Mula-mula saya ingatkan hari ini saya nak berpuasa...tapi sebab iman tak kuat, saya tak jadi puasa.
Oleh kerana tak puasa, sayapun pergi cari breakfast. Saya telah beli 1 bungkus bihun dan 1 bungkus nasi lemak. Saya simpan nasi lemak tu untuk lunch sebab saya tak rasa saya nak keluar cari makanan tengah-tengah panas tengahari nanti.
Nasi lemak dan bihun tu dibungkus dalam daun pisang, sikit aja pun portion nya. Dua-dua pun sangat basic dan harganya RM1.50 satu. Harga sebegitu boleh dapatlah sebab di jual dekat ofis (ada orang hantar dan tinggalkan di pantry), tapi kalau beli nasi lemak basic di KL Sentral, the chepest is RM2.00. Kosong tau, ada sambal dengan dua ekor ikan bilis, tiga biji kacang dan sepotong telur rebus/dadar, bergantung.
Kalau balik kampung saya di Chemor Perak, hubby akan awal-awal dah cakap yang dia nak makan nasi lemak Kak Yong/Abang Ali. Nasi lemak ini kalau makan dua orang pun cukup sebab portion banyak. Sambal dia sedap dan harganya hanyalah 8 kupang (80 sen). Saya teringin aja nak bagitahu Kak Yong dan Abang Ali tu suruh mereka jual RM1 dan kurangkanlah sedikit kuantiti nasi tu. Ye lah, boleh lah buat untung lebih sikit kan. Walau bagaimanapun, mungkin sebab mereka menjual dengan hati yang ikhlas, saya dapat lihat yang kehidupan mereka, walaupun tak kaya, adalah lapang selalu. Mungkin rezekinya di situ.
Kalau ingat-ingat balik, waktu saya sekolah rendah dahulu, harga nasi lemak basic hanyalah 2 kupang sahaja (20 sen) . Itupun saya tak mampu nak beli tau sebab duit belanja saya hanyalah sekupang aja (10 sen). Sebab saya memang ambil breakfast setiap hari, lapar bukanlah isu. Lagipun saya sentiasa ada bekalan lemak tersimpan kan, so, no worries.Dengan duit sekupang itu, saya selalunya memilih untuk membeli sebatang aiskrim (5 sen) dan kacang putih (5 sen).
Tapi saya susah sikit waktu darjah satu sampai tiga aja, naik darjah empat, saya dah kaya sikit sebab kakak kakak saya dah mula kerja...he he, mereka kan anak-anak yang baik, jadi mereka tak pernah lupa bagi duit kepada emak/ayah, oleh kerana itu, sayapun sebagai anak yang bongsu, menumpang senanglah, Alhamdulillah. Waktu itu juga, mungkin sebab dah mampu nak bagi duit belanja lebih, atau sebab saya sorang saja yang tinggal di rumah, emak saya pun sudah berhenti menyediakan breakfast....jadinya, duit belanja saya pun meningkat lah jumlah nya...yeahhh.
Bila saya ingat balik macam ini, banyak sungguh jasa kakak dan abang saya...hmmm...
Sebab saya tak keluar untuk lunch tadi, saya ada lebih banyak masa untuk tidur...yippieeee...
Wokeh...itu saja dulu...bubaiii
No comments:
Post a Comment