Friday, March 29, 2013

Random Again

It's Friday, the happiest day of the week because the next day is sure gonna be a holiday, alhamdulillah.
 
I have thougt of writing about something just now, but it has just simply fade away from my memory.
 
Then I have to think again of what to write..huh..
 
Ohh, I have just find another blog which I simply loveeee to follow and can't stop reading. This would mean that I will spend hours to go down the memory lane, yup, I will start reading the blog for hours, simply to understand the storyline.
 
I have just read about her eldest sister passed away last year which make feel even more connected since my eldest sister has also passed away a few years back. And of course I cried when I read her story...(ratu ayaq mata saya ni)
 
The last blog that has the same effect on me was Peej's Mom's blog and I have been following the blog eversince.
 
But I have a lot of work to do, and tomorrow hubby and I will be going back to Kg Pauh in Kuale, yup, there's a wedding that we have to attend...I love to attend weddings anyway.
 
On Sunday and the next two weeks, I will be occupied/busy. I hope still have time to update this blog though (perasan ramai orang sedih kalau saya tak update blog nih, tak boleh nak baca dalam train kan, hiks, konon fofular!)
 
Annnddd, lastly, I received some gifts from a friend yesterday. At first she asked me whether I prefer perfume orrrr a small make up kit set.
 
Of course I chosed perfume la kan since I do not wear make up pun.
 
Well, she has given me the perfume plus the make up kit set since according to her, when she bought the make up kit set, she was thinking of me. Ni mesti sebab dia rasa I tak lawa dan perlu make up lebih kut...ish...do you get the message Cikbib?..you better do from now on...
 
Sooo...since I have taken some photos, I decided to post it lah
 
haa, the first photo of both gifts, the perfume and the make up kit set

Elizabeth Arden, Sunflower. I have never seen Elizabeth Arden's sunflowers before, not in Malaysia.  But I am okay with the smell and hubby was happy too since he knows that I simply loveeee perfume my my quota of buying perfumes this year is finished.

the make up kit. There're two layers, the first one adalah eye shadows

the bottom part there's lipstick.
 
Bila nak pakai ni? Saya ni pakai bedak dengan lipgloss aja..kena bangun awal sikit dan jadi lebih rajin untuk boleh bersolek...dan nampa lawa sikit, tapi sekarang pun kan dah come?...hikksss..sila menyampah, saya baca pun macam nak muntah gak...
 
Have a nice weekend tomorrow everyone

Wednesday, March 27, 2013

Semalam, 26 Mac Adalah Birthday Hubby

Semalam bday hubby yang keeee...umur saya campur 6 tahun lagi...
 
Semalam, sepatutnya saya update blog ni, tapi saya macam tak larat.
 
Tapi malamnya saya adalah belanja hubby makan. Saya tanya, nak makan kat mana? Dia kata tak tau. Tapi bila saya tanya nak makan apa? Dia kata nak makan ikan. Kami decided untuk pergi ke Viccuda Seksyen 7, order ikan siakap 3 rasa dengan nasi. Itu aja sebab kalau order benda lain, mesti tak habis.
 
Baliknya kami sembang-sembang sambil dengan takjubnya memikirkan betapa umur masing-masing dah bertambah, dan bolehlah di kategorikan sebagai orang yang berumur. Yang risaunya adalah, kami tak pun rasa diri kami ni tua sangat, he he, despite of the fact yang banyak petunjuk telah mula kelihatan secara fizikal.
 
Sewaktu saya berkursus di IDFR dahulu, saya dapati, bila memperkenalkan suami, kawan-kawan saya mesti menggunakan perkataan camni "I would like to introduce my supportive husband.."
 
Kalau orang lelaki pula, mereka akan gunakan ayat camni " I would like to introduce my lovely wife..."
 
He he, tapi saya rasa, kalau saya perlu describe suami saya, saya pun akan guna perkataan "SUPPORTIVE"  tu. Suami saya sangat penting untuk saya kerana dia sentiasa "support" saya di dalam hidup. Dia adalah tempat saya mengadu, tempat saya meminta nasihat/tunjuk ajar dan saya juga sering meminta suami mendoakan kesejahteraan saya.
 
Hmm, walaupun tak pandai nak romantik ada banyak juga perkara yang suami saya telah lakukan yang buat saya rasa lebih tenang, walaupun tidak berbunga, he he. Sebagai contoh, sekiranya saya perlu pergi keluar negara, hubby akan solat hajat bagi mendoakan keselamatan saya.
 
Ehh baru ingat, suami ada juga buat suatu perkara romantik ni sekali..heeee...yup, dia telah taip balik lirik lagi Dealova kat handphone dia, dan forward kat saya...haaaa...itu kira romantik lah kan?...heeeee...(Risau dah ni sebab selalunya kalau nak feel aja sikit, terus lepas ni berkelahi macam nak rak..sooo, better stop)
 
Tapi semalam, seperti biasa saya tak bagi apa-apa hadiah untuk besday suami saya sebab diapun tak pernah juga bagi hadiah kat saya (bunyi macam balas dendam aja kan). Tapi saya adalah belanja hubby makan semalam. Tapi jangan risau saya doakan semoga suami saya diberikan kesihatan yang baik dan semoga dipermudahkan kehidupan, dunia dan akhirat. Semoga kita akan bersama dan bahagia till jannah, insya allah.





Monday, March 25, 2013

I N S T A G R A M

Baru-baru ni saya dan anak sedara saya telah berkomunikasi. Antara yang telah di perkatakan ialah :
 
"cikbib, saya dengan ira nak suggestkan cikbib buat instagram...huhu..sebab best! Boleh share2 gambo...Jom cikbib"
 
saya pulak pergi jawab macam ni : " What animal is that?" (Orang Melayu cakap orang putih macam ni lah kan, translation from "Apa menatangnya instagram tu?")
 
Terkedu agaknya dengan jawapan tu, anak sedara saya jawab balik camni : "Cube cikbib tanya pck Shuk...Mungkin Pck Shuk tawwww"
 
Hiiii...sebenarnya saya pun tahu gak, tapi tak berapa clear lah sebab tak gunakan.
 
