Weekend baru ni saya balik ke kg suami di Felda Ijok, Selama Perak.
Keluarga suami memang akan ada perancangan untuk satu hari berbuka bersama di kg...yup, hampir semua balik.
Kami keluar dari rumah pada hari Sabtu (28 Julai?) dalam pukul 11 pagi. Kami singgah di Taiping di mana saya sempat beli baju satu pasang...he he he..
Hubby cari baju melayu warna putih..yang dijual tanpa seluar....tapi tak jumpa
cuaca panas lah...dan 70% daripada masa dalam perjalanan itu, saya tidur...heeeeeee
Kami kemudian ke Kamunting, untuk beli sedikit juadah berbuka...kami beli mertabak dan ikan bakar.
Sampai di Ijok dalam jam 5.00 petang, disambut dengan berita air tak de...mak aiiiii...
Anyway, saya anggap ianya adalah cabaran...yang pentingnya adalah cara saya menghadapinya kan...
Saya nak tolong masak...tapi mak mertua saya macam suruh saya pergi duduk aja, berehat, sebab saya baru sampai...hmmmm...rasa bersalah la pulak...
tapi okaylah, kami berbuka, lepas tu solat tarawikh, lepas tu bergebang dan tidur.
Waktu berbuka saya minum banyak air bandung...heeee...
Esok paginya saya baik sikit sebab bangun awal untuk buat preparation bersahur. Tolong sikit aja, tapi kira okay lah sebab orang lain tak bangun pun, saya dengan biras saya aja yang bangun awal...isk...rasa proud la pulak, ha ha
Dalam pukul 12.00 tengahari, kami bertolak balik ke Shah Alam...
Dan hari ni..semua kembali normal...
Esok pulak, ada cabaran besar....meeting back to back lagi...doakan saya kuat, insya allah
Monday, July 30, 2012
Sunday, July 29, 2012
B andung Trip : Day 2 Part 2
Sorry la lambat update..ada banyak cabaran.
Anyway, pada hari kedua, lepas dari turun ke kawah gunung berapi tu, Man request nak balik hotel, dia dah melengeh..heee...so, depa siap mandi, salin baju, solat...saya tak pun, bagi saya cuaca nya agak bagus, so, okay aja, tak perlu tukar baju.
Selepas rehat, kami ke restoran sederhana, makan makanan minang. Lupa nak tangkap gambar waktu makan...so, snap lepas makan lah...restoran sederhana namanya...

Lepas tu kami ke Pasar Baru. Pasar Baru ni is very the hirok and pikok ye, keadaannya ada macam pasar payang, tapi jumlah pelawatnya adalah berganda. Di sini banyak jual textile..yup, kain dan kain products.
Saya tak tangkap gambar pun di situ. Lepas tu, g dinner...yup, nama tempat tu Sangkuriang. Makanan Sunda.
En Man select menu, maklum lah, pakar makanan kan
mulut tu, mulut tu....saya selalu muncung kalau concentrate on something
waktu tunggu makanan sampai, ada acara selingan, yup, jualan madu. En Man sudah bosang
Makanan sampai dengan sangat pantas..dan menu seperti biasa adalah banyak...dua jenis masakan ikan kaloi, ayam kampung goreng, sup ekor kut, pastu kangkung masak belacan kut
En Man yang nak sangat makan ikan ni, ikan kaloi goreng
yang ni ikan kaloi bakar...
berasap bila dituangkan kuah kicap di atas nya
Habis makan, Shuk berasap
Isteri Man tengah call anak anak...Encik Man mencuba untuk mencomelkan diri..he he
Kami nak juga tangkap gambar camtu sama
bila keluar, ada adengan mengurangkan harga yang sangat kelakar...dekat setengah jam urusan jual beli ni, asyik gelak aja
haaaa....nama tempat makan ni...sedap...tapi macam tak ramai pelanggan lah, wonder if I were to go to Bandung again, tempat ni masih bernyawa tak?
Anyway, lepas tu kami singgah la beli tshirt kat mana mana ntah...lepas tu balik hotel. Shuk and I terus tidur, tapi rupanya, Encik Man and isteri pergi berurut dan bersauna, kelas gitu.
Okay, nanti saya sambung lagi ye...bubay
Thursday, July 26, 2012
Semalam Yang Sibuk dan Stress
Semalam saya tak sempat update, saya sangat sibuk, dan a little bit tak larat.
