Assalamualaikum
Hari ini hari Khamis, 20 Ogos, 2015. Saya tak puasa pun, dan, pagi tadi, hubby dan saya telah beli 9 ketul kuih. Ingatkan nak simpan 3 ketul untuk lunch saya, tengok-tengok, habis semua kuih yang dibeli tuh...hmmm...dalam nak diet tu kan. Lepas tu, lunch karang, nak makan apa agaknya. Tokbomo selamba aja cakap tadi "tak payah la makan, cikbib kan diet".
Heee...susah juga nak diet sewaktu sebulan Shawal baru-baru ni sebab banyak jemputan untuk makan kan. Tapi tak pe, walaupun sudah terlajak sedikit, kita masih boleh berpatah balik dan betulkan arah. Saya cuba betulkan balik culture makan tu walaupun tidak senang...semoga dapat istiqamah, insyaa allah.
Hari-hari di KK berjalan seperti biasa. Ada hari yang lebih tenang, ada hari yang lebih sibuk. Cuaca juga tidak dapat di jangka. Kadang-kadang panas sampai tak tahan, tapi boleh pulak selepas itu, hujan turun terus menerus sehingga keadaan menjadi sejuk. Kami juga telah dimaklumkan yang KK akan sekali lagi terkena tempias daripada satu ribut ini yang sekarang sedang menuju ke Filipina. Semoga kesan nya tidak lah begitu teruk, insyaa allah.
Di rumah, kami sedang telah di anugerahkan dengan sedikit cabaran di mana saluran paip di dapur kami tersumbat. Langsung lah tersekat sedikit urusan di dapur. Tokbomo is seriously looking into the matter dan tolong doakan semoga keadaan akan pulih seperti sediakala. Insyaa allah. Aaamiin.
Lagi...haaa...saya nak kurangkan aktiviti tidur di depan tv tanpa tilam sekarang ni sebab saya dapati saya buleh sakit pinggang. Kalau tidur sekali sekala, tak pa la, tapi sekarang ni bila hampir setiap hari kami lena depan tv kan...ada kesan lah. Mungkin sebab saya beso kut, kena tdoq ataih tilam baru sesuai.
Okay, ini sajalah update untuk hari ini. Salam rindu di angin lalu..chow chin chow
No comments:
Post a Comment