Tuesday, July 17, 2012

Pre B andung Dinner With Those From Japan

Heyyy, I am back from Bandung last night. There was a flight delay (Air Asia, biasalah kan) and we  arrived home past twelve midnight...I will update a special post on my B andung trip later sebab untuk post hari ini, saya akan bercerita mengenai jamuan makan bersama keluarga kakak ipar saya yang pulang untuk bercuti dari Jepun baru baru ini.

Hari Jumaat selalunya adalah antara hari yang paling sibuk buat saya kerana saya akan cuba seberapa daya untuk menghabiskan apa yang sepatutnya saya selesaikan minggu itu supaya tidak tertangguh hingga ke minggu hadapan. Oleh kerana esoknya cuti, saya selalu memujuk hati supaya sabar dan habis kan kerja supaya saya dapat bercuti dengan hati yang senang.

Walau bagaimanapun pada minggu lepas, oleh kerana saya akan ke B andung dan keluarga kakak ipar saya ada di rumah, maka saya memang sudah cuba selesaikan kerja yang sepatutnya supaya saya dapat balik awal and entertain my guests.

Cadangan awal adalah untuk membawa mereka keluar makan dan kemudian bawa keliling Shah Alam, mungkin ke ICT dan dataran Shah Alam. Walau bagaimanapun, kakak ipar saya yang tinggal di Sungai Buaya, kak Ina, telah telefon selepas Jumaat, mengatakan yang mereka akan datang ke rumah pada malamnya.

Bila Kak Ina kata nak datang, fikiran saya pun ligat, haaaa, kalau tak sempat masak, nak suruh hubby beli ke, apa ke....haaaa, tapi, tiba tiba Kak Lina kata, Bib masak nasi ajala, Kak Lina bawak lauk...haaaaa...ALHAMDULILLAH...ha ha ha...daserrrrrrr.

Hmmm, saya pun call hubby untuk perancangan seterusnya. Yup, minta hubby beli air mineral lagi, beli ketul ais dan telur...ha ha, saya cadang nak masak telur dadar dan tumis sayur kacang buncis bersama carrot dan tomato...set...

Tapi ye lah, tetap ada kerja juga yang perlu di habiskan, tapi alhamdulillah, saya dapat balik pukul 6.00 petang sebab hubby dah bising suruh balik...kih kih kih. Saya tanya, "kenapa? Shuk risau ke? " . Dia jawab "saya tak risau, kak nah yang risau" (kak nah tu adalah kakak ipar saya yang tinggal di Jepun tu).

Hmmm, saya pun balik dan terus pergi dapur, siap siap masak, mandi dan seterusnya tetamu pun datang dalam jam 8.15 malam.

Okay...ada gambar

haaa, table setting...gambar setting ni memang dah selalu saya letak dalam blog ni kan...

ohhh, menu, ada ikan goreng, sayur kacang buncis dengan carrot yang saya buat, salad, ada sambal belacan ikan bilis yang kaw kaw dalam bekas plastik kecil tu, telur dadar yang saya buat juga serta gulai lemak cili api ayam yang dibawa khusus dari Sg Buaya

Yang lelaki makan dulu

Imtiyaz makan sama...kat hujung tu

tangkap gambar orang lain pulak, Jiha dan Kak Huda

Dua orang kakak ipar saya, Kak Lina dan Kak Nah. Dua dua ni adalah orang kuat dalam masak memasak sekiranya kami beramai ramai balik kg....saya pun orang kuat juga, kuat bising

dari angle lain...Imtiyaz tengah tunggu nasi tambah

Imtiyaz makan dengan kusyuk nya

cousins...cantik kan gambar ni

huh, turn orang perempuan makan, orang perempuan makan lama lah sikit sebab di sambung dengan sesi gossip

hah, tengok dapur saya yang berselerak tu

ohhh, saya sibuk melayan tetamu

tengah tengah makan, Mek Yah pulak datang..heh heh heh...lupa pulak nak jemput keluarga kak cik..sorry kak cik

yang ni saya sibuk makan dan gossip

dari sudut berlainan

dari sudut lain

cak! Imtiyaz, Iftikhar dan huda

bisik...rahsia, jadi saya pun tak tahu apa yang dibisikkan

gang yang ni....Tiha je yg tak de

cousins...waktu ni Athirah sibuk basuh pinggan di dapur, sian dia

cak! haaa, mengintai anak anak dara yang sibuk di dapur saya

sesi gossip diteruskan sementara menunggu air nescafe tarik disediakan oleh anak anak dara di dapur tu

Malena dengan Imtiyaz

yup, saudara sepupu yang sebaya...

Okay lah...oleh kerana Kak Nah tak sihat, kami tak jadi keluar jalan jalan selepas makan, mungkin lain kali...





No comments:

Post a Comment