Saya rasa saya ni lebih pemalu kut daripada generasi-generasi muda sekarang, ataupun yang lebih tepat adalah saya lebih appreciate saya punya privacy.
 
Sebagai contoh, kawan saya di facebook, sikit aja pun sebab saya memang lebih selektif, saya pilih orang yang saya kenal atau yang saya nak lebih kenal aja. Macam blog ni pun, saya boleh juga memilih untuk join nuffnang ke kan, promote lebih sikit ke, tapi macam segan. Heee, segan tu satu, tapi ada juga risikonya di mana, lebih banyak orang baca, ada bermacam ragamlah komen yang datang pulak nanti...saya ni pulak, jenis lebih sensitif...
 
Tapiii, bila ada komen kat blog ni, saya jadi super excited tau, maklumlah, nak dapat satu komen pun susah..
 
Tapi laman-laman sosial sekarang memberi ruang yang lebih untuk sesiapa saja merasakan diri mereka popular kan? Ye lah, semua orang boleh buat instagram atau letak statement kat facebook dan ada follower sendiri. Zaman dulu, artis dengan politician aja yang ada follower.
 
Sooo...kakak dan Ira, tunggu you all balik Malaysia dululah kut baru cikbib bukak instagram ye...he he, jangan terkejut bila cikbib guna perkataan animal tu, main-main aja tu..

Sunday, March 24, 2013

Semalam. 23 Mac 2013

Semalam kami pergi ke Empire Subang. Itu adalah salah satu tempat yang kami suka pergi. Kami bertolak lewat sikit dari biasa, dalam pukul 11 pagi. Bila masuk aja parking, terus doa, Ya Allah, permudahkanlah kami dapat parking...dan alhamdulillah, dapat (be thankful of the little things you get).

Tujuan pergi Empire? Saya punya hal lah ni, saya nak g M s R e a d (MR). Heee, badan bosar kan, kodai biaso ni, tak do size, so, terpaksa lah pergi ke MR.

Tapi macam suka lah, sebab tak ramai orang dan dapat layanan kan. Saya pilih pilih baju, salesgirl tu pun pergi hantar kat fitting room. Saya amik banyak sebab malas nak keluar masuk kan...

Ok, sebab saya tangkap gambar, jom tengok gambar...

Tengok, cantikkan dia susun...bilik dia pun selesa

another side, bilik kecik kan, so...susah sikit nak tangkap gambar. Lepas tangkap gambar, saya siap call hubby dan suruh dia masuk sekali sebab saya tahu dia akan bosan tahap gaban kat luar tu. 

Yang kelakarnya, ada sorang minah saleh tu guna fitting room kat sebelah. Bila saya berlalu keluar, dia pun tengah buka pintu bilik. Dia terus tanya, "Do you need to use the fitting room". Saya pun jawablah "No, it's Okay". Tiba tiba dia nampak Mat Misai saya kat belakang, dia pun terus tutup mulut, bulatkan mata dan macam cakap "Ouuwwww".

Whatever lah kan, sebab tak de pun signage yang cakap lelaki tak dibenarkan masuk kan...

Lepas tu, kami nak balik, tapi hubby kata, jom kita makan. Kami pun cari lah tempat makan, dan saya teringkat yang di situ ada The L o a f. Kami memang dah lama teringin nak makan kat situ, tapi tak berpeluang. 

Pergi kat kaunter, saya tanya apa menu yang orang selalu pilih, dia pun tunjuk menu depan dia. Limited aja pun. Lepas tu saya teringat yang Makcik Fizah saya ada buat post yang dia baru makan green curry kat situ, jadi sayapun tanya lah, tengok tengok dia kata habis pulak.

Hmmm, kami pun pergi beli roti, ambil tiga jenis roti termasuk garlic bread sebab we plan to order mushroom soup. Lepas tu order Latte dengan mineral water/ 

Ni gambar, Shuk tambah sugar kat latte tu

Ni roti yang kami order, lupa lak namanya


mushroom soup dia rupanya yang ada black herbs tu. I know this is Che Det's favourite, maklumlah kedai dia kan, jual lah benda seperti yang dia suka.

Lepas tu, kami pun balik rumah...lepak...itu saja lah dulu...bubai

Saturday, March 23, 2013

Majlis Kenduri Encik Shakeer

Entry kali ni ada banyak gambar ye...gambarrr aja.

Pada hari Rabu yang lalu, 20 Mac 2013, keluarga kakak suami saya telah datang untuk bermalam di rumah saya. Mereka datang kerana pada esoknya, iaitu 21 Mac 2013, anak mereka, Shakeer akan bernikah di Bangunan JAIS, Shah Alam.

Saya suka lah majlis perkahwinan mereka ini, simple, sweet, menjimatkan. Walaupun kecil majlis ini tetap meriah dengan kehadiran saudara mara yang sempat hadir. Ibu dan bapa pengantin juga sentiasa memastikan berita terbaru mengenai majlis di war war kan kepada saudara mara terdekat.

Oleh kerana pernikahan ini dibuat pada hari bekerja, hanya mereka yang berkesempatan sahaja yang dapat hadir. Saya juga pada mulanya agak sukar untuk mendapat cuti, tapi alhamdulillah, dapat juga saya memperuntukkan masa.

Saya sangat suka sebenarnya hadir kenduri-kenduri kahwin ni, lagi pulak kali ni macam rumah saya jadi tempat berhimpun kan..he he. Ye lah, anak sendiri tak de kan, jadi, menumpang gembira anak saudara kahwin pun okay jugaa

Pada anak-anak sedara saya yang lain, kalau nak buat kenduri camni, boleh jugaaa, tapi rasanya mungkin lebih baik kalau guna package yang siap ada makan di Masjid Shah Alam tu. Untuk package yang ini, hanya akad nikah yang dibuat di JAIS, tapi untuk makan, kami terpaksa memandu ke Kelana Jaya. Sebenarnya okay aja untuk kami, tapi saya sian pulak menengok pengantin yang terpaksa ke sana sini dengan baju pengantinnya...he he he. mesti tak berapa selesa kan. Tapi itu masalah kecik aja lah.

