Hari Sabtu, 17 Mei sudah berlalu. Saya sukalah hari ni..
Hari ni hubby sakit kepala dan oleh kerana itu, dia terus mandi selepas Subuh. Selepas mandi, dia mengadu lapar dan minta saya sediakan roti dengan sardin. Saya pun buatlah, heee, by 8.30 kami dah siap makan dan saya sudah naik semula ke bilik untuk kemaskan bilik.
At 10.00, my tukang urut datang. By 11.00, sesi urut habis dan saya tengok laptop. By 12.40, saya start masak lunch. Saya masak gulai lemak cili api ikan kembong, bakar ikan kembong tu, buat sambal belacan + ikan bilis dan timun...meletop, semua pedas...tapi saya rasa hubby macam berselera aja.
Lepas kenyang, mata pun mula mengantuk. Saya tidur dalam pukul 3.30. Hubby kata nak jalan-jalan lepas Asar, tapi saya hanya bangun tidur pukul 6.00...haaaa, macam mana tu?
Tapi saya rasa saya deserve the sleep lah sebab saya rasa penat sikit last week. Lagi pun, kan saya berurut pagi tu? Lepas berurut memang lah sedap kalau tidur.
Sebab tak keluar petang nya, kami habiskan aja makanan yang ada.
Saya juga telah tengok 3 films back to back di FOX Movie channel...huh, boleh jadi sejarah tu.
Sekarang....saya mengantuk...nak tidur.
Sebelum tu saya nak sentuh sikit tentang pertelingkahan yang berlaku antara Afiq Muiz, Eina Azman dan keluarga Afiq Muiz boleh tak? Saya tahu cerita depa ni dari blog hiburan lah, apa lagi.
Saya kagum betul lah dengan generasi muda sekarang ni yang berani meminta orang tua/ibu kepada kawan kita untuk meminta maaf kepada kita...kagum dengan self confidence yang ada atauuu, mungkin mereka buat benda yang macam tu sebab they are just plain *&^%$?
Awat semua benda dibuat untuk pengetahuan umum ye? Kan benda macam tu adalah peribadi?
Budak-budak muda ni kan, tindakan mereka kadang-kadang tu buat kita tak faham kan? Tu yang belum kahwin lagi dah buat status as "in a relationship" tu. Bukan belum kahwin aja, bertunang pun belum. Tapi orang orang tua, sila jangan tegur, nanti anda akan di mark kan sebagai "not relevant" to the current world anymore.
Perkara-perkara yang macam ni yang membuat saya give up untuk bagi nasihat dekat budak-budak ni...bukan mereka yang berubah, tapi kita yang stress. Kita nasihat sebab tidak mahu mereka terluka atau menyesal di kemudian hari, tapi rasanya pada zaman ini they will only learn once they realised that they have made the mistake. Let's just pray that the mistake made bukanlah mistake yang berkekalan...yang akan menghantui mereka sepanjang hayat.
Okaylah, itu ajalah buat masa nih..nak tidur...
No comments:
Post a Comment