Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, jam 2.37 petang. Sudah 7 hari saya kembali ke KK selepas cuti raya di Semenanjung dan sudah lebih kurang 2 minggu saya tidak update post di sini. Bukan senang nak bina balik momentum untuk update blog ni after stop writing for quite sometimes, tapi tak pe, saya cuba balik bina momentum saya.
Dan pastinya pada hari ini saya nak bercerita mengenai cuti raya saya. Malangnya, gambar tak berapa banyak, tapi tak pe, saya buat ajalah yang terbaik daripada apa yang saya ada.
Kami balik ke kampung pada hari Isnin, 13 Julai. Kita orang naik Air Asia, flight jam 11.30 pagi. Kami keluar awal, pergi park kereta di ofis dan saya sempat pergi ofis untuk ucapkan selamat hari raya pada rakan-rakan sepejabat...tak de gambo though untuk di letak di sini.
Kami lambat checked in jadi kami dapat tempat duduk di belakang sekali dalam kapal terbang, yang melekap ke dinding. Semoga kami di lindungi Allah daripada dapat tempat duduk yang sebegitu lagi pada lain masa sebab memang tidak best, tidak boleh tidur langsung sebab tempat duduk nya tegak sangat. Akhirnya, saya telah pindah ke tempat duduk yang lain supaya hubby boleh baring....barulah selesa sikit.
Sampai KLIA 2, kami amik teksi ke Shah Alam.
Sampai di rumah, tengok-tengok ada satu pokok tu sudah mati...
pokok ni memang sensitif sikit, perlu di siram lebih selalu. Tak pe, nanti bila kami pindah balik Shah Alam, kami akan tanam balik pokok ni, insyaa allah.
Petang itu, kami ke Cili Merah, untuk membeli makanan berbuka. Seronoknya bila berada di kedai tuuuu, rasa nak beli semua makanan. Hubby pun bila nampak aja kari kepala ikan, terus lupa benda lain. Kami berpeluang untuk membeli makanan berbuka sebanyak dua kali di Cili Merah, alhamdulillah, puas rasanya.
Malamnya pula, kami ke surau yang kami biasa pergi untuk bertarawikh sekiranya kami tinggal di Shah Alam. Kami sempat bertarawikh di situ sebanyak 2 kali juga...alhamdulillah.
Tugas kami sebagai Datuk Bandar Simpanan Shah Alam hanya sempat kami buat selama 1 malam sebab malam pertama tu kami letih dan memilih untuk tidur.
Kami ada banyak urusan yang perlu di buat sebenarnya jadi masa kami adalah agak penuh. Kami kena pergi ambil kuih yang kami order di KL Sentral, kami pergi ambil baju di Puchong, dan hubby ada urusan lain juga. Tapi kami tetap sempat pergi ke Kompleks PKNS, SACC Mall dan pastinya Plaza Massalam, tempat favourite kan.
Gambar yang di atas ni anak sedara kita orang tangkap bila terserempak di Komplek PKNS. Kami ada beli tudung dan hubby ada beli baju di SACC Mall. Itu ajalah pun sebab kena jimat sebab banyak perbelanjaan lain yang perlu kami buat.
----------------------------------------------------------------------------
Kami balik ke Chemor pada hari Rabu, 15 Julai, selepas Zohor. Pada paginya, kami sempat ke pasar untuk membeli barang-barang yang perlu untuk memasak ayam masak merah saya. Kami tidak boleh membeli bahan mentah seperti ikan, udang ataupun ayam sebab rumah di Shah Alam sudah tiada peti ais.
Perjalanan ke Chemor adalah smooth, alhamdulillah.
Buka puasa hari itu pula adalah sangat simple, beli aja di bazaar Ramadhan Tasek. Saya pun dah tak ingat apa yang saya beli....oooo,,,,yup, saya beli roti John yang menjadi igauan sepanjang saya di KK. Kami juga beli ayam panggang.
----------------------------------------------------------------------------
The next day, kami telah tidur balik selepas Subuh (walaupun takut mak marah, he he he), lepas tu pergi pasar, beli barangan basah. Lepas tu, kami ke Mydin Meru, beli barang-barang keperluan yang lain. Mak saya kan tinggal seorang aja di kampung, semestinya dia tidak berkesempatan untuk keluar membeli, jadi kami pun keluarlah membeli.
Selain daripada membeli keperluan untuk rumah di Chemor, kami juga membeli untuk keperluan rumah di Ijok. Barang-barang untuk rumah di Ijok telah kami kirimkan melalui kakak ipar yang singgah di Chemor...
Lepas itu, kami telah melakukan kerja yang paling mencabar iaitu kerja-kerja "mop" rumah yang beso tu.....dua tingkat pulak tuhhhh. Kali ini kami tidak dapat lari sebab kali ni ada perubahan schedule beraya. Hanya saya dan Mekyah yang beraya di rumah pada hari raya pertama. Yang lain, ada yang balik raya ke dua, pendek kata, randomlah.
Tapi tu lah, mungkin sebab Tokbomo tolong, ataupun sebab kita buat kerja untuk menggembirakan emak kita kan, maka, waktu mop rumah tu, tak de la rasa berat sangat. Tapiiiii, bila dah selesai, adoiiii, rasa nak letak badan ajaaaa. Ready to sleep.
Petangnya, Mekyah dan family sampai, anak sedara saya Izzat pun tumpang raya dan berbuka juga, sebelum balik ke Sg Petani.
Untuk berbuka, menunya adalah :
Yeow, pengat durian yang saya masak atas request kembor dan Malena. Senang aja pun kan sebab kami guna santan instant tu...dalam 15 minit, siap.
Oh yeee, ada banyakkkkkkk durian. A LOT! Thank you Abang Hatta sebab belikan. Dan gambar lemang tu, biasalah kan, orang Perak, mestilah ada lemang. Dannn, kami memang beli lemang dari seorang ini saja sebab lemang dia menepati citarasa kita orang...semoga berkekalan lah kualiti lemang Minah ni...aaamiiin
And yes, macam menu wajib pulak tumis udang dengan petai ni kan untuk berbuka puasa hari terakhir Ramadhan di Chemor. Kalau balik kg, kami memang akan cari petai fresh yang dijual oleh orang Asli sama ada di Pekan Chemor, Pekan Tanjung Rambutan ataupun di Tapah, ini adalah salah satu perkara yang kami miss di KK...no petai here
Dan yang di atas ini adalah cucur lemak manis yang disediakan dengan penuh kesabaran oleh Ainaa, salah seorang daripada kembor. Sedap....Tokbomo pun suka
Salmon. Anak-anak dare Mekyah tu, tak makan nasi dan Salmon adalah antara menu mereka.
Emak saya siap risau dan telah bercerita dengan saya macam ni "Anak-anak si Diah tu, makan ikan apa tu ...Salmon. Risau mak, kalau depa datang sini, mana mak nak cari ikan tu".
Hiksss...saya cakap laaaa "bior kan ajalah mak, pandeilah mak depa carikan"
Hiksss...mak saya memang asyik risau.
And the rest of the menu. Adalah sayur, ikan goreng, air sirap, nasi dll...
Small group of us, compared to the usual big crowd. Tapi tetap meriah sebab twins yang bising tu ada
Malamnya, kami makan durian....Okay...stop dulu ye, saya dah letih. Nanti saya sambung cerita raya.
No comments:
Post a Comment