Okay untuk seterusnya...sila lihat gambar....

saja tangkap, haa...pukul 10.30 pun tak bergerak lagi, majlisnya mula pukul 11.00. Lain kali tak leh bergerak lewat sangat, segan kat pengantin perempuan punya keluarga...peringatan untuk saya lah ni,,he he

reason kenapa lewat? sebab nak susun balik buah la, nak tangkap gambar pulak la..he he he....tapi saya suka la sebab gambar ni atas karpet saya (saya ni memang self centred kan, nak buat macam mana)

Paknjang kena jadi pembantu pengantin pakai baju

Pengantin dengan hantaran...awat tak kancing plak tengkuk tuh...

cincins

Haaa, kami selamat sebab ustaz yang nak menikahkan tu memang sibuk orangnya. Waktu kami datang, ada pulak orang tengah meminta nasihat dari dia, sooo, kami sempat bertenang sikit sebab kami memang sampai kat situ on the dot pukul 11.00. Keluarga pengantin perempuan sudah berada di situ lebih awal

Bila ustaz tu dah settle, kami pun masuk lah ke bilik ni...sempoii kan? boleh la masuk kalau setakat 50 orang dan ada aircon ye, penting tu waktu panas panas camni

Hmm, another side of the room

Ustaz dengan pengantin tengah warm up
Pengantin pompuan, Zera

Haaaa....ada kerusi untuk kaum ibu yang sakit lutut

Tengah suspens nak akad nikah.

Mula mula, praktis dulu...bagi senang. Saksinya adalah yang pakai tshirt coklat tu (itu abang hubby), dengan yang pakai lebai tu (pakcik pengantin pompuan pulak). Yang pakai songkok hitam tu ayah pengantin perempuan, yang pakai tshirt belang tu, ayah pengantin lelaki

Akad...sekali aje, cayalah Shakeer

Alhamdulillah selesaiiiiii.

Ustaz ni sempoi tau, best...sangat memudahkan

bergambar bergambar lah lepas tuuuu

haaaa, yang camni, biasalah kan

Bergambar dengan mak, ayah, pokcik, mokcik, adik beradik yang dapat meluangkan masa

another round, dengan yang lain pulak....

the newlywed

Lepas tu, kami pergi ke restoran De Corner di Kelana Jaya. Saya ada tangkap gambar, tapi tapi dengan Samsung Notes saya, tak upload lagi pun...

Lepas makan, kami singgah di rumah pengantin perempuan di Kelana Jaya, tak jauh dari Tabung Haji tuh

Yang atas ni adalah gambar hantaran dari perempuan pulak. Kami minum kat situ lepas tu, dan kemudiannya balik. 

Senang kan sebab bila balik rumah, dah kemas dah, tak de pun pinggan yang perlu dibasuh. Pengantin juga boleh menggunakan duit yang disimpan untuk kehidupan seterusnya. Ye lah, nak beli dapur ke, peti ais ke...nak memulakan hidup ni, perlu banyak duit kan.

Semoga perkahwinan Shakeer & Ismazera ini akan dilimpahi berkat dan kebahagiaan. Semoga mereka akan dikurniakan dengan zuriat yang baik dan semoga mereka bijak untuk mengatasi setiap masalah yang bakal timbul.

Haaa, lepas ni siapa pulak nak kahwin?...over excited saya ni...








Friday, March 22, 2013

Konflik rumah tangga

Berlaku satu konflik hari ni. Konflik rumah tangga.

Jangan tanya saya apa puncanya sebab saya memang tak tahu dan sesungguhnya saya rasa saya tak mahu tahu pun.

Saya kenal yang perempuan ini. Saya juga kenal yang lelaki ini. Saya juga kenal anak-anak mereka.

Banyak yang positif dengan yang perempuan ini. Dia sangat rajin membantu di dapur. Dan rasanya dia telah mengubah sedikit cara hidup yang lelaki ini, yeah, nampak lebih berdisiplin, solat pun nampaknya tak tinggal.

Yang lelaki pulak, berbakat, bijak, tapi mungkin keluarganya dulu tidak berapa senang, jadi kurang exposure/peluang untuk dia meningkatkan diri.

Dari pandangan mata saya yang bulat ini, mereka bahagia, walaupun mungkin tidak mewah. Mereka juga pandai menyesuaikan kehidupan dengan kemampuan, cuba untuk tidak meminta dan menyusahkan orang lain...dan saya kadang-kadang, cubalah membantu. Anak-anak mereka juga cerdik.

Tetapi, saya rasa dalam 7-8 bulan ini, saya nampak ada masalah. Masalahnya adalah, yang perempuan tu jadi agakkkkk...mungkin saya boleh guna perkataan "paranoid"?

Keadaannya macam ni, dia mahu suaminya sentiasa bersama dia. Nak keluar dengan kawan minum dia tak bagi (sebenarnya yang ni saya ok aja ...he he he). Tapi bila keluarga suami datang, yang itu pun dia tak bagi suami dia sama-sama meraikan keluarga yang datang, hah, pelik tu.

Lagi satu, saya tahu yang dia juga tersangat lah berani bila keluarga suami dia ada, dan ada perkara yang dia tidak setuju/tidak suka, dia boleh marah jerit jerit lagi, depan mak dan bapa mertua...hebat dia ni, berdarah pahlawan agaknya, he he.

Yang lelaki pulak, lembut, tak pernah meninggi suara. Tapi dia bertindak juga diam-diam, yup, sekarang dia pergi juga minum dengan kawan dia, sebab dia kata dia suka (atau mungkin sebab dia tak nak nampak yang dia tunduk sangat dengan isteri kut...saya tak pasti).

Yang pasti, mesti ada punca kan? Apa puncanya? Saya pun tak tahu, kena cari punca....

