Sunday, August 2, 2015

Ghaye di Ijok Pulak

Okayy, kalau raya pertama dan kedua di Chemor, pada petang raya ke dua tu, kami telah di Bukit Mertajam kerana ada kenduri tahlil di rumah Pakcik kepada suami saya. 

Kami sampai pada waktu Maghrib, sewaktu orang lain memang tengah bersedia untuk solat. Saya pun terus amik wuduk dan join solat Maghrib. Selepas tu ada tahlil dan terus solat Isyak. Lepas tu barulah makan.

Kenduri kat utara ni, mestilah ada kuah kari yang thorrrbaik....habis diet betul hari tu sebab tengaharinya saya sudah makan tumis ikan bilis dan petai, juga rendang kerang, juga rendang tok, juga kek, juga nasi impit....di Chemor. Tapi tak kan tak makan kut, kan rayeee.


Gambar di atas adalah gambar MIL saya yang bertudung krim tu bersama-sama sedara mara.

Gambo lain macam tak banyak sebab kami sibuk bergossip di sudut yang lain...hiks...saya dan ipar duai saya lah.

Kami suami isteri lebih banyak duduk di rumah sahaja sewaktu beraya di Ijok kali ini, tapi adik beradik lain banyak aja aktivitinya beraya bersama kawan-kawan mereka. Saya pun tak pasti lah, tapi agaknya kawan-kawan hubby pun dah ramai yang berpindah ke tempat lain kut, that's why macam tak de kawan aja pun dia ni...he he he. Kawan saya pulak, masuk hospital, hmm.

Tapi ada satu malam tu, kami telah keluar makan beramai-ramai..



Haaaa....kena bukak berapa meja tuh? Tapi kan, iyalah, dekat Semenanjung ni kan, walaupun kedainya sederhana aja, tapi masakannya masih okay...saya dengan Shukri berselera aja makan...habis lagila diet kami malam tu.

Di Ijok juga ada banyak durian. Ada yang dari Batu Kurau, ada yang dari Baling. Tokbomo makan durian macam tak ingat dunia.

Saya pulak telah makan rambutan dan telah demam lepas tu. Tu diaaa...langsung takut dah nak makan buah selepas itu...

Sekarang ni, kat KK, saya teringin sungguh nak makan durian dan rambutan...tapi belum dapat lagiiii.

Ok guys...longuh jari den menaip hari ni...chow chin chow

No comments:

Post a Comment