Semalam, saya dengan bersemangatnya telah bersedia mental dan fizikal untuk bekerja. Bukan apa, sebelum cuti, saya telah diberitahu bahawa ada satu mesyuarat penting akan diadakan pada jam 8.45 pagi Rabu...
Saya memang bersedia kerana ada 2 kertas penting yang akan dibincangkan, selain banyak lagi kertas lain-lain nya...yup, persediaan fizikal adalah saya pakai baju baru, hi hi hi..dan iron baju malamnya. Saya juga bangun awal dan pergi kerja lebih awal...lepas solat, doa tu panjang lah sikit, minta dipermudahkan segala urusan.
Sampai ofis, buka pintu, saya terus cari fail untuk pergi meeting, tengok tengok, ha ha ha, meeting tu cancel...maksudnya semua cadangan hanya akan dibincangkan minggu depan...haih..
Tapi tak pe juga sebab atas meja ada banyak fail, sampai tak de tempat nak letak barang. Hmmm, saya pun cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk menengok semua fail tu.
Walau bagaimanapun, rupa rupanya saya tak sempat langsung, saya ke sana dan sini, petang nya pula ada mesyuarat...haaaaaa....
Tapi tak pe lah, saya akan cuba buat hari ni...mungkin perlu stayback? boleh tak Nana??...ha ha
selamat menyambut Ramadhan! :)
ReplyDelete