Tuesday, September 1, 2015

1 September 2015

Assalamualaikum. 

Saya baru nak tulis macam ni tadi "hari baru, minggu baru, bulan baru". Tapi baru teringat yang hari ini sudahpun hari Selasa, bukan minggu atau hari baru lagi.

Sewaktu di dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, suami saya telah mengeluarkan pernyataan seperti ini, "Hari ni dah 1 September Cikbib, dah 5 bulan kita di sini. Kita sampai sini kan 1 April".

Suami saya ni, kalau fasal tarikh, dia lebih sensitif, saya ni pakat-pakat lengai selalu. 

Suami saya sambung lagi "Kita sudah 5 bulan di sini dan kita sudah pernah pergi Kudat, Kundasang dua kali, Labuan, haaa, nak pergi mana lagi nanti?"

Heeee....sebenarnya saya sendiri sudah pergi lebih banyak tempat daripada suami atas dasar kerja. Saya sudah pergi Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Tetapi, saya sendiri kurang pasti apa aktiviti yang boleh saya buat di bandar-bandar ini sekiranya saya pergi bersama suami.

Tapi pastinya kami ada membuat perancangan untuk melawat sebanyak tempat yang mungkin di Sabah dan kawasan sekelilingnya. Mungkin kami boleh ke Kuching, Brunei dan melawat pulau-pulau di Sabah, insyaa allah.

Dan hari ini, kami sekali lagi di beri rezeki untuk minum pagi bersama. Saya telah menyediakan cucur udang bersama kuah kacang segera yang di bawa khas dari Shah Alam. 

Selepas minum pagi, saya tiba-tiba ternampak berita sedih daripada blog kasihaleeya mengenai kembalinya ke rahmatullah ayahanda kepada blogger PeejBurhan. Sesungguhnya, saya tumpang sedih dan sebagai orang yang memang kuat menangis, air mata saya turut mengalir. Saya memang tiada hubungan langsung dengan Peej sebenarnya, tetapi, setelah membaca blog beliau sekian lama, saya seakan-akan mengenali beliau dan keluarga dan oleh kerana itu, saya turut merasa sedih. Al-fatihah untuk ayahanda Peej.

Saya juga nak bagitahu yang dua orang daripada rakan setugas saya sedang bercuti di Australia sekarang. Tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar di pejabat sepanjang ketiadaan mereka. Juga, saya doakan semoga mereka gembira bercuti dan dapat menyumbang dengan lebih baik apabila mereka kembali bekerja.

Wokay guys...di sini dulu.

No comments:

Post a Comment