Saturday, July 7, 2012

Sabtu dah abis..

It is now Saturday nite...yeah Saturday Nite Fever lah...teringat gambar John Travolta yang cucuk langit tu kan.

Tadi saya baru menonton filem 'When you were sleeping' yang dibintangi oleh Sandra Bullock...yeah, cerita lama yang berakhir dengan happy ending.

Saya suka cerita happy ending yang semacam Cinderella tu yang kat last tu boleh cakap and 'they lived happily ever after'.

Saya tidak suka cerita sedih...simply sebab saya rasa dunia ini sudah penuh dengan kedukaan..so, enough of that. Bagi saya, dalam dunia terkawal seperti filem, buku cerita, pleasee lah para penulis, jadikanlah ianya berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan...is that so immature of me?

Lagi satu, sebenarnya kalau saya menonton/membaca, saya suka membawa diri saya ke dunia filem/buku itu, oleh kerana itu, sekiranya ceritanya sedih, maka saya akan turut sedih dan menangis, dan saya tak la suka menangis. Heee, dan macam sekarang, tengah menonton Transformers di HBO HD ni, haaaa, sejak saya masuk sekejap ke dunia transformers di Universal Studio Singapore baru baru ni dan baru faham tentang apa yang berlaku, saya pun meletakkan diri saya dalam segala kekecohan itu and may end up feeling very tired...tak de kerja betul kan.

Saya ingat lagi waktu saya menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, saya rasa macam berada bersama mereka berlari ke sana, berlari ke sini...ha ha ha....teruk betul tahap imaginasi saya ni, walaupun sudah mencapai umur dewasa.

Anyway, menonton cerita 'When you were sleeping' tu membuat hari berbunga dan saya suka...macam juga saya tengok filem 'Pretty Woman'...saya masih senyum lagi sekarang...

No comments:

Post a Comment