Semalam kan ada 3 meetings back to back, haih, start pukul 8.45, habis dalam pukul 3.00...alhamdulillah, kes yang simple telah di fastrack.
Sampai bilik, boss terus masuk, bincang fasal meeting yang saya akan kena attend dengan KLKesok (hari ni), sebab boss cuti.
Lepas tu, saya lari pergi solat zuhur..duduk lama sat di tempat solat tu, sebab letih, tapi bila keluar, rupanya SHS pun nak solat, dan tunggu lama...haaaaa...sorry la. Saya bukan solat di surau, tapi kami telah buat satu corner di Bahagian kami ni yang di hadang dengan almari...heeee, share sama sama
Keluar, tak larat dah tengok files atas meja...rasa nak muntah..
Pukul 4.15 KLK call nak jumpa. Mak aih...mahu habis pukul 7.00 ni...anyway, saya pun naik pergi bilik dia dengan boss. Hmmm, seperti biasa, perbincangan tersasar, tapi bila jam 5.20, saya minta di excuse kan...
Balik bilik, solat asar...balik. Alhamdulillah, jalan tak lah jam sangat. Walau bagaimanapun, sesungguhnya saya memang mood swing sikit, yup, dua kali saya hon kereta..marah kat orang lain. Tu dia...sangat banyak tuh...
Tapi ye lah, marah tu tak baik untuk jantung kan? lagi pun ada orang kata, sesuatu yang bermula dengan kemarahan, selalunya tidak akan berakhir dengan baik..so...saya pun try mempositive kan diri, cuba menenangkan diri.
Sebab marah, saya determine to beli roti john...ha ha ha, alasan sebenarnya....tapi puas hati.
Sampai rumah, hubby dah tunggu. Dia dah masak nasi, panas rendang yang saya masak semalam, dan dia juga ada beli kari kepala ikan.
Kami buka puasa sambil menonton rancangan Geng Surau di Astro Oasis, solat Maghrib dan tengok berita sat. Waktu tengok berita tu lah saya tewas dan terlelap...
Hmmmm....saya bangun dalam pukul 10.00, mandi, solat isyak + tarawikh....
Hmmmmm...semoga hari saya akan lebih bertenang...

Tuesday, July 24, 2012
B andung Trip : Day 2
Siapa baca post saya pagi tadi mengenai betapa mengantuknya saya? Adush..tapi yang ajaibnya, masuk ofis, g toilet sat, letak air sikit kat mata, pergi jumpa boss, pergi jumpa officer...haaaa, tak sempat dah nak mengantuk.
Satu lagi yang ajaib adalah, saya masak untuk berbuka, semalam dan hari ni. perkara ni mungkin tidak ajaib untuk orang lain, tapi untuk saya, huh...sebab, sebelum ini, kadang kadang selepas balik kerja, mata ni nak buka pun tak larat..ini, bangun dah la awal, g kerja, balik kerja jalan jam, sampai rumah pulak, terus sinsing tangan masak...ush, jadi powerpuff girl betul saya. Dah 4 hari puasa, kami belum lagi beli lauk kat luar, he he
Semalam saya masak ikan kerapu sweet sour dan cendawan + tomato goreng belacan. Hari ini pulak, saya sampai awal, sebelum pukul 6.30ptg, so, sempat masak rendang ayam lagih..ush, superb la, memang kagum dengan diri sindri, syukurrrr, moga boleh maintain...he he he.
Walau bagaimanapun, esok akan jadi hari yang mencabar sebab ada 3 meetings back to back...doakanlah semoga saya kuat.
Ait, topik dah lari ye..jom mula, Bandung trip, day 2...saya letak gambar je la ye..

We started off early, jam tu sepatutnya jam 7.30 pagi waktu Bandung. Kami tengah tunggu Pak Dendeng datang untuk bawa kami ke Tangkuban Perahu, tempat gunung berapi tu. Kami tunggu di depan hotel, ada orang jual basikal miniature tu, saya teringin nak beli, tapi Shuk tak bagi, dia kata mahai.