Sekarang ni depa tengah kalut nak menyalahkan sape, perempuan kata camtu, lelaki kata camni, I dunno what to say.

Kesan : Yang perempuan tu "paranoid" dan yang lelaki tu jadi camtu lah....

Saya tak tahulah nak cakap macam mana tapi semoga dijauhkanlah hubby dan saya dari perlu menjalani hidup yang macam ini. Tadi, dalam kecoh-kecoh telefon sana-sini, marah sana-sini, saya terfikir yang saya tak rasa saya mampu hidup dalam keadaan semacam itu secara berpanjangan.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana saya, setelah stress dengan kerja, dan terpaksa balik ke rumah yang tidak harmoni. Aduhhh, betapa pentingnya keluarga yang bahagia untuk saya walaupun ahli keluarganya hanya seorang suami dan isteri tanpa anak. 

I am not judging this couple because I really am not sure of the real issue. For me, to start off, we must first define the course cause of the problem...

Saya doakan pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka.

Untuk saya dan anda semua juga, sesungguhnya esok hari Jumaat, yippie!!!


Thursday, March 21, 2013

Perjalanan Kerja Saya Sehingga sekarang

Saya sudah bekerja di organisasi sekarang sejak tahun 1996, maknanya sudah hampir 18 tahun. Adoiii, lamanya.

Sewaktu saya mula-mula masuk ke organisasi ini, saya telah ditempatkan di Unit Statistik, yang pada masa itu adalah sebahagian daripada Bahagian Perancangan. Being in the Statistics Unit, my main job was to gather data, process and present it. There was a restructuring exercise done in 2003 where the Division was renamed as IT Div. To my surprise, I was promoted twice in this Unit/Division, and both happened in the same year, alhamdulillah.

In 2009 I was suddenly being transferred to Corporate Division. It was very sudden and at that point of time my immediate boss was in Sarawak. I still remember when she called me all the way from Sarawak and she said "I leave it to you Bib, maybe you do not want to go to Corporate Division but if you do not accept it now, you may not receive the same opportunity  to leave Stats ever again. As your boss, I don't want you to go, but as a friend, I know that it is good for your career."

I was informed that my immediate boss and also my big boss have tried to persuade the management from transferring me to the new Division, but failed.

And of course after being with the same Division for 13 years, they have arranged a farewell party for me. I simply dislike to remember how I cried and could not deliver my speech that day.....hish, malu sungguh.

But I do remember when my immediate boss mentioned this in her farewell speech : "when Bib left, I was so scared that I will not able to carry out all the task that she left me, but to my surprise, Bib has actually put everything in order very well that all officers know what they are suppose to do and all that I have to do was to supervise. Thank you Bib for that"....huh, ini statement masuk bakul angkat sendiri ke?

But I feel relief actually. You may not believe this but I am someone who is always not sure whether I have done a good job or not, or whether I have done the right thing or not. Knowing that I have done something right and left the Division in a good condition makes me feel relief. Till now, I continue to have a good relationship with my bosses, the officers and all the supporting officers. In fact, I love them, they are like family.

Being away from the old Division was like being out of my cocoon. In my old Division, I was overshadowed by my superb bosses. I was always protected and was not able to really test how far I can go..

I spent another 1 year and 3 months with Corporate Division. I must say that it was one of the most challenging period of my life.

In Corporate, I was realeased from my cage and left to fly on my own. Huh..what a challenge. But again, although I may not be the best, but I know I have given the Division my best. 

Hiksss..but in the year 2010, the last day before I went off for hari raya aidilfitri celebration, I received a letter from HR, yes, I was directed to transfer to Metal Division. I kept quite about it until after I came back from my hari raya leave.

My Metal life started right after I came back from my hari raya break. I was really really scared actually because I'll be doing something very technical and of which, I have no experience at all. 
I was so scared to the extend that I felt ill. Hmmm...that was the last time that I took medical leave.

I spent a little bit more than 2 years in Metal Division. It was quite a challenging Division but I must be thankful because I had a good team. The division was an epitome where even the hardest job can become easy if you have a good people to handle it.

When I look back, I do think that the team has actually done a good job despite the fact that the division is famous for having the most outstanding cases.

Of course I remember how stressful I become when the meetings day come. Yeah, I will be the captain of my team and we will fight throughout the day and once the meetings finished, we will go back to our place feeling terribly tired. Yeah I can look back and smile now.

Now..I am in a new Division. I have good officers with me, alhamdulillah. My boss and colleagues are okay. The challenges that I foresee are from my clients...semoga ditunjukkan jalan terbaik untuk saya menghadapi masalah ini, insya allah.

Sooo panjang ha?...saya stop dulu ye...gudnite



Monday, March 18, 2013

Berita-Berita MeleTOP Bagi Saya.

Saya ni agak terputus dengan dunia realiti sebenarnya. Saya hanya mendengar berita di radio sewaktu pergi kerja dan berita-berita lain saya akan dapat dari kawan/hubby. Lately kami jarang buka buletin utama sebab tak larat....

Baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang kenalan di Dewan Merak Kayangan Felda. Kami sampai awal sebab saya pergi terus dari ofis, tak mandipun. Sebab takut jalan jam, kami plan untuk solat di sana.

Oleh sebab awal, kami pun ada banyak masa untuk tengok-tengok dewan tu, tangkap gambar, habiskan keropok yang di hidang, pilih tempat duduk yang paling best, tengok orang dan sempat blog hop. Waktu tu juga hubby tunjukkan satu berita mengenai statement ayah Syaiful yang mengaku bahawa memang ada mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam merekacipta tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim..

Hmmm...terkejut badak saya. Tapi rupa-rupanya bapanya saja yang buat statement tu sedangkan Syaiful menafikan sepenuhnya pertanyaan bapanya dan menyuruh bapanya insaf...huh...dramatik sungguh cerita mereka ini, kalah cerita Hindustan.

