Ok, this is actually a story about yesterday, Sunday 20 January 2013.
I have to attend this Seminar at Putrajaya. Di anjurkan oleh...tak ingat lah pulak, tapi berkaitan dengan 'Melayu'.
Arahan yang saya terima daripada boss saya adalah "Mingle and get as many business cards as you can so that we can start building up our database/network". Urghhhh
So, I woke up early on Sunday morning, missed my weekly morning walk, and siap-siap untuk ke Putrajaya. Sampai, dan tidak sesat, alhamdulillah, maklumlah, sejak berkahwin ni, saya agak kurang bawa kereta bila mahu ke mana-mana, jadi skill mengingat jalan tu sudah agak kurang...he he.
Sampai, saya pun pergi register and makan. Yup, breakfast was served, ada bihun, air dan dua jenis kuih.
Lepas breakfast, saya pergi balik ke dewan utama. Di situ, memang tiada langsung muka familiar. I scanned the dewan with my big eyes, yup, mencari mangsa untuk mendapatkan business card. Tapi tak de, namapun kongress Peniaga Melayu kan, so, ramai lah lelaki Melayu tua tua yang saya tidak rasa adalah sesuai untuk saya to simply masuk and simply mingle. Macam tak sesuai untuk adab Melayu kan?
Saya juga tidak berapa pasti apa yang organisasi saya boleh contribute to these people, sebab setahu saya, dalam polisi kami, tiada keutamaan khas atau insentif khas yang diperuntukkan...so, mungkin ianya adalah lebih relevant untuk organisasi lain.
Helpless, I decided to find a seat and duduk diam-diam. Boss pun tak sampai-sampai that I decided make up a story of why I could not get any single business card from anybody, ha ha...boss sampai lewat anyway, so, boleh lah saya menipu sikik.
The seminar started late and apparently everybody seems to love to talk and they do not know how to obey the time schedule. Bila sesi soal jawab, tu dia, semua emosi. Tak faham betul saya.
Yang sorang ni, cakap-cakap dah terus marah...mula-mula marah sebab kecewa. Dia kecewa sebab tujuan dia datang adalah supaya dia tahu macam mana dia boleh menyumbang ke pada orang Melayu, tapi seminar ni tak highlight pun fasal tu. Lepas tu dia marah sebab dulu dia dapat masuk U sebab di beri priority, ye lah, Bumiputra kan, tapi lepas tu dia kata dia tidak mampu untuk bersaing. Antara sebab yang dia highlight adalah sebab dia tidak pandai berbahasa Inggeris. Lepas tu dia mengaku juga, kalau ikut merit dulu, mesti dia tidak dapat masuk U langsung pun...
Huk aloh...ape la jenis orang yang macam ni. Tak tahu bersyukur langsung. Mula mula, bersyukurlah dapat peluang masuk U. Bila dah masuk tu, tak kan semua nak kena spoon feed, belajar lah bahasa Inggeris sendiri. Kalau nampak diri terkebelakang, cari lah punca nya dan atasi masalah tu. Yang pentingnya adalah tanya diri sendiri, you nak berjaya ke atau nak terus merungut, haaa, pilih dan cari jalan sendiri. Kalau confuse, mintalah nasihat dari orang yang lebih berpengalaman, tapi tak perlulah marah orang lain.
Kalau nak tolong bangsa sendiri, tak payah lah tunggu orang nak plan kan untuk you, banyak cara you boleh buat yang berpada dengan keupayaan sendiri. Yang marah orang lain sebab tak siapkan agenda khas untuk diri you tolong bangsa sendiri tu apa hal..
Iskh...tak tahan saya duduk dalam dewan tu, agaknya macam tu keadaannya dalam perhimpunan parti politik ye? Tak sesuai lah dengan jiwa saya.
In between sessions, ada break, and saya telah terserempak dengan boss waktu saya nak ke toilet. Saya baru aja nak cakap dengan boss yang saya nak balik cepat i.e. lepas lunch, boss terus serbu, kata " I tak rasa I larat nak ikut seminar ni dah, dan ianya adalah tidak berapa relevant dengan kita"...adoiiiiii, alhamdulillah. Terus saya pun kata "lepas lunch saya balik ye boss"...he he, boss kata, dia pun nak balik, dia nak main golf.
Seterusnya, saya duduk ajalah. Tapi presentation terakhir yang di sampaikan oleh owner Rahim & Co. adalah interesting. Ianya adalah mengenai hartanah di KL/Lembah Kelang, focus on the Malays lah.
Lepas tu, lunch dan saya balik rumah. Alhamdulillah, walaupun kena buat U-turn dua kali, saya telah selamat sampai...hikss.
Sampai rumah, suami siap teriak dari dalam rumah, "Cikbib lari ye"...he he he.
Did I manage to carry out my first task?...susah la nak jawab...
No comments:
Post a Comment