Friday, August 21, 2015

Perut Berbunyi

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, 21 Ogos 2015.

Sebentar tadi, saya telah menghadiri satu perbincangan di mana kami semua duduk di atas sofa yang mengelilingi meja kopi. Kami dihidangkan dengan air nescafe, sandwich telur dan karipap. Sebab saya tidak makan tengahari tadi. makanan yang dihidangkan kelihatan sangat menyelerakan.

Tapi, perut saya rasa tidak sedap, seakan ada tanda-tanda yang ia akan menggelodak dan perlukan tempat khas. Oleh kerana itu, saya pun tidak menyentuh makanan yang dihidangkan dan berdoa "Ya Allah, janganlah aku nak pergi toilet sekarang, tahan lah sikit hendaknya".

Perbincangan adalah sangat menarik dan saya telah mendapat banyak maklumat daripada perbincangan tersebut. Setelah masa berlalu dalam 10 minit begitu, tiba-tiba terdengar bunyi "soft" dari perut saya, alamak!

Tapiii, tiba-tiba, ada bunyi lagi kuat daripada pemuda yang di sebelah saya tu. Haaa, berkereot-kereot perut dia berbunyi sehingga dia pun saja-saja buat bergerak-gerak untuk cover macho, ha ha ha. Sebenarnya satu bilik pun dengar, tapi semua orang pun bersopan kan, jadi kita teruskan saja perbincangan petang itu seolah-olah bunyi itu tidak wujud.

Saya pulak, selepas 30 minit macam tu, tiba-tiba perut rasa okay sikit, telah minum air nescafe dan makan sandwich telur yang di hidangkan. Entahlah, saya rasa dua-dua yang saya "consume" itu adalah sangat sedap, mungkin sebab saya tak makan tengahari ataupun mungkin seperti yang Tokbomo selaluuuu ulang,"Cikbib ni semua nya sedap"....haaa...

Okay lah people, have a good weekend tomorrow. Saya saja aja nak share perkara yang buat saya gelak sorang-sorang tadi...

No comments:

Post a Comment