Thursday, August 6, 2015

Bila KK Sejuk

Assalamualaikum.

Uwaaaa, KK sejuk betul sekarang ni. Hujan sudah mula turun sejak hari Sabtu dan selepas itu telah terus kerap turun setiap hari. Saya sudah mula pakai jacket di office dan bila nak mandi pagi pun bercinta sebab air sejuk, brrrr.

Saya di fahamkan yang pertukaran cuaca ini adalah disebabkan oleh Super Typhoon Soudelor yang pada masa ini sedang bergerak menujuk ke Taiwan. KK cuma dapat tempias-tempias sahaja daripada ribut tersebut tetapi kesannya boleh tahan di mana banyak juga atap-atap rumah yang tertanggal dan diterbangkan. Semoga Allah memelihara kami di sini.

Kami sebenarnya sedang menunggu kedatangan tetamu istimewa dari Perak. Sebab mereka ini sangat istimewa, kami pun perlulah membuat persediaan istimewa juga. Sebenarnya tidak lah istimewa sangatpun, tapi kami akhirnya telah membeli katil dan tilam untuk bilik kedua kami. 

Sebelum ini, bila ada tetamu datang, mereka tidur aja di atas lantai yang kami letakkan tilam, tapi bila ada katil ni, nampaklah proper sikit. Kira kami bersyukur lah yang kami beli katil ni, kira macam kami telah buat keputusan yang betul.

Selain daripada menyiapkan rumah untuk menyambut tetamu, kami juga telah menyediakan itinerary. Antara yang telah kami rancangkan adalah lawatan ke Kundasang di mana kami telah siap book hotel. Tapi tu lah, kita hanya merancang dan allah yang menentukan...semuanya akan bergantung dengan cuaca juga. Semoga cuaca akan pulih esok dan ada peluang tetamu kami ni untuk melihata puncak Kinabalu.

Kami juga perlu memikirkan tentang menu yang perlu di masak sebab makan di luar di KK ni adalah agak limited. Saya ada lah buat perancangan sikit-sikit...tidak detail sangat...semoga Allah permudahkan urusan saya.

Hmmm...saya berhenti di sini dulu ye. Bila cuaca sejuk ni, saya agak kerap lah ke toilet..itu pun nasib baik puasa...kurang lah sikit proses badan keseluruhan.

Ok...jumpa lagi you alls 




No comments:

Post a Comment