Tapi sebagai seorang yang penyibuk, saya cuma wonder apakah sebabnya yang menyebabkan bapa Syaiful membuat tindakan yang amat mengejutkan itu...hmmm....saya percaya itu bukanlah tindakan yang mudah memandangkan dia perlu menghadapi mereka-mereka yang kuat, yang memegang kerajaan sekarang dan amat berkuasa. Tindakan yang diambil juga mungkin akan membahayakan anak nya Syaiful.

Hanya Allah yang mampu membalik-balik kan hati orang kan, jadi saya pasti ada reason yang tersangat kukuh. Mula-mula saya secara main-main mengagak yang mungkin Syaiful tak bagi duit yang sepatutnya dia bagi kepada ayahnya ke, haaa, langsung ayahnya merajuk dan buat statement tu...tapi bila saya fikir balik rasanya tidak mungkin, ini bukan perkara main-main dan kesannya adalah amat besar.

Saya hanya boleh conclude yang puncanya pasti lebih kuat dan dan malangnya masih misteri la pula sebab saya tak tahu....hiks

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sewaktu saya sedang menikmati aiskrim vanilla yang dihidangkan bersama tapai, masih di majlis yang sama, saya telah menerima satu lagi berita MelaTOP melalui whatsup daripada sahabat gossip saya, Mekyah.

Mekyah sedih sebab Noniswara telah memfailkan tuntutan cerai ke atas suaminya. Kalau kita mengikut blog blog hiburan sekarang, kita dapati Nonis telah memberitahu yang punca perceraiannya adalah kerana wujudnya orang ke tiga.

Hmmm, saya pernah tau tengok Nonis dan hubby dia secara live, cantik dan handsome sungguh. Tinggi pulak tu dua-dua sekali. Tapi ye lah, kecantikan tidak menjanjikan kebahagiaan kan. Macam ayah Syaiful kat atas tu pulak, mungkin wang bukanlah segala-galanya, lebih-lebih lagi sekiranya hati tidak senang kan.

**************************************************
Hmm...dua berita MeleTOP dalam satu malam adalah banyak kan? Tak gitu? Saya pasti sebelum kedua-dua keputusan dibuat, baik buruknya telah di teliti terlebih dahulu kerana mereka-mereka ini adalah orang yang dewasa....


Sunday, March 17, 2013

Sabtu dan Ahad saya (16-17/3)

Semalam, hari Sabtu, 16 Mac 2013. Saya telah checked out dari JW Marriot Putrajaya dalam jam 11.30. Lepas tu, kami ke Jalan Bellamy, yeah, makan ikan bakar lagi. Hari cukuplah panas, lepas makan, kami terus balik rumah. Sampai rumah, saya terus tukar baju dan basuh baju kurung saya, yup, guna tangan ye. 

Lepas tu, saya join hubby tidur. Cuaca sangatlah panasssssss.

Kami decided untuk skip dinner, but we went to have supper at around 10 o'clock. Kami makan roti canai. Balik rumah, kami tengok cerekarama sampai pukul 12, lepas tu, sambung dengan filem "Horey Horey" di channel 134.

Saya tengok cerita ni pun by accident lah, tapi saya rasa not bad at all cerita dia. Satu babak ke babak yang lain adalah cepat dan cerita ini lebih realistik, ataupun lebih relevant dengan saya...he he he...masalah budak perempuan yang comel, tapi ada masalah tidak yakin diri...sebab dia tembam...he he he

Saya suka tengok hubungan keluarga si...sape pulak nama pelakon utama tu kan. Saya juga suka sebab tengok pelakon utama tu rupa dia macam rupa anak sedara saya Fatiha, ha ha ha. Bila tengok tu rasa macam tengok Fatiha aja, yup, perangai pun sama, decent, comel tapi brutal, ha ha ha

Anyway, cerita tu bagus untuk memotivate mereka yang ada masalah berat badan kan?...I like la that story.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini hari Ahad. Pagi tadi kami pergi jog, balik makan roti canai pulak. Sampai rumah, saya mandi, buka cadar semua untuk basuh. Lepas tu, ingatkan nak pergi buang baju-baju lama yang tak leh pakai, dan ternampak satu kain ni, yup, elok lagi walaupun saya beli/pakai sebelum kahwin lagi...maksudnya dah 10 tahun kut umur kain tu. Saya nak cuba, tengok tengok tak leh kancing, mak aiiii.

Itu kan indicator yang saya sudah put on weight? Adoihhh, sedih tul. Langsung satu hari suntuk saya bad mood. Sebab saya tahu bad mood tu tak baik, saya pun determined lah nak mengadu kat hubby. Tapi sebelum cakap tu, saya siap warn hubby lagi jangan marah kat saya kalau saya bagi tahu kat dia.

Hmm...bila bagi tahu aja, hubby terus conclude kan benda yang sesungguh nya saya dah tahu tu, iye, dia tekan kan "MAKNANYA, CIKBIB DAH PUT ON WEIGHT LAH TU". Aihhhh...you don't have to say that beb, I knew it myself.

Sooooo....sekarang ni saya tengok down lagi lah...trying to console myself by saying : "hey, it's only fat, you can get rid of it, it is not the end of the world"...huh...I wish it is as easy as that.

huh..is now trying very hard to be positive...

Thursday, March 14, 2013

For Knowledge

I attended one briefing yesterday but could not figure out even 1% of what the speaker was talking about.

And remember when I attended the 2 weeks course at I D F R? I think I could only focused 50% of the time.

Ane for the next 2 days, I have to sit down and try to digest almost 20 working paper, yeah, even thinking about it make me shivers.

I don't want to be left too far behind from my other collegues so I must work harder. I must find a way to improve. I must be quick to capture knowledge, understand new things, especially when it is all about Economics which I am very 'good' at. Heh...

Let's think together on how I can make sure that my aging brain can function as good as it was before :
  1. Pray : yup, baca doa penerang hati
  2. My mother used to remind me to be prepared, meaning that, try to do some homework so that you have some general idea on the subjects to be discussed. I think this is really necessary for someone like me..heee, the slow learner
  3. Discuss on the subject with friends, yup, this will help me to understand better and to prevent the knowledge from running away from my memory.
I have actually implemented item no. 2 and  I am feeling a little bit better already. I hope I have the energy to keep my eyes open, stay focus and gather as much knowledge as possible.

