Saya nak tulis tentang satu perkara ni, tapi saya tak pastilah kalau hubby saya approve ke tak...tak pe, saya draft dulu dan minta approval dia kemudian.
Waktu saya tidak matang dulu, saya sering beranggapan yang sesungguhnya saya ni adalah orang yang sangat baik. Tapi saya selalu tak tegur orang dan selalu lari dari orang dan selalu elakkan dari ada eye contact dengan orang lain dengan alasan "malu". Saya buat perkara ini sehinggala saya mula bekerja.
Saya mula perasan yang apa yang saya buat itu sebenarnya adalah tidak berapa betul apabila saya kurang senang bila orang lain buat perkara yang sedemikian kepada saya. Sebagai contoh, kita pergi rumah kawan, dia pula bila melayan kita macam tak bersungguh-sungguh kan...so, kita pun kecil hati dan pada masa yang sama berazam untuk tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Boss saya juga telah mengajar saya untuk menjadi lebih "proactive" apabila berjumpa dengan orang, ye lah, saya kan bekerja di agensi yang membuat "promotion" kan...Maksudnya, saya kenal lebih dulu senyum dengan orang lain, kena lebih dulu mengenalkan diri kepada orang lain...bukan mengharapkan orang lain yang datang kepada kita...saya implement benda seperti ini dalam kehidupan saya juga.
Saya juga pernah pada satu masa dahulu sangatlah malas untuk pergi ke rumah makcik/pakcik saya. Bila saya besar, ada pulak anak sedara saya yang tak suka jumpa saya atau simply menjauhkan diri, haaaa, it hit me lah. Yup..mesti makcik/pakcik saya dulu pun rasa sedih bila saya selalu lari dari jumpa mereka kan? So, saya insap lah, dan cuba berubah. Saya cuba meluangkan masa untuk makcik/pakcik saya sekurang-kurangnya waktu raya. Saya juga cukup gembira bila mereka datang ke rumah saya, rasa berbesar hati sungguh...rasa best....
Alhamdulillah saya belajar dari kesilapan saya pada masa dahulu dan sempat berubah. Dan, sesungguhnya saya juga memang sudah lama tahu tentang kelemahan diri saya ini, walaupun saya asyik "deny".
Tapi, baru-baru ini, saya telah mendengar satu keluhan yang membuat saya terkejut. Bunyi teguran tu lebih kurang macam ni "cikbib dan hubby ni agak kasar sedikit la, mentang-mentanglah mereka ni senang sikit".
Adoiii...speechless saya. Saya tahu saya ni memang banyak kelemahan, tapi bila kata saya macam "berlagak" tu...saya terdiam.
Hubby suruh saya lupakan aja. Saya pun memang tak nak ambil pot sangat, tapi mungkin hubby dan saya kena perlu lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang, perkataan yang kami keluarkan itu mungkin bertujuan sebagai gurauan, tapi tidak sesuai untuk keadaan tertentu.
Tapi untuk berlagak tu, ntah lah, saya rasa saya tak de benda untuk dilagak kan pun. Nak kata lawa, come sikit tu adala (kena bersyukur kannn?). Nak kata slim..masya allah, mesti you all gelak kan? Nak kata kaya...adoiiii, berlambak orang lagi kaya dari saya kat dunia ni. Nak kata bijak...lagi la tak betul, in fact saya tengah ada masalah risau kerana saya rasa kurang bijak sekarang ni...ntah lah, saya pun tak faham macam mana boleh terkeluar statement tuh.
Walau bagaimanapun, saya tetap perlu berhati-hatilah selepas ni....sentiasa jaga hati kerana saya yakin, apa yang di hati, itu lah yang akan keluar di mulut dan tingkah laku. Kurniakanlah aku hati yang baik Ya Allah...
No comments:
Post a Comment