Tuesday, May 14, 2013

Kami berhimpun lagi....

Hari Sabtu lepas, 11 Mei 2013, kami semua mengambil kesempatan berjumpa di rumah Mek Yah. Alhamdulillah, ramai yang berkesempatan meluangkan masa. Adik beradik yang tinggal di KL hadir termasuklah tetamu dari Ipoh. Emak/opah juga ada. Maybe next time, kita boleh arrange something di Chemor pulak so that Ima dan Ina could also attend, insya allah.

Tujuan utama jamuan di adakan adalah untuk berkumpul bersama saudara mara. Kebetulan pula emak/opah berada di Shah Alam, jadi kami pun celebrate mother's day lah. Kebetulan juga bulan Mei ada ramai yang celebrate hari jadi, jadi kami celebrate juga birthday mereka-mereka ini...

Lokasi jamuan adalah di rumah Mekyah..kakak saya...terima kasih Mekyah sebab sediakan lokasi serta makanan. Terima kasih yang lain-lain juga sebab sudi hadir, jamuan ini tak kan berjaya kalau tiada yang hadir. Insya allah lain kali kita buat lagi ye...

Let's enjoy the some of the photos taken :

makanan : order, jangan tak order. Menunya adalah nasi minyak, ayam masak merah dan kambing masak kurma serta jelatah. Sedap..

tempat nasi...he he he

gang yang menceriakan keadaan..

yang lelaki, semua dah dewasa....

kakak dan kak lina, comel aja kat dapur

Encik Ghaz sedang memberi ucapan sebagai host...saya tangkap gambar ni dari atas tangga

Lepas Encik Ghaz, Abang Hab pulak bagi ucapan


Lepas abang Hab, Abang Radhi pulak mengetuai tahlil, sebelum tu dia bagi ucapan ringkas pulak. Saya suka lah bila abang/abang ipar saya bagi ucapan kali ni, macam sweet aja, dan terharu dengar...he he he.

tengah tahlil, suami saya tu, kusyuk ke lena, saya pun tak pasti..he he he (soheh kena marah lepas ni)

kena letak gambar ni sebab mekyah dah posing maut tuh..haaaaa (waktu ni tahlil masih on tau)

Selesai tahlil, kita pun makan. Mak/opah requested for cheese cake and thank you Anis for sponsoring this


the boys

Malena and Ari

makannnn

Faiz datang lambat sikit, tapi makanan banyak, no worries

makannnnn, selain nasi minyak, ada pizza, karipap, mee goreng dan buah anggur

Opah and some of the cucus


Abang Hatta tengah melayan cucu kat dapur

the girls. Sarah pun ada, tapi Maryam tak dapat hadir, maybe next time

yang ni waktu kecik kecik dulu adalah kawan baik...sekarang dah besar, semua sibuk

kaum lelaki, berehat selepas makan...tengah tunggu mekyah sediakan nescafe

gang yang ini meriah di dapur...sian Amal, Ifwat tak de, langsung tak de gang

huh, nescafe dah sampai. Waktu ni abang Hab tengah promote suruh kita orang pergi Star Hill...he he he

another one for the camera

budak-budak ni berlari-lari kat luar tu kut sebab muka pun dah berpeluh-peluh

heeeee...last but not least, my tok bomoh.

Alhamdulillah, dalam kami sibuk-sibuk tu, sempat juga kami berkumpul beramai-ramai...bukan senang nak buat ni sebenarnya. Insya allah, nanti bila orang Jepun balik, kita buat lagi okay...

No comments:

Post a Comment