Good Luck Cikbib, I hope I will succeed, insya allah.


B U C U K

Esok saya perlu ke J . W. M a r r i o t  Putrajaya, ada programme sikit. Program ini diadakan selama dua malam, maksudnya esok saya tak tidur kat rumah la, dan hubby kena tinggal sorang kat rumah...heeee, macam la dia takut tinggal sorang-sorang kan, tapi mesti tak best sangat la kan, sebab sunyi.

Saya nak tulis fasal bau bawang putih lah...boleh?

Mak saya dulu selalu kata jangan makan bawang putih banyak-banyak sebab tak baik. Apa yang tak baiknya? ...haaa...nanti bau badan busuk (tapi sekarang saya makan aja pun sebab orang kata garlic bagus untuk cholestrol).

Tapi sejak ke belakangan ni saya perasan ada seorang individu ni yang bau badan dia mengingatkan saya kepada bawang putih, dan saya serius ni. Saya mungkin tak perasan sangat kalau bersama dia di tempat yang lapang, tapi kalau di tempat yang agak sempit, memang agak semerbak baunya.

Saya sian aja dekat individu ni, mungkin dia tak tahu atau tak perasan kut. Mungkin bau itu pun dah jadi part of her life kan, jadi dia sudah 'immune' dengan kebusukan itu. Walau bagaimanapun, orang sekeliling mestilah tak selesa kan? Boleh muntah kalau tak larat tau, especially kalau kita bersesak-sesak di dalam kenderaan awam.

Sebagai manusia, kita semua memang akan jadi tak berapa wangi kalau kita tidak jaga diri kita dengan betul. Kita perlu mandi selalu sikit kut dalam cuaca di Malaysia ni dan jangan lupa sabun. Bagi lelaki yang merokok, make sure muka tu disabun pagi-pagi sebab if not, melekat la bau tu tak hilang-hilang. Lagi satu, deodorant is a must dan gunalah baby powder banyak sikit. Rambut kena shampoo dan jangan pakai tudung waktu rambut basah. Dannn, jangan lupa gosok gigi.

Okay lah, di sini dulu ye. Hubby kata, esok dia akan updatekan blog ni untuk saya..let's wait ye whether he will keep to his word or not. Bubaiiii







Tuesday, March 12, 2013

S E R A I


Saya selalu skip lunch lately, tapi saya akan ambil breakfast yang lebih berat lah. Kenapa skip lunch? Hmmm, supaya saya boleh buat kerja lain, termasuk taking a short nap. Walau bagaimanapun, semalam, sewaktu memandu balik ke rumah, saya sudah tersangat lapar. 

Saya call hubby, nak ajak makan terus sebab saya sampai dalam jam 6.45 petang. Saya fikir,  Maghrib kan masuk lambat,  jadi sempat lah makan kan, tapi hubby tak nak...dia nak makan lepas Maghrib juga.

Lepas Maghrib, hubby ajak pergi makan di Restoran S E R A I. Sebenarnya kami memang dah lama sangat nak makan kat restaurant ni, tapi ada aja perkara yang menghalang. Walau bagaimanapun, sempena ulang tahun perkahwinan kami semalam, kami pun pergi lah makan di restoran ni.

Masuk-masuk, hmmm....best la juga ambiance nya...heee..jom tengok gambar lah ye.


haaa, depa ada tisu with the word 'serai' printed on it, setting table simple aja pun

depa terus serve tiga benda ni, we can consider this as appetizer lah kut no. Ada keropok sayur tu, jeruk betik dan kacang goreng....kami makan lah sewaktu menunggu order kami tu siap

hubby.. tengah menunggu....ini namanya jelingan manja

air, sebab hari istimewa, saya orda ice lemon tea...selalunya saya orda air suam aja. Hubby pulak macam biasa, order teh panas

order sudah sampai. Kami order telur dadar, kailan ikan masin...


tomyam seafood..

buttered prawn

comment saya : tomyamnya sedap..saya suka. Kailan pun okay. Buttered prawn tu, hubby punya favourite, saya rasa okay aja. 

Tapi semalam rasa full betul la, senak perut. Lain kali boleh pergi lagi, tapi saya order tomyam dengan telur dadar aja lah...

Harga memang lah mahal sikit...tapi saya rasa berbaloi...

okay, itu ajalah dulu

Monday, March 11, 2013

KAMI (11/3/2006 - 11/3/2013)

Hari ni, genaplah 7 tahun saya dan Shuk mengikat ikatan sebagai suami dan isteri.
 
Rasa macam masa berlalu terlalu pantas kan? Pejam celik, dah 7 tahun.
 
Banyak juga pengalaman yang kami lalui. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang pahit, ada yang manis.
 
Yang paling kami suka ingat?
Kami suka ingat tempat yang kami dah pergi...yup, to travel around the world together adalah cita-citaaaa....saya..ha ha ha...tapi saya rasa Shuk pun suka juga.
 
Harta?
....yang tu lah. Ada apartment satu, rumah atas tanah satu dan kereta. Mungkin kami akan elokkan sikit lagi rumah sekarang ni bila ada duit. Tapi kalau nak beli yang lain...rasa macam tak de la kut. Tapi saya ada juga teringin nak beli studio kecik yang ada swimming pool...heh. Tapi hubby kata, nak swim sangat, pergi aja kat pusat akuatik Shah Alam tuh.
 
Sekarang ni macam mana?
Kami okay aja. Adalah juga berkelahi sikit-sikit, merajuk sikit-sikit, tapi keaadaan sudah bertambah baik. Saya makin cool dan hubby makin pandai/dewasa...we complement each other quite well. Kami bukanlah pasangan sempurna, anak pun tak de, tapi kami cuba menyempurnakan semua anugerah yang diberi Allah. Kami juga yakin setiap makhluk ada tugasnya masing-masing dan kami yakin kami memang ada fungsi yang tersendiri di bumi Allah ini.
 
