Sambungan post terdahulu, yup, the raya day itself.
Saya bangun pukul 6.00 pagi rasanya, terus solat dan mula memasak ayam masak merah saya. Saya ada mixed feeling fasal memasak ayam masak merah pagi-pagi ni. Saya suka ajalah masak sebab ramai orang menantikannya, tapiii, ada sedikit stress sebab masa agak singkat. Ye lah, kena masak, kena kemas rumah, kena iron baju (ateee, pemaleh iron awal awal kan), kena sediakan makanan untuk di makan sebelum solat, (tapi tahun ni mekyah take over), kena kemas rumah dan berkejar nak pergi solat sunat raya...
Hmmm...saya memang hampir give up, tapi nasib baik saya teringat untuk dongivap dan kipidap....yeah, hubby dah macam tak happy bila dia tanya "Cikbib pergi tak solat raya ni?" dan saya jawab "depends, kalu sempat saya pergi, if not, saya tak pergi".
Tapi tu lah, rezeki saya kan, solat raya nya lewat sikit iaitu pada jam 9.00 pagi, maka sempatlah saya pergi. Setelah masak ayam tu, saya kemas kan dapur sikit-sikit dan tinggalkan aja ayam tu atas kuali...pergi mandi dan pergi solat...di manakah priority mu Cikbib? You must get your priority right kan...
Alhamdulillah, saya sempat pergi solat di Masjid Jamik Chemor (tempat saya di akad nikahkan). And you know what, saya tabik spring dengan khutbah raya hari tu, yup, ianya menyentuh tentang perkara-perkara yang berlaku sekarang...up-to-date, mengenai kepimpinan...thumbs up!
And yeah, ada gambo...
Saya, Mekyah dan emak saya...tak sempat pakai baju raya, saya main pakai baju yang tak payah iron dan pakai selipar jepun aja...itu lah saya kan
Balik ke rumah, saya pun masukkan ayam saya ke bekas untuk dihidangkan, basuh kuali dan clearkan apa-apa yang tertinggal tadi. Lepas tu, baru cari balik baju raya sebab waktu ke masjid tadi, saya main sauk aja baju yang tidak perlu di iron sebab tak sempat.
Lepas dah clear kan dapur, saya macam mandi lagi sekali, keringkan rambut dan baru pakai baju raya, baru pakai bedak sikit bior presentable...ekekekeek....
Tapi, mungkin sebab abang Hab tak de, kami idak le ada upacara bersalam raya secara proper...haaa, itu lah sebab pemimpin keluarga ni penting, bila tak de, huru hara jadinya keluarga.
Anyway, saya ada lah bersalam dengan hubby, juga emak....
Gambo di atas ni di ambil selepas kami bersalam, terpaksa selfie sebab tak de orang yang boleh di suruh untuk amikkan gambo
Lepas tu, kami makan dan pergi berjalan ke rumah sedare/jiran di Chemor, rumah Maksu Nadimah, sedara kita orang, Rumah ni rumah lama dan cantik.
Mekyah dan anak anak bergambo dulu...hiks....depa tak tahu kami amik gambo ni
Rumah maksu...sebenonya sangat menarik rumah ni, tapi malu pulak nak tangkap gambo beriya-riya
haaa...tengok lampu yang menarik ni
Makanan di rumah Maksu ni pun interesting, tapi tak tangkap pulak gambo. Depa hidangkan soup Syria dengan roti. Rasanya lebih kurang macam soup tomato. Kuih-kuih rayanya juga istimewa, membawa saya ke zaman kanak-kanak saya semula.
Lepas balik dari rumah Maksu, kami berehat di rumah, sampai tertidur. Kami tunggu habis solat Jumaat baru mula berjalan ke rumah mokcik/pokcik kami.
Yang ini kami di rumah Mak Uda...makannnnnn
Yang ini di rumah Angah....ini adalah gang makan... ketuanya, yang bermisai tu
Makngah adalah yang di tengah tu...
Kami ada juga pergi ke rumah Acu dan Andak, tapi tak tangkap gambo.
Balik rumah, Kak Cik saya ada dan sudah bersedia pulak nak ke Kuale. Hmmm...sempat jumpa sat ajalah...
Budak-budak perempuan
Budak-budak perempuan dengan orang-orang tua perempuan juga yang bergambo sewaktu kami nak babai Kakcik balik ke Kuale
Lepas tu...kami pun bersembang, makan, makan durian. And hey, bukan nak ujub ye, tapi nak document kan perkara ni...hiks.., emak saya kata macam ni. "Berkat mak ghase kamu masak ayam masak merah kali ni, budak-budak suka. Tahun depan kamu masak 4 ekor ayam lah". Ha ha ha, walaupun emak saya tak le kate sedap, tapi saya boleh consider this as a complement lah, and you know what, emak saya tak pernah puji saya masak sedap pun.
ekekekeek....sebenornya saya teringin sungguh nak menyuruh orang lain masak ayam masak merah tu, tiba-tiba mak saya dah suruh saya tambah kuantiti pulak...hah?....
Okay lah...malam tu, kakak saya balik semula ke Ipoh dan tinggal saya dengan Mekyah semula di Chemor. Lepas bersembang, kami tidur....dan kami tak jadi nak masak cornflakes bermadu sebab tak larat dan sebab makanan lain pun banyak sangat dah....
okay...habis cerita hari raya pertama
No comments:
Post a Comment