Monday, June 20, 2011

Setiap pagi selepas subuh, antara doa yang saya baca adalah 'Ya Allah, aku berlindung kepada mu dari rundungan sedih dan duka, daripada sifat lemah dan malas, daripada sifat bacol dan kikir serta daripada beban hutang dan penindasan orang'

Saya juga berdoa semoga dapat mengharungi segala cabaran yang datang, semoga dikurniakan kebijaksanaan untuk menangani segala masalah...ye lah, panjang doanya kan.

Pagi tadi, sebab puasa, saya tambah doa supaya tidak mengantuk.

Setelah berdoa, saya mesti yakin yang doa itu akan dimakbulkan, insya allah.

Setelah bersiap, saya pun mula memandu untuk ke pejabat. Ditakdirkan tuhan, mungkin sebab saya bangun pukul 5.00 pagi, saya mula mengantuk selepas melepasi tol batu 3..dan diripun mula bertanya, ait, bukan dah doa ke?

Hikkksss, sebab tak tahan, sampai je ofis, sayapun pulun lena sekejap dan, alhamdulillah, selepas itu, saya tak mengantuk lagi..tuhan maqbulkan juga doa saya, cuma tak straight forward.

Hari ini juga banyak cabarannya, ramai officer MC, EL dan bercuti. Boss pula, bila orang tak de, saya lah tempat mencurahkan masalah, terasa macam saya pula yang dimarah.

Tadi, pukul 12.30, saya perlu ke atas pula jumpa boss no. 2. Ada company sudah rempuh masuk untuk berjumpa dia and I was called to inform the background of the whole thing. Hmmm, saya perlu bersyukur di situ kerana mulut saya fasih untuk berbicara kali ini.

Selepas ini, saya perlu menggantikan sahabat saya yang bercuti untuk hadir dalam satu mesyuarat. Semoga dipermudahkan Ya Allah, dan semoga saya dapat mengeluarkan fakta yang menarik dan meyakinkan. Be positive.

Petang nanti, nak masak apa ye? Kalau iman kuat, saya akan menghabiskan puasa saya ni..hikss...

Balik rumah kali ni rasanya saya akan bawa setimbun fail untuk dihabiskan...tak pe, kalau saya sihat, saya kuat, I don't mind doing the work.

wokeh...back to work after the short lunch break!

No comments:

Post a Comment