Lepas tu, Pak Dengdeng pun sampai...bawa kami ke Tangkuban Parahu
haaaa...signage, tanda kami dah sampai, perjalanannya dalam 2 jam dari Pekan Bandung
Kawah gunung berapi tu
yeah gambar peserta trip ke Bandung itu
tempat ini adalah a must untuk tangkap gambar...bukti kita dah sampai tempat ni, ha ha
Lepas tu kami masuk kantor informasi, dan tergoda untuk pergi ke kawah gunung berapi tuh...kena bayar dalam 350,000 rupiah kut, untuk 4 orang
haaaa, tengok pokok belakang saya tu, pokok dekat tempat bekas gunung berapi jadi macam tu, with no daun...rasa macam kita berada di alam lain..saya suka experince tuh, hubby kata macam filem Lord of The Ring
tengok belakang tuh...menarik tul tempat ni. Cuaca nya best tau, tak panas, rasa selesa aja
Gambar Man and wife...kami telah tertinggal mereka di belakang..ha ha..kami berjalan di lorong yang menurun dan penuh dengan akar kayu...macam di atas. Menurut pemandu pelancong tu, lorong yang kami lalu tu, adalah antar lorong utama lahar gunung berapi tu lalu...
tengah berjalan ada pokok ni...Shuk muat, saya mula mula takut nak masuk, nanti tersepit dan kena tebang pulak pokok tu nak bagi saya keluar kan...tapiii...
muat juga rupanya, alhamdulillah. Tapi jenuhla kempiskan perut
haaa, kami menengok dari atas tempat yang kami nak pergi tu...
tu dia...sesungguhnya, perjalanan menurun selepas itu adalah sangat mencabar sebab cerunnya sangat curam...sakit gak kaki sebab kena brake kan
tu dia, dah sampai kat kawah gunung berapi tu...Encik Man terduduk...saya pun tak larat sikit sikit...
tapi bila sampai...puas hati. Alhamdulillah, sampai juga saya ke tempat yang macam ni.
Ada banyak kawah air panas, tapi kena cek dulu temperature air tu, jangan pilih kawah yang panas sangat tu, nanti keluar keluar kaki, haaaa, tinggal tulang
haaa, itu asap betul tau, bukan special effect
tu dia, Tuan Man, ada orang urut belakang, urut kaki kiri satu, urut kaki kanan satu
ni pulak, Tuan Shukri...isk isk isk
haaa, yang ni lagi hebat, ada teh hale (teh halia la)
Adohhh, saya dah penat, saya sambung day 2 trip esok ya....perlu berehat dulu
Ramadhan Day 4 : Mengantuk
Unlike yesterday, I am feeling very sleepy today..
Waktu memandu tadi, I wish I could close my eyes. Since I was driving , I could not close both eyes, so I closed one eye at one time, ha ha ha.
Sampai ofis, dalam pukul 7.50am, so tak sempat lah nak tidur...tak pe, lunch saya tidur ye...
itu aja dulu..chow chin chow

Monday, July 23, 2012
Ramadhan Day 3 : It's Monday Again
Yupp...hari Senin. Bangun pukul 4.45, panas kan lauk, goreng ikan bilis, buat telur dadar, buat air, panaskan nasi, hidang, lari naik atas kejutkan hubby, makan sambil tengok celebrity masterchef di Astro, kemas, rehat sat, mandi, solat and drive to work...huh...
Sampai awal, terus start tengok fail sebab rasa bersalah tak tengok langsung fail yang di bawa balik ke rumah, ha ha ha
8.45 am ada meeting, habis meeting pukul 10.30 am, balik ofis, tengok email, tengok fail, ke sana, ke sini...haaa, dah lunch hour...
hmmm...saya determine nak clear fail banyak banyak, saya berazam untuk tidak menjadikan bulan puasa sebagai bulan bermalas-malas...walau pun jauh di sudut hati I wish I could bermalas malas lagiiiii...he he
Okay, selamat berpuasa semua

My B andung Trip - Day 1
Huwaa, ini adalah kari pertama saya upload gambar guna UNIFI and yup, sangat cepat, berdesup, lepas tu, tiba tiba ada frame pulak gambar saya semua, macam mana boleh jadi saya pun tak tau...ha ha ha..whatever lah kan, as long as the photos are there.
Okay lah, kami pergi Bandung pada hari Sabtu, 14 Julai. Kami naik Air Asia, flight sepatutnya jam 3.45 petang. Shuk dan saya keluar rumah pergi amik Man and wife dalam pukul 12.30. Sampai di LCCT, mak ai, panjangnya barisan...sangat panjang...terus wish yang saya naik MAS waktu ni, ha ha.
