Monday, August 31, 2015

Rombongan VIP Dari Ipoh : Day 5 & 6, KK and Going Back to Semenanjung

Assalamualaikum.

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 58. Pastinya kami bercuti dan kami telah mengambil keputusan untuk rehat dan duduk rumah sahaja. 

Oleh kerana tidak ke mana-mana, saya cuba selesaikan siri Rombongan VIP Dari Ipoh ni sekarang ni ye, insyaa allah.

Pada hari ke 5, iaitu hari Isnin, kami merancang untuk membawa makcik/pakcik kami keliling KK. Kalau keliling KK, maksudnya mestilah pergi ke Pasar Filipina kan, lagipun Makngah dah asyik tanya sebab dia nak beli udang kering.

Tetapi, sebelum ke Pasar Filipina, suami saya, Angah, Ira dan Huda telah ke pasar KK. Huda telah diarahkan oleh ayahnya untuk meninjau pasar KK (hiks...maklumlah, ayahnya askar). Tapi angahpun excited juga nak ikut, walaupun, menurut suami saya, di tengah-tengah pasar tu, kaki angah "cramp" sekejap. 

Selepas mereka balik, kami pun keluar semula untuk ke pasar Filipina. Banyakkkk depa beli. Acu dan makngah beli gelang mutiara dan brooch. Acu terus pakai lagi...suka tengok depa excited. Lepas tu beli ikan kering, udang kering, ikan bilis dll. Semua orang ada satu kotak masing-masing. 

Lepas depa habis beli barang, dua-dua anak dara tu teringin nak berjalan lagi dan beli barang and I just loveeee how they did it. Depa pergi beli air untuk opahs and Tokngah, find them a place to sit and ask them to wait. But the opahs and Tokngah were kind and very understanding, they waited patiently while chatting and tengok orang lalu.

Tengok tu, nasib baik dapat port baik yang sejuk

Angah, bersembang dengan tukang jahit tu

aish, makngah dengan angah...

Lepas tu, kami bawa mereka melihat Tg Aru. Angah sudah tidur dalam kereta waktu tu sebab penat/panas. Mereka juga sudah cakap mereka lapar jadi kami pun cari port tempat makan. Kononnya kita orang nak makan ringan-ringan aja tengaharinya sebab malam nanti nak makan heavy hasil belian pagi tadi.


Yay...gambar ni pun saya suka, kami pergi makan tengahari di Hotel Tabung Haji.


Semua orang makan kongsi kecuali Angah dengan Makngah sebab Angah nak makan nasi beriani, tapi Makngah nak makan kueteow goreng. Tapi, akhirnya, Makngah punya, tak habis, kita orang share habiskan. Alhamdulillah, licin.


owh, ada gambo angah baru nak makan nasi beriani...dia kata sedap

Mungkin saya boleh maklumkan di sini iaitu untuk mereka yang mencari tempat untuk makan di KK, saya akan cadangkan Hotel Tabung Haji KK ni. Tempat ini sesuai sekiranya kita nak cari tempat yang lebih "decent" lebih-lebih lagi untuk meraikan tetamu. Ambiance bagus, layanan pun bagus, sementara makanan pula, walaupun tidak banyak pilihan, tapi apa yang mereka serve, adalah sedap. Harga juga adalah sangat sangat affordable.

I think they were happy and satisfied, which makes Shukri and I were even happier.

Sementara suami saya dan Angah pergi mencari ayam, yang perempuan ambil kesempatan shopping dan bergambo

Balik aja ke rumah, semua orang balik ke bilik masing-masing, berehat sat dan solat. Sementara menunggu untuk Asar, saya telah tidur depan tv dan hanya bangun dalam jam 5.30 macam tu. Apabila bangun dan ke dapur, saya dapati mereka sudah mula memasak makanan malam...terharu sungguh. 


Tengok tuuuu....ketua masak adalah Acu sebab Acu memanggggg pandai masak.


And the menuuu...ikan siakap masak sweet sour yang di letak green apple (atas arahan ayah askar Huda, hi hi hi), ketam masak lemak yang sedap dan pedas juga 2 ekor udang yang super besar goreng, makan kongsi2. Angah telah beli udang tu yang sama dengan udang besar yang kami serta pada hari ke 3 tu. Angah tak makan isi udang tu, dia cuma berebut nak janggut udang tu aja....


Gambar di meja makan


Lepas dinner, Angah terus naik ke bilik, mesti dia penat tu sementara the opahs menonton tv. 

Huda pulak telah mengajak Uncle Shuk ber Starbucks malam itu, setelah the veterans retired for the day. Yup...sian Huda dengan Ira, depa tak sempat nak buat apa yang orang muda lain buat, takpe, datang lain kali yeee, insyaa allah.

Gambar kami di Starbucks...balik ke rumah dalam jam 12.00 kut, esok kena bangun awai sebab flight jam 7.20 pagi

-----------------------------------------------------------------------------

Esoknya, lebih kurang dalam jam 3.30 pagi, saya terdengar ada orang mandi di bilik air atas, maknanya mereka sudah bangun, Saya pun bangun juga sebab saya kena sahur sebab mahu menghabiskan puasa 6 hari di bulan Syawal.

Lepas tu mak saya sudah turun dan cakap kat saya macam ni "masak nasik, sebab Makngah tu nak makan nasik pagi"

Ha ha ha ha ha...subuh tuuuu. Lagipun saya tahu mereka sudah order nasi lemak Pak Nasser dalam flight kan.

Anyway, kami bertolak keluar dari rumah dalam jam 5.40 dan semuanya settle dalam jam 6.30 macam tu.

Lepas checked in baggage kami ambil gambar kat bawah ni...


Lepas bergambar, kami hantar depa masuk boarding hall. Sewaktu nak masuk tu, saya ingat nak la cakap minta maaf sekiranya ada yang tak sempurna ke, yang kurang ke. Juga nak cakap terima kasih sebab sudi datang. Tapi rupanya ada airmata nak turun, dan kalau bercakap mesti suara bergetar kan, nanti orang tahu kita nangis, tak macho pulak kan. Saya tidak boleh explain kenapa, tapi hati rasa sayu aja nak hantar mereka balik.

Mak saya ada cakap something macam "terima kasih, jaga diri baik-baik"...Acu dan Makngah pun, cakap "terima kasih", dan Angah pulak macam gelak-gelak dengan Shuk.

Kami tunggu sampai mereka lepas kaunter imigresen, sampai semuanya clear dan lepas tu, saya pergi kerja terus.

Lepas mereka balik...saya dan suami rasa rumah sunyi aja, rindu nak tengok mereka beratur turun tangga pelan-pelan. Ini lah kali pertama saya di beri peluang untuk entertain mereka ramai-ramai dan pastinya, kenangan ini akan menjadi antara kenangan indah buat saya dan suami. 



No comments:

Post a Comment