Assalamualaikum..sekarang ni pukul 7.20 pagi, selepas sahur, selepas subuh, selepas blog hop sekejap. Saya masih dalam keaadaan meng-adjust diri dengan sistem baru sejak install Unifi ni, ntah apa silapnya, tadi, saya google cikbibcome tak jumpa, cactus house pun tak jumpa. Saya ingatkan saya ni famous, rupanya tak...ha ha...hmmm, macam mana dengan plan untuk menjadikan blog ini bahan bacaan ramai...hmmmm, kena fikir balik ni.
Hubby tidur balik lepas subuh tadi, dia tak sihat sikit, demam dan batuk. Seingat saya, hubby memang selalu tak sihat on the first day of puasa, last year lagi teruk, pening la, apa la, semoga tahun depan dia lebih sihat, insya allah.
Hmmm, believe it or not, semalam kami pergi Kompleks PKNS Shah Alam dan keadaan adalah agak sunyi...so unlike the usual super sibuk shopping raya period di Kompleks PKNS...but we took the opportunity to shop for some baju kurung lah...walau bagaimanapun, dua dua pun pancit, rasa letih sangat after 2 hours and decided to go back, solat zuhur dan tidurrrrr.
Seperti biasa, bila kita boleh tidur, kita selalunya tidak boleh tidur kan, so, by 4 o'clock, kami dua dua dah bangun, sembang. Lepas Asar, saya pergi masak dan hubby pergi beli buah tamar, yup, kami lupa langsung fasal buah tamar tahun ni.
Saya sangat bersemangat untuk masak semalam, ye lah, untuk hubby makan kan, walaupun susah sikit nak masak sebab tak boleh rasa. Walau bagaimanapun, hubby makan sikit aja sebab mulut masih tak berapa sedap. Oh ye, saya masak gulai lemak udang bersama kacang buncis dan goreng ikan bilis bersama bawang.
Anyway, alhamdulillah, pagi ni hubby makan byak sikit waktu sahur, seronok saya. Saya paksa dia mandi pagi sebab mak saya kata, kalau demam, bawa mandi before subuh untuk panas dalam badan tu keluar. heeee, tapi hubby, dah mandi, terus je tidur balik.
Orang tua tua cakap, tidur lepas subuh, tidak murah rezeki kan? Saya rasa, ada betulnya.
Baru-baru ni, ada seorang boss lama datang jumpa saya. Dia bercerita macam mana rumah dia dimasuki pencuri dan dia tidak sedar langsung. Dia hanya sedar selepas dia bangun pukul 5 pagi, mandi dan solat subuh dan keluar daripada bilik dia...hmmm, yang saya kagum ni, walau pun sudah bersara, tidak perlu pergi kerja lagi, beliau masih bangun pagi, mandi dan memulakan harinya seawal boleh. Yup, rezeki beliau memang murah, masih banyak tawaran kerja dan beliau sihat. Semoga saya dapat mencontohi cara hidup yang sedemikian, insya allah.
Okay lah...stop dulu ye...ngantuk juga sikit sikit nih...nak tidur ke balik nih? lemah betul iman saya ni..improve cikbib, improve
No comments:
Post a Comment