Anyway, selepas semuanya selesai, kami pergi cari makanan sebab lapar. Pergi kedai 'Noodles' (saya lupa nama kedai) dan Shuk dan saya kongsi nasi lemak...Man and wife order mee kari...
haa, nasi lemak yang kami order, boleh tahan rasanya. Unfortunately, the mee kari was a little bit too masin and both Man and wife decided not to eat their food.
haaa, Pah beli kasut untuk anak anak. Shuk and I tak beli apa apa pun. Donatello ni adalah locally owned shoes company...
Shuk posed in front of the shop. Lepas tu, dah dekat pukul 10, baru keluar cari makan. Dengan macet nya lagi...haaaaaa. Under advised of our supir, Pak Dendeng, we went to have dinner at a 24 hour place called Ampera..yup, Sundanese food.
Sesudah kenyang...ha ha ha, lupa nak snap gambar makanan sebab kami sangat lapar...dah kenyang, baru terdiam
ini adalah bukti yang kenyang perut, suka hati
Okay lah, kami pergi Bandung pada hari Sabtu, 14 Julai. Kami naik Air Asia, flight sepatutnya jam 3.45 petang. Shuk dan saya keluar rumah pergi amik Man and wife dalam pukul 12.30. Sampai di LCCT, mak ai, panjangnya barisan...sangat panjang...terus wish yang saya naik MAS waktu ni, ha ha.
Anyway, selepas semuanya selesai, kami pergi cari makanan sebab lapar. Pergi kedai 'Noodles' (saya lupa nama kedai) dan Shuk dan saya kongsi nasi lemak...Man and wife order mee kari...
haa, nasi lemak yang kami order, boleh tahan rasanya. Unfortunately, the mee kari was a little bit too masin and both Man and wife decided not to eat their food.
Lepas makan, kami masuk dan pergi solat...lepas tu, tunggu flight sama sama, and Air Asia, macam biasa, lambat..
heeee, tapi tak pe, suasana menunggu tu meriah aja..ye lah, banyak benda yang nak di sembang kan
heee, yang ni kami amik sindri
Syuk tangkap gambar Man yang duduk kat belakang seat kami
Yeah, sampai Bandung...pandai pose kan these two gentlemen
Checked in, masuk bilik dan keluar balik untuk jalan jalan dan makan
Trip ni di ketuai oleh En Man sebab dia dah banyak kali pergi Bandung. haaaa, dia nak g Donatello, kami ikut je. Sebelum masuk, they bought and ate some fruits, yup, they are terribly hungry...siannnn. Kami, okay sikit sebab makan nasi lemak tu kanhaaa, Pah beli kasut untuk anak anak. Shuk and I tak beli apa apa pun. Donatello ni adalah locally owned shoes company...
Shuk posed in front of the shop. Lepas tu, dah dekat pukul 10, baru keluar cari makan. Dengan macet nya lagi...haaaaaa. Under advised of our supir, Pak Dendeng, we went to have dinner at a 24 hour place called Ampera..yup, Sundanese food.
Sesudah kenyang...ha ha ha, lupa nak snap gambar makanan sebab kami sangat lapar...dah kenyang, baru terdiam
ini adalah bukti yang kenyang perut, suka hati
Bil...En Man bayar
Bergambar depan kedai...we can't wait to go back and sleep..yup, sangat letih. We retired early and for tomorrow, we plan an early trip to Tangkuban Perahu..
Sunday, July 22, 2012
2 nd Day or Ramadhan 1433 Hijrah
It's Sunday and 2nd day of Ramadahan 1433 Hijrah.
Yup, hubby was not well and spend a lot of time resting i.e. sleeping, ha ha, and I just can't help joining him, ye la, ada dua orang aja kat rumah ni, bila sorang mengantuk, sorang lagi pun berjangkitlah.
Untuk berbuka hari ni, kami makan gulai lemak cili padi udang yang saya masak semalam tu, goreng ikan, masak goreng cendawan dan tiba tiba hubby bawa balik ayam percik. Saya minum teh o panas, hubby minum teh tarik (home made la, hubby memang kalau minum mesti bersusu). Kami memang sangat simple, dan tak suka sekiranya ada makanan yang berlebihan.