Masa depan?
Kami nak tua bersama. Saya bayangkan hidup yang lebih relax, pergi exercise pagi-pagi, lepas tu sarapan, lepas tu hadir majlis ilmu sama-sama, buat ibadah banyak-banyak sikit, terlibat dengan kerja-kerja kebajikan ke...aerobics ke (saya lah tu). Bottom line, semoga ada rezeki untuk kami menikmati hidup, boleh buat perkara yang saya tak sempat nak buat sewaktu sibuk mencari rezeki untuk hidup...semoga kami sihat Ya Allah.
 
 
Haaa...yang atas ni adalah gambar kami yang paling romantik kut, ha ha ha. Haa, ini adalah percutian pertama kami yang hanya mampu kami organize setelah hampir 2 tahun kami kahwin. Waktu baru kahwin, banyak kekangan duit tau. Tapi alhamdulillah, dapat juga kami pergi Langkawi bersama. Selepas tu, kami tidak menoleh ke belakang aja, yeee...kami macam ketagih dan asyik nak berjalan aja.

 
 
 
 
 

Friday, March 8, 2013

Cerita fasal 'message' itu

Semalam, saya telah mewakilkan bos saya untuk hadir di satu mesyuarat ni. Mesyuarat bermula jam 4.20 and was supposed to finish at 5.30. But somehow, it only finished at 6.50 pm.
 
Sewaktu bermesyuarat, perut saya memang macam ada angin yang pusing-pusing dan ada juga 'urge' nak membuang tuh sikit-sikit. Tapi saya tak berapa suka nak menung lama sangat menunggu dalam jamban, sooo...saya tungguh sampai ada message hitam putih la ataupun confirmed message.
 
Masalahnya pula adalah, bila meeting lambat sangat habis, saya pun tergesa-gesalah ambil wuduk dan terus solat asar. Adoiiii, waktu solat tu, tiba-tiba dapatlah message yang jelas keperluan tindakan yang patut dibuat.
 
Tapi saya cuba bertenang, sempurnakanlah solat Asar saya tu dulu. Tapiii, lepas aja solat, haaaa, berlari-lari ke tepianlah saya.
 
Hmmm, baru sekejap tadi, saya pergi toilet dan perasan yang ada "mild message" untuk saya. Saya langsung tangguh dulu solat dan decided to update blog ni sementara menanti message yang jelas tu sebab saya takut jadi macam semalam, solat pun macam tonggang terbalik, dah la solat Asar dekat dekat pukul 7.00 petang.
 
As for now, rasanya baik saya terus ajalah solat zohor sebab tanda-tandanya sudah semakin samar. Bukan apa, jarak saya ke toilet adalah jauh macam satu hujung ke hujung yang lain...tapi cubalah ambil positif kan, setiap kali ke toilet, sempat lah exercise sikit.
 
Hmmm...itu ajalah dulu...bubaiiii

Thursday, March 7, 2013

Besday Saya Tau

Semalam, selepas saya menulis topik mengenai cinta tu, saya tanya dekat hubby 2 kali tentang bagaimana saya mengekspressi cinta saya pada dia.
 
First time tanya, hubby diam, mungkin sebab dia tak tahu nak jawab kut. Second time tanya, dia jawab macam ni :" Saya pun tak tahu lah macam mana cikbib mengekspressi cinta cikbib dekat saya, tapi saya pasti sangat yang cikbib sayang dekat saya"...haaa, itu adalah statement yang membuktikanbetapa misterinya sebuah cinta, ha ha ha.
 
Anyway, semalam kami dua-dua mengantuk dan sewaktu menunggu anak sedara saya Faiz datang untuk mengambil motorsikal yang telah diposkan oleh ayahnya, kami baring-baring sambil tengok tv. Sempat juga kami terlelap sehinggala telefon berbunyi sebab Faiz dah sampai. Saya buat air dan hidang coklat aja dekat Faiz sebab kami makan laksa aja petang tadi dan memang tak de makanan lain...tak pe ye Faiz, nanti birthday Faiz, kami belanja makan Pizza.
 
Lepas tu, kami dua-dua telah segar balik, itu lah rahsia nya bila take a short nap ye. Kami pun tengok tv, channel LI. Kami suka tengok fasal design rumah ke, nak beli rumah ke, nak sewa rumah ke...haaaa...yang masak-masak ke...Tapi lepas habis rancangan, saya pun bosan dan tidurrrr.
 
Saya bangun semula dalam pukul 1.30 pagi dan dengar tv berbunyi cerita hantu yang amat kelakar. Saya termenung ke sana ke sini dulu, lepas tu sempat tengok tv juga. Waktu tu juga hubby wish happy birthday kat saya...tqqq  sayangggg (macam lieuney cakap dekat apek lepas apek masuk aquarium tu kan, ha ha ha)
 
Lepas tu, saya solat isyak, iron baju dan tidur. Saya doa banyak banyak sebelum tidur supaya saya tidak terlajak sebab saya ada breakfast di Seri Pan Pacific Hotel pada jam 8.30 pagi.
 
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah keluar dari rumah dalam jam 6.37 pagi. The funny thing was that, traffic di Federal Highway tu lebih kurang sama aja dengan keadaan traffic kalau saya keluar jam 7.00 pagi. Tapi saya sempat sampai dalam jam 7.25pg. Lepas tu sempat pergi toilet dan terus berjalan ke KL Sentral bersama officer saya untuk mengambil cab. Kami malam nak bawa kereta sebab susah nak cari parking.
 
Sampai sana, makan, discuss dan jam 9.30 driver datang ambil sebab ada another appointment di Jalan Kelang Lama. Saya sampai semula di office dalam jam 12.30 dan sekarang ni tengah update blog. Lepas ni gue nak tidur.
 
