Thursday, May 23, 2013

My Black Wira

Yippie..statement gaji sudah sampai pagi tadi dan alhamdulillah, sudah tiada lagi potongan untuk kereta hitam saya tuh, setelah lapan tahun...alhamdulillah.

Kereta hitam itu (Wira Special Edition 2005) adalah kereta ke 2 saya selepas Kancil Merah. Saya beli kereta itu dalam tahun 2005. Waktu saya memilih untuk membeli kereta itu, antara perkara yang saya ambil berat adalah :

i) cc. Saya kan pakai kancil 850 cc sebelum tu, jadi saya memang berhajat nak cc besar sikit sebab saya ni memang boleh tahan lasak orangnya bila drive, so, I need more power...yeah

ii) Saiz. Yup, nak la besar sikit. Dua sebab kenapa saya nak besar adalah kerana diri saya sendiri besar dan juga kerana waktu itu saya masih bujang dan kereta saya ni sering saja dipenuhi oleh anak-anak sedara saya. Bila raya aja, abang/kakak saya pakat-pakat tumpangkan anak-anak mereka dengan saya sebab kereta mereka tak cukup. Oleh sebab kepentingan ini jugalah saya memilih untuk membeli Wira instead of Gen 2, sebab apabila saya duduk di belakang, saya dapati sekiranya anda adalah seorang yang tinggi seperti saya, kepala anda mungkin akan berlaga dengan siling kerana bentuknya adalah aerodynamics...heh. Wira hitam saya ni, memang lebar dan lapang, duduk tiga orang kat belakang tuh, steady aja tau, tapi kalau naik Pesona, haaa, sakit pinggang sebab sempit.

iii) Harga : yang saya mampulah kan. Saya jual Kancil saya tu dalam RM10,500 rasanya, dan duit itu terus saya gunakan untuk bayaran deposit kereta saya tu. Kalau ta silap, harga kereta hitam saya waktu tu adalah RM50,500....haaaa...ingat nak bayar setakat 7 tahun, tapi bila tengok potongan bulanan banyak sangat, terpaksalah sambung jadi 8 tahun dan alhamdulillah, dah habis dah 8 tahun tu

iv) Senang nak dapat spare parts...haaaa, untuk sebab ini, I opted for a Malaysian Car lah kan...kawan-kawan saya ada suruh saya beli kereta luar negara, tapi saya buat pekak aja. Sebenarnya waktu tu saya patriaotik juga tau, I just feel that I should support the National Car...heeee
 
Oh ye, sebab waktu beli kereta ni saya belum kahwin, semua urusan saya buat sendiri ye, dari A ke Z. Maintenance kereta pun saya buat sendiri ye, tapi saya selalulah minta nasihat kawan-kawan lelaki kat office ni tentang what to do...itu lah perlunya kawan kan.
 
Kereta hitam ni best sebenarnya especially kalau dibawa kat highway sebab dia memang boleh pecut cun cun punya. Tapi sekarang ni saya malas nak bawa kereta tu sebab gear manual..waduhhh, sudah malas ya untuk tukar-tukar gear ataupun membalance minyak dan clutch bila berhenti di bukit-bukit. Bawa auto senang sikit, tekan aja minyak tu mesti berjalan, nak berenti tekan break...memang ada peace of mind lah.
 
Walau bagaimanapun, kereta hitam ini pernah accident dilanggar lori simen di traffic light. In fact, accident berlaku pada hari yang sama bila saya dinaikkan ke pangkat DD...hiks..tuhan memang bagi pada hari yang sama, gembira dan sedih, bercampur baur.
 
Saya ingat pada hari itu apabila saya telah dapat surat kenaikan pangkat dan tidak sabar telefon hubby untuk bagi tahu. Saya telefon ofis dan saya ingat lagi bahawa yang jawab telefon itu adalah Aziz, kawan hubby yang saya kenal.
 
Aziz tanya, kenapa saya tak call handphone. Saya jawablah tak dapat. Aziz ni boleh tanya camni pulak "akak kelahi ke dengan abang?"
 
Saya pun pelik, apa hal kan? Tapi saya jawab lah, "takkk". Dia pun bagi tahu saya bahawa hubby telah pergi Balai Polis sebab kereta accident.
 
Saya terus telefon hubby lagi sekali dan tanya  "how's the car?" (not "how are you honey? are you okay?)
 
He he he, saya memang seorang yang materialistik pada waktu itu dan hanya mementingkan kebendaan. Saya hanya risau apa yang berlaku dengan satu-satunya kereta kami tuh as if what happenned to hubby was not important..ha ha ha, daserrrr
 
Lepas tu hubby telah marah kat Aziz sebab pecah rahsia, dia kata :" lain kali jangan sibuk, aku tahulah macam mana nak bagi tahu isteri aku"
 
Lepas tu juga hubby tidur mengingau dekat 6 bulan kut. Hubby juga phobia setiap kali ada lori, especially lori simen mengikut di belakang kereta. Phobia yang ni. sampai la pun masih ada.
 
Heee, itu kenangan kurang manis, yang mematangkan hubungan kami sebenarnya. Kami belajar banyakkk, kami belajar untuk redha, kami tahu rezeki semuanya datang dari Allah, dipinjamkan saja untuk kami ni, kami sedih, jadi kami share sama-sama perasaan sedih tu yang kalau diingatkan balik jadi manis pulak kan, sebab ada orang untuk kita berkongsi perasaan...
 
Hmmm...lepas kahwin, untuk 3 tahun pertama, due to certain reason, kami maintain satu kereta aja dan oleh kerana itu, saya terpaksalah naik keretapi dari Shah Alam. Saya okay aja sebenarnya kalau service komuter tu ok, tapi bila service makin lama makin teruk dan saya pulak tercedera kaki yang menyebabkan saya tidak mampu berdiri lama dalam keretapi dannn, duit pun dah ada sikit sebab naik pangkat kan, saya pun tutup mata dan buat keputusan untuk beli kereta baru hikkksss..Pesona tu lah, another Malaysia Car.
 
Saya juga telah berniat untuk membawa emak saya ke Johor Bharu sewaktu saya membeli kereta hitam saya tu sebab emak saya asyik tanya dan request nak ke JB. Mungkin sebab telah berniat, ditakdirkan tuhan, waktu kami mahu ke JB dalam tahun 2009 kut, kereta Pesona putih telah accident dan masih di bengkel. Makanya sampailah juga wira hitam saya ke JB.
 
Moving forward, rasanya kami nak simpan dulu kereta hitam ni, dan duit yang ada tu bolehlah kami simpan, insya allah. Sebelum ni kami simpan duit bila ada lebih aja...kali ni, kami tak de lah alasan lagi untuk tidak menyimpan.
 
Kereta hitam ni sebenarnya banyak menyimpan sejarah saya, juga hubby. Dia bersama-sama kami dalam banyak suka duka kami mengharungi hidup...waktu kami tak berapa senang, waktu kami senang, waktu kami sedih, waktu kami gembira, waktu kami berkelahi..heee...kalau dia boleh bercerita, mesti banyak yang akan diceritakannya.
 
Okaylah...this post is specially for my Black Wira Special Edition 2005...we love you!
 
 

No comments:

Post a Comment