Semalam, total visitors of this blog was 126, untuk blogger seperti saya, jumlah itu sudah sangat banyak dah tu.
Semalam juga, saya baru terbaca blog yang saya rasa saya akan selalu juga masuk selepas ini. Namanya blog abangtam, I found out about the blog from another blog which I follow, mamasita-mamamia.
Semalam juga ada seorang kawan saya sudah MC kerana sugar level sudah sampai 19. Terkejut saya dan jadi insaf betulll bila dengar berita tu. At my age, memang kena jaga kesihatanlah. Somehow kena jaga makan, kena exercise dan kena pandai menangani stress, kena belajar control marah dan banyak redha dengan apa juga keadaan.
Saya terus telefon hubby dan bagi tahu berita kawan saya tu. Saya minta hubby tegur saya kalau saya makan banyak sangat ke, banyak ambil makanan/minuman manis ke. Waktu call tu rasa insaf betul kan?..he he
Semalam juga, ada meeting dari jam 12.30 tengahari. Saya dah la breakfast makan toast aja, perut saya ni pulak, kan saizzzz..(malu nak cakap)... jadi waktu meeting sudah lapar. Malam sebelumnya juga, saya lambat sikit tidur, sebab rasa macam hyperactive lepas exercise. As a result, I managed to catch a 10 minutes sleep during the meeting..huk aloh.
Sebab tak boleh solat, semalam saya tak basuh muka langsung waktu tengahari. Maybe due to that, I was feeling so mengantuk while driving home. Sampai rumah, minta kebenaran hubby untuk tidur sat, hubby lak terus nasihatkan saya pergi exercise dulu dan malam nanti tidur awal. Dia dah pot pet sebab saya tidur lambat sikit malam sebelumnya.
Sebagai seorang isteri yang patuh, saya buat dekk aja, saya ngantuk, nak tidur gak walaupun waktu tu dah jam 6.45 petang...tapi tak senang juga nak lena, langsung lah saya g juga exercise ( I mentioned earlier that the hardest part is to actually decided to exercise/start)
Somehow I managed to complete a 4 km walk, took my bath and joined hubby for dinner. Again I ordered toast and teh panas...aihhh...ke mana kah keinsafan mu untuk mengurangkan pengambilan benda-benda yang manis...hubby pun pelik gak, dia siap kata, esok, minum air suam aja...wokeh, no prob.
Saya terperasan satu la, di mana if I could exercise early before dinner, ada rasa kurang berselera sikit la nak makan. I am not sure lah whether it is temporary or not, tapi is is really not normal for me to have this "kurang berselera" punya mood...most of the time I am always ready to consume and consume and consume. Sebab tu lah comelll.
Lagi satu, saya perasan yang saya susah sikit nak lena lately sebab rasa macam badan ni active aja. This is also so not me sebab saya sebelum ini adalah jenis yang pantang letak kepala kat bantal, terus out of this world...tapi saya suka sebab tak lah asyik ngantuk aja kan...okay lah tu
Balik dari dinner, saya menonton cerita apa ntah..lupa. Lepas tu saya tengok MELETOP. Sempat gak lena lena sikit-sikit waktu meletop tuh. Habis meletop, hubby suruh naik, dan iron baju, lepas tu tidur.
Lately kami tidur pasang aircond sampai pagi. Cuaca sekarang sangat panas kan? I have read somewhere that the world's temperature has increased by 4 degrees. Huh, banyak tuh, patutlah panas bangat. (dah check balik, bukan 4 degrees la, depa tulis camni : Averaged over all land and ocean surfaces, temperatures have warmed roughly 1.33°F (0.74ºC) over the last century)
Semalam juga saya ada baca post anak sedara saya dalam facebook di mana, dia yang sedang mengandung terbangun pukul 3 pagi dan tak boleh tidur sebab panasss...semoga sabar dengan cabaran panas ni ye Pijah...
Banyak perkara yang berlaku semalam kan? Semalam juga number of visitors of this blog has exceeded 25,000. Hubby janji nak belanja/celebrate saya dekat Serai...saya ingat tau Shuk....
Okaylah...semalam dah jadi sejarah pun...have a cheerful days ahead everyone.
No comments:
Post a Comment