In fact ayam percik tu tak berusik pun lagi waktu berbuka, hanya lepas solat tarawih baru kami saja saja makan ayam tuh..
Saya solat tarawikh sendirian sahaja di bilik. Saya memang dah lama buat sorang sorang aja lately. Satu sebab adalah sebab penat kalau kerja, satu lagi adalah saya suka dengan freedom untuk buat sendiri, yup, kita boleh rehat kalau kita nak kan, tak perlu terburu-buru,...tapi miss lah salawat antara solat tuh..tengok lah, kalau sempat, insya allah nak pergi juga surau/masjid...ikut hubby.
Hmmm, saya berdoa semoga saya dapat memperbaiki ibadah puasa saya, juga ibadah lain...insya allah. Ramai tak yang tunggu update fasal trip saya ke Bandung (ha ha, tanya macam ramai benar peminat kan? tak pe, saya tengah practice sebelum jadi famous nih, ha ha ha )..saya nak update lah ni..haaaaaaa
okay, selamat bersahur esok ye....selamat kembali bekerja juga esok...bubaiiii

Sunday Updates ; 2nd day of Ramadhan
Assalamualaikum..sekarang ni pukul 7.20 pagi, selepas sahur, selepas subuh, selepas blog hop sekejap. Saya masih dalam keaadaan meng-adjust diri dengan sistem baru sejak install Unifi ni, ntah apa silapnya, tadi, saya google cikbibcome tak jumpa, cactus house pun tak jumpa. Saya ingatkan saya ni famous, rupanya tak...ha ha...hmmm, macam mana dengan plan untuk menjadikan blog ini bahan bacaan ramai...hmmmm, kena fikir balik ni.
Hubby tidur balik lepas subuh tadi, dia tak sihat sikit, demam dan batuk. Seingat saya, hubby memang selalu tak sihat on the first day of puasa, last year lagi teruk, pening la, apa la, semoga tahun depan dia lebih sihat, insya allah.
Hmmm, believe it or not, semalam kami pergi Kompleks PKNS Shah Alam dan keadaan adalah agak sunyi...so unlike the usual super sibuk shopping raya period di Kompleks PKNS...but we took the opportunity to shop for some baju kurung lah...walau bagaimanapun, dua dua pun pancit, rasa letih sangat after 2 hours and decided to go back, solat zuhur dan tidurrrrr.
Seperti biasa, bila kita boleh tidur, kita selalunya tidak boleh tidur kan, so, by 4 o'clock, kami dua dua dah bangun, sembang. Lepas Asar, saya pergi masak dan hubby pergi beli buah tamar, yup, kami lupa langsung fasal buah tamar tahun ni.
Saya sangat bersemangat untuk masak semalam, ye lah, untuk hubby makan kan, walaupun susah sikit nak masak sebab tak boleh rasa. Walau bagaimanapun, hubby makan sikit aja sebab mulut masih tak berapa sedap. Oh ye, saya masak gulai lemak udang bersama kacang buncis dan goreng ikan bilis bersama bawang.
Anyway, alhamdulillah, pagi ni hubby makan byak sikit waktu sahur, seronok saya. Saya paksa dia mandi pagi sebab mak saya kata, kalau demam, bawa mandi before subuh untuk panas dalam badan tu keluar. heeee, tapi hubby, dah mandi, terus je tidur balik.
Orang tua tua cakap, tidur lepas subuh, tidak murah rezeki kan? Saya rasa, ada betulnya.
Baru-baru ni, ada seorang boss lama datang jumpa saya. Dia bercerita macam mana rumah dia dimasuki pencuri dan dia tidak sedar langsung. Dia hanya sedar selepas dia bangun pukul 5 pagi, mandi dan solat subuh dan keluar daripada bilik dia...hmmm, yang saya kagum ni, walau pun sudah bersara, tidak perlu pergi kerja lagi, beliau masih bangun pagi, mandi dan memulakan harinya seawal boleh. Yup, rezeki beliau memang murah, masih banyak tawaran kerja dan beliau sihat. Semoga saya dapat mencontohi cara hidup yang sedemikian, insya allah.