Saya nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk diri sendiri. Semoga saya beroleh kehidupan yang baik, dunia dan akhirat. Semoga kehadiran saya di dunia ini lebih membawa kebaikan dan kebahagiaan untuk orang lain berbanding dengan kelukaan/kemusnahan, insya allah...Have a nice day semua orang!

Wednesday, March 6, 2013

C I N T A

Sebenarnya saya ni nak menulis, tapi macam buntu tentang topik yang patut saya tulis. Saya mengantuk dan telah blog hop sikit-sikit. Masuk blog sana, lepas tu link pulak ke blog lain dan kebetulan asyik jumpa cerita fasal ulang tahun perkahwinan la, semua yang relates to cintan cintun ni lah...soo...let's gamble, saya pun nak tahu apa yang saya faham tentang cinta, let's talk about 'Cinta'.
 
Mula-mula : definisi Cinta.
 
Bayang kan kalau kita pergi la ke seminar mengenai cinta dan penceramah bertanya kepada kita apakah definisi Cinta...haaa...saya boleh bayangkan saya terus google sebab  dasar takut nak bagi pendapat sendiri kan.
 
Cinta bagi saya...susah nak tulis macam ni lah, mari kita buat in point form ye.
 
1) Perasaan yang terbuai yang membuat kita bahagia, rasa macam nak senyum aja sepanjang masa..betul tak? Saya rasa, waktu bercinta, ini yang paling best, bila hati di buai-buai.
 
2) Walaupun best, kita perlu berhati-hati kerana bila terbuai sangat tu, kita mungkin boleh jadi tak betul sikit, haaa, sekiranya ini berlaku, maka cinta boleh di definisikan sebagai penyakit. Hmmm, penyakit hati sampai lupa realiti kehidupan, lupa undang-undang tuhan, lupa pada keluarga.
 
3) Kadang-kadang cinta juga adalah pengorbanan. Ada seorang kawan saya ni suka mendefinisikan cinta sebagai pengorbanan. Sebagai contoh, seorang isteri, sanggup membenarkan suaminya berkahwin lagi satu. Walaupun perit, mereka terus cuba melayari bahtera perkahwinan bersama sehinggalah apabila tua, walaupun orang ketiga wujud dalam kehidupan, cinta mereka terus utuh dan sang isteri merasakan pengorbanan yang telah dilakukan adalah sangat berbaloi dan sang suami pula sangat-sangat mengkagumi pengorbanan isterinya itu..huh..SANGGUP? 
 
4) Yang atas tu semua positif kan? Tapi cinta juga boleh menjadi satu dosa dan boleh menghancurkan hidup sekiranya rasional/iman sudah hilang. Selalunya cinta macam ni memang tidak kekal.
 
Penting tak cinta?
 
Pentingggggg.....mesti lah penting kan, especially kalau pernah merasa nikmat bercinta. Kalau tak rasa lagi, tak pe la juga. Saya kan kahwin lambat, dan biasa hidup sendiri tanpa cinta. Tapi saya berdoalah semoga dipanjangkanlah jodoh saya dan hubby, sebab saya rasa pasangan hidup dan cinta tu penting dalam hidup saya.
 
Macam mana mahu menunjukkan cinta?
 
Sekarang ni, kalau nak menunjukkan cinta pada orang boleh la gunakan facebook. Ataupun kalau kita artis boleh lah announce banyak-banyak kali "Chenta Hati Saya"...
 
Tapi saya rasa semuanya sepatutnya berlaku secara natural. Sewaktu saya menghadiri kursus di I D F R baru baru ini, saya suka melihat cara pasangan-pasangan bermesra, tanpa berlebih-lebihan lah  kan.(untuk pengetahuan, kursus yang saya hadiri tu adalah untuk suami dan isteri, saya aja yang pergi bujang sebab hubby sibuk).
 
Yang saya lihat, pasangan yang lebih tua adalah lebih mesra,  atau mungkin sebab pasangan muda yang datang kebanyakannya adalah ustaz belaka, ha ha, yang tu saya tak pasti. Sewaktu ceramah diberikan, saya lihat dari jauh yang mereka cuba untuk bersentuh walaupun sedikit. Sebagai contoh, suami akan duduk bersilang kaki dan isteri akan meletakkan tangan atau siku di kaki suami...it looks natural sebenarnya dan saya rasa orang lain tak perasan pun kecuali saya yang menyibuk. Apabila berjalan menuruni bukit pulak, isteri terus pegang tangan suami sebab takut jatuh, ye lah, pakai high heels kan...heeee
 
Saya suka aja tengok dan tumpang gembira, sambil berdoa semoga ada rezeki saya dan suami untuk tua bersama-sama dan bahagia seperti mereka.
 
Macam mana saya menunjukkan cinta saya?
 
Ntah laa, tak tahu saya. Saya ni kan brutal, mana ada tunjuk tunjuk cinta sangat...heee. Mesti suami saya sedih kan dapat isteri macam saya. Tapi kadang-kadang saya rasa cara saya menunjukkan cinta saya pada suami ni lebih kepada macam lelaki la, macam cara yang lebih protective, bagi pendapat ke. Anggap je lah hubungan hubby dan saya ni unik dan tidak boleh di bandingkan dengan pasangan lain.
 
Apa lagi dengan Cinta?...
 
Hmmm...itu ajalah kut. Saya juga percaya cinta boleh dibina dan seterusnya perlu di 'maintain'. Cinta perlu dibaja dan disiram supaya subur. Mak saya kata, kadang-kadang akan ada hasutan yang tak baik di pertengahan perkahwinan dan dia kata, work on it dan banyakkan berdoa.
 
Satu lagi, saya rasa banyak perkara yang akan lebih manis apabila dilakukan dengan orang yang dicintai. Sebagai contoh, sekiranya sang suami dapat mengimamkan solat...kan best. Saya juga berdoa semoga satu hari nanti, ada rezeki untuk saya dan hubby mengerjakan haji kerana saya teringin untuk melakukan tawaf dan saei bersama...jangan berkelahi pulak masa tu, sudah.
 
Itu ajalah buat kali ini...saya mengantuk betul laaa