Satu lagi yang ajaib adalah, saya masak untuk berbuka, semalam dan hari ni. perkara ni mungkin tidak ajaib untuk orang lain, tapi untuk saya, huh...sebab, sebelum ini, kadang kadang selepas balik kerja, mata ni nak buka pun tak larat..ini, bangun dah la awal, g kerja, balik kerja jalan jam, sampai rumah pulak, terus sinsing tangan masak...ush, jadi powerpuff girl betul saya. Dah 4 hari puasa, kami belum lagi beli lauk kat luar, he he
Semalam saya masak ikan kerapu sweet sour dan cendawan + tomato goreng belacan. Hari ini pulak, saya sampai awal, sebelum pukul 6.30ptg, so, sempat masak rendang ayam lagih..ush, superb la, memang kagum dengan diri sindri, syukurrrr, moga boleh maintain...he he he.
Walau bagaimanapun, esok akan jadi hari yang mencabar sebab ada 3 meetings back to back...doakanlah semoga saya kuat.
Ait, topik dah lari ye..jom mula, Bandung trip, day 2...saya letak gambar je la ye..
We started off early, jam tu sepatutnya jam 7.30 pagi waktu Bandung. Kami tengah tunggu Pak Dendeng datang untuk bawa kami ke Tangkuban Perahu, tempat gunung berapi tu. Kami tunggu di depan hotel, ada orang jual basikal miniature tu, saya teringin nak beli, tapi Shuk tak bagi, dia kata mahai.
Lepas tu, Pak Dengdeng pun sampai...bawa kami ke Tangkuban Parahu
haaaa...signage, tanda kami dah sampai, perjalanannya dalam 2 jam dari Pekan Bandung
Kawah gunung berapi tu
yeah gambar peserta trip ke Bandung itu
tempat ini adalah a must untuk tangkap gambar...bukti kita dah sampai tempat ni, ha ha
Lepas tu kami masuk kantor informasi, dan tergoda untuk pergi ke kawah gunung berapi tuh...kena bayar dalam 350,000 rupiah kut, untuk 4 orang
haaaa, tengok pokok belakang saya tu, pokok dekat tempat bekas gunung berapi jadi macam tu, with no daun...rasa macam kita berada di alam lain..saya suka experince tuh, hubby kata macam filem Lord of The Ring
tengok belakang tuh...menarik tul tempat ni. Cuaca nya best tau, tak panas, rasa selesa aja
Gambar Man and wife...kami telah tertinggal mereka di belakang..ha ha..kami berjalan di lorong yang menurun dan penuh dengan akar kayu...macam di atas. Menurut pemandu pelancong tu, lorong yang kami lalu tu, adalah antar lorong utama lahar gunung berapi tu lalu...
tengah berjalan ada pokok ni...Shuk muat, saya mula mula takut nak masuk, nanti tersepit dan kena tebang pulak pokok tu nak bagi saya keluar kan...tapiii...
muat juga rupanya, alhamdulillah. Tapi jenuhla kempiskan perut
haaa, kami menengok dari atas tempat yang kami nak pergi tu...
tu dia...sesungguhnya, perjalanan menurun selepas itu adalah sangat mencabar sebab cerunnya sangat curam...sakit gak kaki sebab kena brake kan
tu dia, dah sampai kat kawah gunung berapi tu...Encik Man terduduk...saya pun tak larat sikit sikit...
tapi bila sampai...puas hati. Alhamdulillah, sampai juga saya ke tempat yang macam ni.
Ada banyak kawah air panas, tapi kena cek dulu temperature air tu, jangan pilih kawah yang panas sangat tu, nanti keluar keluar kaki, haaaa, tinggal tulang
haaa, itu asap betul tau, bukan special effect
tu dia, Tuan Man, ada orang urut belakang, urut kaki kiri satu, urut kaki kanan satu
ni pulak, Tuan Shukri...isk isk isk
haaa, yang ni lagi hebat, ada teh hale (teh halia la)
Adohhh, saya dah penat, saya sambung day 2 trip esok ya....perlu berehat dulu
No comments:
Post a Comment