Okay lah...stop dulu ye...ngantuk juga sikit sikit nih...nak tidur ke balik nih? lemah betul iman saya ni..improve cikbib, improve

Thursday, July 19, 2012
Bye Bye P1, Selamat datang Unifi
Akhirnya, hari ini, segala masalah yang kami hadapi untuk memasang Unifi di rumah berakhir. Mulai hari ini, kami adalah pelanggan Unifi walaupun proses pemasangan sebenarnya sudah bermula pada hari Selasa lagi.
Proses pemasangan bermula pada hari Selasa, malangnya, ada masalah. Hubby telah telefon Unifi on the next day, dan telefonist yang menjawab telah menjelaskan dengan panjang lebar bahawa mereka akan menggantikan apa apa yang rosak tanpa bayaran, walau bagaimanapun, sekiranya cable yang rosak, kami perlu bayar RM50.
Mendengar penjelasan telefonist tersebut, Hubby telah mengamuk, ye lah, kami belum sempat guna langsungpun sebab lepas install tu saya terus ada sesi berurut, dan hubby tak de kat rumah...dan sekiranya cable itu rosak, adakah itu kesalahan kami? kami tak sempat guna langsung pun, huh, terbakar.
Hubby insist yang dia mahu orang TM datang hari itu juga, bukan within 24 hours seperti yang diberitahu. Ye lah, kami sudah mula bayar bil Unifi sejak hari Selasa, tetapi tidak langsung berkesempatan untuk guna service untuk 2 hari tu...hmmm, ada depa kisah untuk tolak harga 2 hari tu? Tak de langsung!
Tapi saya rasa hubby telah buat tindakan yang bagus lah, dia cakap aja terus..ye lah, kalau ikut promo yang Unifi buat, mereka seolah olah menjanjikan bulan, bintang, syurga...ha ha...hmmmm, sekali, hampeh!!
Anyway, setelah banyak sangat masalah yang dihadapi, saya macam teringat, mungkin saya tidak memulakan semua urusan saya dengan bismillah, ye lah, sedikit doa...maka, saya pun terus berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan baik.
Hari ini, setelah balik dari kerja, hubby bagi tahu semuanya telah selesai, alhamdulillah. Apparently the cable connecting my house to the nearest tiang telah patah/putus during installation, and was it our fault? huh...nasib baik mereka tak tuntut RM50 tuh, kalau tidak, siap...
And as for the service, so far so good...ye lah, bukan senang nak dapat benda yang baik kan? Mungkin itu semua adalah cabaran, as for today, we can say good bye PI and welcome Unifi...

Mula Bekerja Semalam, 18 July 2012
Semalam, saya dengan bersemangatnya telah bersedia mental dan fizikal untuk bekerja. Bukan apa, sebelum cuti, saya telah diberitahu bahawa ada satu mesyuarat penting akan diadakan pada jam 8.45 pagi Rabu...
Saya memang bersedia kerana ada 2 kertas penting yang akan dibincangkan, selain banyak lagi kertas lain-lain nya...yup, persediaan fizikal adalah saya pakai baju baru, hi hi hi..dan iron baju malamnya. Saya juga bangun awal dan pergi kerja lebih awal...lepas solat, doa tu panjang lah sikit, minta dipermudahkan segala urusan.
Sampai ofis, buka pintu, saya terus cari fail untuk pergi meeting, tengok tengok, ha ha ha, meeting tu cancel...maksudnya semua cadangan hanya akan dibincangkan minggu depan...haih..
Tapi tak pe juga sebab atas meja ada banyak fail, sampai tak de tempat nak letak barang. Hmmm, saya pun cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk menengok semua fail tu.
Walau bagaimanapun, rupa rupanya saya tak sempat langsung, saya ke sana dan sini, petang nya pula ada mesyuarat...haaaaaa....
Tapi tak pe lah, saya akan cuba buat hari ni...mungkin perlu stayback? boleh tak Nana??...ha ha

Tuesday, July 17, 2012
Pre B andung Dinner With Those From Japan
Heyyy, I am back from Bandung last night. There was a flight delay (Air Asia, biasalah kan) and we arrived home past twelve midnight...I will update a special post on my B andung trip later sebab untuk post hari ini, saya akan bercerita mengenai jamuan makan bersama keluarga kakak ipar saya yang pulang untuk bercuti dari Jepun baru baru ini.
