Thursday, July 26, 2012

Semalam Yang Sibuk dan Stress

Semalam saya tak sempat update, saya sangat sibuk, dan a little bit tak larat.

Semalam kan ada 3 meetings back to back, haih, start pukul 8.45, habis dalam pukul 3.00...alhamdulillah, kes yang simple telah di fastrack.

Sampai bilik, boss terus masuk, bincang fasal meeting yang saya akan kena attend dengan KLKesok (hari ni), sebab boss cuti.

Lepas tu, saya lari pergi solat zuhur..duduk lama sat di tempat solat tu, sebab letih, tapi bila keluar, rupanya SHS pun nak solat, dan tunggu lama...haaaaa...sorry la. Saya bukan solat di surau, tapi kami telah buat satu corner di Bahagian kami ni yang di hadang dengan almari...heeee, share sama sama

Keluar, tak larat dah tengok files atas meja...rasa nak muntah..

Pukul 4.15 KLK call nak jumpa. Mak aih...mahu habis pukul 7.00 ni...anyway, saya pun naik pergi bilik dia dengan boss. Hmmm, seperti biasa, perbincangan tersasar, tapi bila jam 5.20, saya minta di excuse kan...

Balik bilik, solat asar...balik. Alhamdulillah, jalan tak lah jam sangat. Walau bagaimanapun, sesungguhnya saya memang mood swing sikit, yup, dua kali saya hon kereta..marah kat orang lain. Tu dia...sangat banyak tuh...

Tapi ye lah, marah tu tak baik untuk jantung kan? lagi pun ada orang kata, sesuatu yang bermula dengan kemarahan, selalunya tidak akan berakhir dengan baik..so...saya pun try mempositive kan diri, cuba menenangkan diri.

Sebab marah, saya determine to beli roti john...ha ha ha, alasan sebenarnya....tapi puas hati.

Sampai rumah, hubby dah tunggu. Dia dah masak nasi, panas rendang yang saya masak semalam, dan dia juga ada beli kari kepala ikan.

Kami buka puasa sambil menonton rancangan Geng Surau di Astro Oasis, solat Maghrib dan tengok berita sat. Waktu tengok berita tu lah saya tewas dan terlelap...

Hmmmm....saya bangun dalam pukul 10.00, mandi, solat isyak + tarawikh....

Hmmmmm...semoga hari saya akan lebih bertenang...

No comments:

Post a Comment