Semalam saya menonton primadona di channel 134. Isu kali ini : Poligami.
Zarina Zainuddin adalah artis jemputan pertama. Dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan suaminya, bagaimana proses untuk berkahwin dan seterusnya kehidupannya sebagai seorang yang mengamalkan poligami.
Saya tak rasa yang saya ni sanggup berpoligami, tapi menonton Zarina Zainuddin malam tadi membuat saya bertanya balik. Maaf jika saya silap, tapi malam tadi, saya melihat Zarina Zainuddin adalah seorang wanita yang lebih bahagia jika dibandingkan dengan Erra, malah Kak Engku sendiri....dia ada suami, ada anak-anak termasuklah anak tiri dan juga madu yang baik...hmmm, hebat kan?
Bagi saya ini adalah contoh seorang yang bersyukur dengan apa yang dia ada dan cuba mencari cara untuk bahagia dengan apa yang dia ada instead of mencari kelemahan dalam setiap perkara yang dianugerahkan Allah. Dan sesungguhnya bahagia itu memang adalah hak dia, she deserves it.
Kalau adalah pembaca lelaki yang baca post saya ni, mesti dia senyum kan? Tapi kes Zarina ini bukanlah common ye, mungkin satu dalam seribu, oleh kerana itu, sekiranya tidak cukup bekalan, jangan berani mencuba.
Saya baru aja habis sesi tak bercakap dengan hubby semalam and simply dislike it. Habis cuti terbuang macam tu aja...hidup jadi tonggang langgang and saya hilang mood untuk buat semua benda, termasuklah doing my exercise.
Tapi yang eloknya adalah waktu keseorangan sebab tak bercakap dengan suami, saya ada lebih masa untuk diri sendiri dan berfikir tentang beberapa perkara yang jarang saya lawati..saya juga lebihkan doa untuk orang lain lebih-lebih lagi anak-anak sedara saya...semoga mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah..
Hari ini juga kami menerima keluarga baru di mana anak sedara saya Pijah telah melahirkan sepasang anak lelaki kembar. Semoga ibu dan anak-anak sihat...
Okay lah, di sini dulu...bubaiii
No comments:
Post a Comment