Hari Jumaat selalunya adalah antara hari yang paling sibuk buat saya kerana saya akan cuba seberapa daya untuk menghabiskan apa yang sepatutnya saya selesaikan minggu itu supaya tidak tertangguh hingga ke minggu hadapan. Oleh kerana esoknya cuti, saya selalu memujuk hati supaya sabar dan habis kan kerja supaya saya dapat bercuti dengan hati yang senang.
Walau bagaimanapun pada minggu lepas, oleh kerana saya akan ke B andung dan keluarga kakak ipar saya ada di rumah, maka saya memang sudah cuba selesaikan kerja yang sepatutnya supaya saya dapat balik awal and entertain my guests.
Cadangan awal adalah untuk membawa mereka keluar makan dan kemudian bawa keliling Shah Alam, mungkin ke ICT dan dataran Shah Alam. Walau bagaimanapun, kakak ipar saya yang tinggal di Sungai Buaya, kak Ina, telah telefon selepas Jumaat, mengatakan yang mereka akan datang ke rumah pada malamnya.
Bila Kak Ina kata nak datang, fikiran saya pun ligat, haaaa, kalau tak sempat masak, nak suruh hubby beli ke, apa ke....haaaa, tapi, tiba tiba Kak Lina kata, Bib masak nasi ajala, Kak Lina bawak lauk...haaaaa...ALHAMDULILLAH...ha ha ha...daserrrrrrr.
Hmmm, saya pun call hubby untuk perancangan seterusnya. Yup, minta hubby beli air mineral lagi, beli ketul ais dan telur...ha ha, saya cadang nak masak telur dadar dan tumis sayur kacang buncis bersama carrot dan tomato...set...
Tapi ye lah, tetap ada kerja juga yang perlu di habiskan, tapi alhamdulillah, saya dapat balik pukul 6.00 petang sebab hubby dah bising suruh balik...kih kih kih. Saya tanya, "kenapa? Shuk risau ke? " . Dia jawab "saya tak risau, kak nah yang risau" (kak nah tu adalah kakak ipar saya yang tinggal di Jepun tu).
Hmmm, saya pun balik dan terus pergi dapur, siap siap masak, mandi dan seterusnya tetamu pun datang dalam jam 8.15 malam.
Okay...ada gambar
haaa, table setting...gambar setting ni memang dah selalu saya letak dalam blog ni kan...
ohhh, menu, ada ikan goreng, sayur kacang buncis dengan carrot yang saya buat, salad, ada sambal belacan ikan bilis yang kaw kaw dalam bekas plastik kecil tu, telur dadar yang saya buat juga serta gulai lemak cili api ayam yang dibawa khusus dari Sg Buaya
Yang lelaki makan dulu
Imtiyaz makan sama...kat hujung tu
tangkap gambar orang lain pulak, Jiha dan Kak Huda
Dua orang kakak ipar saya, Kak Lina dan Kak Nah. Dua dua ni adalah orang kuat dalam masak memasak sekiranya kami beramai ramai balik kg....saya pun orang kuat juga, kuat bising
dari angle lain...Imtiyaz tengah tunggu nasi tambah
Imtiyaz makan dengan kusyuk nya
cousins...cantik kan gambar ni
huh, turn orang perempuan makan, orang perempuan makan lama lah sikit sebab di sambung dengan sesi gossip
hah, tengok dapur saya yang berselerak tu
ohhh, saya sibuk melayan tetamu
tengah tengah makan, Mek Yah pulak datang..heh heh heh...lupa pulak nak jemput keluarga kak cik..sorry kak cik
yang ni saya sibuk makan dan gossip
dari sudut berlainan
dari sudut lain
cak! Imtiyaz, Iftikhar dan huda
bisik...rahsia, jadi saya pun tak tahu apa yang dibisikkan
gang yang ni....Tiha je yg tak de
cousins...waktu ni Athirah sibuk basuh pinggan di dapur, sian dia
cak! haaa, mengintai anak anak dara yang sibuk di dapur saya
sesi gossip diteruskan sementara menunggu air nescafe tarik disediakan oleh anak anak dara di dapur tu
Malena dengan Imtiyaz
yup, saudara sepupu yang sebaya...
Okay lah...oleh kerana Kak Nah tak sihat, kami tak jadi keluar jalan jalan selepas makan, mungkin lain kali...
Subscribe to:
Posts (Atom)