Semalam hari guru. Sekarang ni hari guru dibuat secara besar-besaran, zaman saya dulu, simple aja.
Saya tiada memori mengenai sambutan hari guru sewaktu saya di Sekolah Menengah, tapi waktu sekolah rendah saya ingatlah sikit-sikit kut. In fact, yang saya ingatpun adalah apabila saya dapat aiskrim seorang sebatang..he he...itu ajalah memori yang saya ada.
Waktu sekolah, saya tidak berapa aktif. Semuanya malas atau takut nak participate. Oleh kerana itu, kenangan yang dapat saya ingat adalah limited.
Saya pernah wakili sekolah untuk pertandingan catur...tapi tak menang pun...tapi wakil sekolah lah juga.
Lagi satu yang saya ingat adalah waktu camping selepas SRP di Pulau Pinang. Itu best...yang paling saya ingat adalah apabila kami kena berjalan sejauh 10km untuk balik ke sekolah...menang juga tau, kami kumpulan ke 5. Balik dari camping tu, haaaa, berbelang-belang muka.
Yang lain?...tak de lah...I wish I have been more activekan...boleh la cerita kan sini, he he.
Anyway, fasal cikgu tadi, sebenarnya saya lebih teringat kepada kakak sulong saya yang sudah meninggal dunia, seorang cikgu juga. Kebetulan, kakak saya pernah mengajar seorang kawan saya. Kawan saya itu sangat nakal, tapi kan, kakak saya pernah terima surat dari kawan saya di mana dia telah berterima kasih dan juga telah menyatakan bahawa kakak saya adalah cikgu yang terbaik yang pernah dia jumpa. Mesti terharu kan?
Sekarang ni, saya hanya keep in touch dengan seorang cikgu saya aja via facebook. Cikgu ni dulu sangat garang, tapi bila dah tua-tua ni rasa sayang aja dengan cikgu ni..he he he.
Waktu kat ITM pulak, saya pernah ter"suka" dengan seorang lecturer ni..heeeeee...gila!
Okaylah, kepada semua guru out there, wishing all of you "Selamat Hari Guru".
No comments:
Post a Comment