8 Ogos 2015
Selamat pagi Kundasang. Kami bangun pagi dan cuba mengintai kelibat Kinabalu, malangnya dia terus menyembunyikan diri. Walau bagaimanapun, kami bersyukur sebab cuaca adalah lebih baik. Kami semua bangun dan bersiap untuk keluar bersarapan.
Tiba-tiba tetamu saya bersemangat untuk membuat "sight seeing" dan seterusnya berjalan ke tempat di mana kami akan bersarapan. Perjalanan ke lokasi sarapan, walaupun tidak jauh, adalah agak mencabar kerana keadaan yang berbukit. Walau bagaimanapun, sebab ahli rombongan sudah bersemangat, kami biarkan sahaja, dan berpesan sekiranya mereka tidak larat meneruskan perjalanan, kami akan ambil kereta untuk membawa mereka meneruskan perjalanan.
Ada yang berjalan berpimpin, tetapi saya rasa mereka semuanya bersemangat lebih-lebih lagi dengan cuaca yang nyaman dan tidak panas.
Lihat gambar di atas, emak saya di pimpin oleh Huda dan Acu di pimpin oleh Ira. Makngah tiada masalah untuk berjalan, begitu juga Angah.
Yay, sampai dengan selamatnya, alhamdulillah. Sebagai meraikan kejayaan untuk sampai dengan selamat ke lokasi sarapan, mari kita tangkap gambo dulu. Waktu kami sampai, tempat makan tu masih kosong, haaa, apa lagi, kami pun buat lah tempat itu seperti kami yang punya.
Beratur mengambil makanan...ada nasi goreng, ada scramble egg, nugget, pisang goreng, toast, boiled egg, fruits dan satu lagi tu saya pun tak ingat. Ada moi juga serta Sabah Tea dan Kopi Tenom.
di meja makan, bonding time and we made a lot of noise, bersembang, bercerita...banyak juga cerita-cerita kelakar yang keluar lebih-lebih lagi daripada Acu...
Lepas makan, Angah kata macam ni "Angah nak pergi cari ayam sat".....haaa...maknanya dia nak pergi ambil oksigen la tu dan peneman setia mestilah Tokbomo. Tokbomo masih tak tahan sejuk on the second day tu...masih sentiasa berjacket.
Yang perempuan pulak, bergambar di luar tempat makan untuk capture kecantikan bunga taik ayam tuh.
Bergambar pulak di sini untuk capture pokok-pokok pines di belakang tu.
Lepas tu, mereka terus bersemangat dan naik ke atas sehingga sampai ke deck untuk melihat pemandangan tu
Tengok...meriah aja bila kami berjalan
yay....guna self timer dan gambar ni comel sebab semua orang excited nak buat "peace"
The four of them, smiling, alhamdulillah
Saya suka tengok muka emak saya waktu ni, nampak beno dia excited melihat keindahan pemandangan di situ.
Lepas tu kami lepak sat di situ, sembang2 dan seterusnya balik ke bilik untuk check out. Waktu balik, Tokbomo telah pergi ambil kereta untuk bawa mereka balik sebab mereka sudah tidak larat nak jalan turun bukit, he he he.
Bergambar di balkoni sebelum check out...chehhhh, Acu dah suka buat peace bila bergambo
Pada masa yang sama, di balkoni sebelah, Tokbomo lepak dengan Angah dan Huda enter frame...he he he
Kenangan dua beradik di Kundasang. Acu kata "kalau kita duduk sini satu malam lagi pun boleh jugak"...hiks....lain kali ye Acu, kalau ada rezeki kita datang lagi dan bermalam di sini, insyaa allah.
and yeah, before checking out, kami bergambo di tangga....
Okay...selepas ini kami pergi beli sayur dan melawat lembuuuu....next post ye.
No comments:
Post a Comment