Sunday, August 16, 2015

Rombongan VIP Dari Ipoh : Day 1 and 2

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 16 August 2015, jam 3.30 petang di Sabah.

Hari ini saya akan bercerita mengenai peristiwa penting yang telah berlaku pada 6-11 Ogos 2015 di mana kami telah menerima 6 orang tetamu daripada Semenanjung yang mana 4 daripada tetamu tersebut adalah daripada Ipoh dan berumur antara 76-84 tahun. 

Kami memang telah membuat perancangan untuk menyambut tetamu ini dan pada lebih kurang jam 8.00 malam, 6 Ogos 2015, kami telah menerima gambar di bawah melalui wassup keluarga kami :

Yup, gambar tetamu-tetamu kami bersama keluarga Abang saya di KLIA2. Mereka akan menaiki flight jam 9.30 malam dan di jangka sampai pada jam 12.00 malam di KK. Kami berdua di KK sudah berdebar-debar. Saya sempat juga tidur sewaktu menunggu, tapi hubby memang tidak tidur langsung.

Mereka telah tiba malam itu dan kami terus tidur sebab esoknya kami akan ke Kundasang.

------------------------------------------------------------

7 Ogos 2015

Tetamu kami ni bangun awal walaupun tidur lewat. Angah turun dalam jam 7.30 dan terus cakap "Good Morning Shukri"...hiks...kami pun kelam kabut bangun sebab kami tidur atas karpet kat bawah, seperti biasalah kan.

Angah dan makngah tidur di bilik kami sementara di bilik tetamu, ada emak saya, Acu, Huda dan Ira. 

Sebab belum masak lagi, saya buat air dan hidang biskut. Lepas tu, baru saya masak macaroni goreng.

Duduk-duduk dulu, minum dan bersiap untuk ke Kundasang. Kita orang sewa kereta Innova sebuah.

Kami bertolak lebih kurang dalam jam 9.30 pagi

Alhamdulillah perjalanan adalah lancar dan kami mengambil keputusan untuk berhenti di Nabalu. Ingatkan nak berhenti sekejap ajalah kan, tengok-tengok, depa pi beli macam-macam. Ada kacang, ada asam boi, pisang punye lah banyak, beli beras la, apa-apa lah lagi...ha ha ha ha. Takpe, as long as they are happy! Kami meneruskan perjalanan ke Ranau selepas itu, walaupun ada berhenti sekejap di Kundasang, tempat berhenti biasa tu.

Dalam MPV...meriah tau...depa ni ceria aja, tapi gambar acu tersorok la pulak.

Kami ingin ke Poring dan di dalam perjalanan kami nampak air sungai ini yang menakutkan. Arus deras beserta lumpur ini adalah disebabkan oleh hujan yang turun berpanjangan pada minggu sebelumnya.

Walau bagaimanapun, apa bila sampai di Poring, rombongan VIP kami telah mengambil keputusan untuk tidak turun kereta. Mereka kurang berminat dan tidak berapa larat untuk pergi. Mereka juga tidak berminat untuk ke tempat di mana ikan boleh menggigit kaki tu, juga Sabah Tea. Mereka hanya mahu makan durian! ekekekeek

Soo...kita cari gerai durian tepi jalan tu...

Mula-mula sesi Angah saya berbual mesra dengan penjual tu. Sebenarnya Angah saya tu ada kebun durian di Perak, kononnya dia teringin nak merasa durian Sabah...ha ha ha, ada ke, sama aja rasa durian ni Angah.

But anyway, Shuk dan saya suka aja sebab kami memang sudah lama merancang mahu makan durian. Kami mengambil keputusan untuk makan di situ saja, dan nasib baik semua orang yang di dalam kereta itu makan durian sebab if not, mesti yang tidak makan durian itu akan pening kepala dengan bau durian.

Penjual itu hebat sebab belah durian tak payah pakai sarung tangan atau alas kain...selamba aja dia guna tangan dia

Yes...Musang King yang pertama, kena lah Tok Penghulu cuba dulu dan yes...thorrrbaik!!

Selesai makan, kita tangkap gambo kenangan....

Dalam perjalanan ke Kundasang, rombongan kami singgah untuk melihat sungai yang deras tadi. Memang menakut kan bila tengok arus sungai tu...Angah kata "Macam Tsunami"....

Haaa....ini lah rombongan VIP tu, dari tepi sebelah kiri adalah Angah (abang emak saya), Makngah (isteri Angah), Acu (Adik emak saya) dan emak saya. Kami lepak sat di sini, makan buah yang acu beli.

Eiiii...gambo saya dan Shuk...sepatutnya fokus adalah sungai tu ye

Sebelum naik kereta semula, dua orang ni ambil oksigen dulu.


Lepas tu, kami sampaiiiii...yup, kami tinggal di Pines Resort dan yang best nya adalah kami dapat the whole block for ourselves. Blok ini adalah blok A, ada 4 bilik dan kami menyewa keempat-empat bilik. Pemandangan di sekeliling resort ini juga adalah sangat cantik.

Kami pun bawa barang turun, freshen up sikit dan hidang bekalan yang kami bawa. Kami bawa macaroni goreng lebihan breakfast, dan ada tumis ikan bilis yang di bawa oleh Makngah daripada Ipoh. Kami beli roti untuk di makan dengan tumis ikan bilis tu, dan kopi tenom...dan makanan-makanan lain yang dibeli di sepanjang perjalanan. 

Cuaca adalah sejuk dan selesa dan kami memang enjoy saat ini. Bonding time.

From  another angle.

Waktu kami makan tu, kami dengar azan untuk solat asar dari masjid Kundasang. Jadinya, lepas makan, semua orang masuk bilik untuk solat dan berehat. Rombongan VIP kami pun semuanya kepenatan dan ingin berihat.

Oh ye...view daripada bilik kami adalah cantik....

Tengok tu...

Rombongan kami tu mengambil masa yang lebih panjang untuk solat. Saya dengan Shuk cepat sikit dan decided to roam around the resort for a while. Cantik lah resort tu...happy kita orang bila berjalan-jalan tu

Gambar ni di ambil di atas deck yang dibina khas untuk melihat Kinabalu. Saya baru perasan yang gambar saya semuanya memeluk tubuh sebab sejukkkk...dan tak pakai jacket.

lagi satuuu.

Bila kami sampai di bilik, the opahs and tok are still praying. The anak-anak daras pulak baru mahu keluar..

Haa....Huda buat akrobatik satu, Huda punye seluar tu baru di beli di pekan Nabalu sewaktu singgah sebentar tadi.

Selepas itu, kami bersembang di balkoni tetapi cuaca menjadi semakin sejuk dan angin semakin kuat. Saya berusaha untuk memastikan semua opah dan tok dapat jacket/sweater. Sian depa, memang sejuk betul malam tu.

Malamnya, kami dinner di resort. Alhamdulillah, sayuran daripada Kundasang memang fresh dan sedap. Ada pulak sambal tumis ikan bilis tu kan, makanya, semua orang berjaya menghabiskan sepinggan nasi. Yang diet tu pun habis juga sepinggan nasi...ekekeekeek.

Lepas tu, kami pun masuk bilik masing-masing. Shuk dan saya tidur awal/lena sebab kami memang tak cukup tidur malam sebelum tu. Acu dengan emak saya pun sama, they had a good sleep. Angah dengan Makngah yang tak berapa boleh tidur sebab sejuk. Budak-budak berdua tuuu..ntah...depa tu apa-apa pun tak pe....

Okay...end of our first day in Kundasang



No comments:

Post a Comment