudah hujan sangat lebat. Waktu keluar pintu nak ke kereta, adalah kereta yang berhenti di bawah shade tu and sort of blocked our way. Tapi tak pe, kami okay aja sebab depa ni bawa baby dalam stroller juga 2 orang anak kecil yang lain. Tak kan nak bawa baby ke kereta dalam hujan pulak kan?
Kami berjalan terus ke depan, di lorong sebelah, tiba-tiba ada pulak sebuah kereta yang serbu dan terus berhenti di bawah shade tu, di mana pedestrian berjalan. Saya memanglah intimidated tapi saya diam aja. Masalahnya adalah hubby sudah mula berleter...pop pek pok pek. Leteran hubby bertambah lah pulak sebab kereta tu berhenti untuk ambil makwe aja, tak de lah orang tua ke, baby ke, ...ha ha ha, punye sayang lah dengan makwe kan, tak bagi makwe kena hujan, langsung berhenti di laluan pejalan kaki...and he aspect the pedestarian to walk in the rain lah in order to protect his girlfriend? Hadoiii
Heeeeee.....tapi saya cool aja, cuma rasa nak pecah perut sebab hubby emosi dan pok pek pok pek...ha ha ha...
No comments:
Post a Comment