Saya mula pandai naik basikal sewaktu berumur 6 tahun.
Saya terus pandai naik basikal yang besar ye sebab emak saya tidak mampu untuk membelikan saya basikal kecil. Walau bagaimanapun, sebab saya duduk di kg, dan semua orang di kg tu tiada basikal kecil, maka tiada basikal kecil bukan lah satu isu...cuma, bila saya pergi melawat saudara mara di bandar, saya pun akan naik lah basikal mereka tu...maklumlah, tak pernah ada kan.
Saya mula mula tak kayuh penuh pun, cuma sebelah kaki aja kayuh, macam mengayuh sampan pun ada, dan sebelah tangan akan pegang handle tu, tapi yang satu lagi tu, bergayut kat seat...heee...boleh imagine tak? Bila dah kayuh separuh tu, dan rasa macam laju sikit, boleh la angkat kaki yang kat tanah tu sat, tapi kejap aja lah sebab takut.
Semua kawan kawan saya pun macam saya juga, tapi meriah aja kami kelililing kg dalam keaadaan macam tu. Pelan pelan, saya mula berani kayuh sikit sikit. Saya ingat lagi saya telah jatuh terlanggar pokok manggis dan pergi mengadu dengan mak saya, saya ingat lagi mak saya cakap " kalau dah jatuh tu, maknanya dah nak pandai la tu."...haaaa, dan waktu tu, saya sangat percaya dengan mak saya dan terus bersemangat nak belajar lagi.
Saya pun terus jadi berani sebab yakin kalau jatuh, maksudnya saya akan jadi pandai kan...dua tiga hari lepas tu, saya sudah pandai dan conquer the kampung lah....pantang aja basikal tu ada kat rumah, saya akan bawa.
Kg saya best untuk naik basikal, ada banyak jalan yang kecil dan mencabar...kakak saya mekyah pula telah menambah kegembiraan kami naik basikal dengan membuat bunyi...GIDDIYUP GIDDIYUP (i am not sure whether the spelling is correct or not) bila kami terhentak hentak di jalan yang tidak rata...yup, bunyi itu adalah bunyi orang naik kuda, seperti buku yang dia bacalah...heeee...best tak terkira waktu tu.
Kami juga kadang kadang naik basikal sama sama...walaupun mekyah 4 tahun tua dari saya, tapi sebab saya terlebih subur, berat kami tak lah beza sangat, so, saya boleh dua dua, sama ada jadi pengayuh, atau penumpang. Yang pastinya, kami memang lah tidak macam budak perempuan sangat, sebab kami memang buas...bangun bangun pagi, kami akan tolong mak sapu keliling rumah dahulu, lepas tu, terus main.
Tiba tiba kan, keluarga pakcik saya dari bandar pindah ke kg kami. Waktu tu rasa macam cerita Enid Blyton pulak, ye lah, sepupu saya yang dari bandar tu, macam lagi kaya lah dari kami, macam prim and proper kan, dengan baju cantik dan kemas nya, rampur tersisir rapi nya, dengan makcik saya yang berkebaya dan berlipstick merahnya, sedangkan mak saya, nak pakai lipstick pun tak mampu.
Anyway, satu hari tu, seperti biasa, saya dan mekyah naik basikal sama-sama di depan rumah, dan emak saya sedang menyapu sampah ....biasalah kan, kami bawa basikal, kenalah bawa kona kona kan baru thrill (paham tak kona kona tu apa?). Haaaa, tengah kona kona, bummmm jatuh...tu dia, tergolek, dan pada waktu yang sama, makcik saya dan sepupu perempuan saya yang penuh cantik dan lawa dan penuh sopan tu laluuu, mak oiiiii....mereka tengok aja, nampak macam blank.
Waktu tu emak terkejut dan tengok aja kami dari jauh, ye lah, dah berapa puluh kali kami jatuh kan, no hal lah, dia cuma tengok to make sure kami boleh bangun ke tak...he he, tapi saya malu juga lah waktu tu, malu kat makcik and cousins saya lah....he he.
Tapi adakah selepas tu kami insaf dan tak naik basikal lagi? haaaa, itu tidak berlaku....kami terus naik basikal lepas tu.....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekah..kah
Delete