Akhirnya, hari ini, segala masalah yang kami hadapi untuk memasang Unifi di rumah berakhir. Mulai hari ini, kami adalah pelanggan Unifi walaupun proses pemasangan sebenarnya sudah bermula pada hari Selasa lagi.
Proses pemasangan bermula pada hari Selasa, malangnya, ada masalah. Hubby telah telefon Unifi on the next day, dan telefonist yang menjawab telah menjelaskan dengan panjang lebar bahawa mereka akan menggantikan apa apa yang rosak tanpa bayaran, walau bagaimanapun, sekiranya cable yang rosak, kami perlu bayar RM50.
Mendengar penjelasan telefonist tersebut, Hubby telah mengamuk, ye lah, kami belum sempat guna langsungpun sebab lepas install tu saya terus ada sesi berurut, dan hubby tak de kat rumah...dan sekiranya cable itu rosak, adakah itu kesalahan kami? kami tak sempat guna langsung pun, huh, terbakar.
Hubby insist yang dia mahu orang TM datang hari itu juga, bukan within 24 hours seperti yang diberitahu. Ye lah, kami sudah mula bayar bil Unifi sejak hari Selasa, tetapi tidak langsung berkesempatan untuk guna service untuk 2 hari tu...hmmm, ada depa kisah untuk tolak harga 2 hari tu? Tak de langsung!
Tapi saya rasa hubby telah buat tindakan yang bagus lah, dia cakap aja terus..ye lah, kalau ikut promo yang Unifi buat, mereka seolah olah menjanjikan bulan, bintang, syurga...ha ha...hmmmm, sekali, hampeh!!
Anyway, setelah banyak sangat masalah yang dihadapi, saya macam teringat, mungkin saya tidak memulakan semua urusan saya dengan bismillah, ye lah, sedikit doa...maka, saya pun terus berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan baik.
Hari ini, setelah balik dari kerja, hubby bagi tahu semuanya telah selesai, alhamdulillah. Apparently the cable connecting my house to the nearest tiang telah patah/putus during installation, and was it our fault? huh...nasib baik mereka tak tuntut RM50 tuh, kalau tidak, siap...
And as for the service, so far so good...ye lah, bukan senang nak dapat benda yang baik kan? Mungkin itu semua adalah cabaran, as for today, we can say good bye PI and welcome Unifi...
No comments:
Post a Comment