Friday, January 4, 2013

Cabarannnn!

Sekarang ni pukul 6.25 petang, hari Jumaat. Saya masih di ofis, baru habis solat asar. Sebelum tu, ada meeting J P C 3 yang masih perlu saya hadiri walaupun saya sepatutnya berada di bhg baru sekarang. Di luar, hujan masih turun dengan lebat dan oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk solat Maghrib dahulu di ofis.

Sebenarnya saya nak bagitahu yang saya telah kena tegur kaw kaw dengan Datuk Pengerusi waktu meeting tadi. Adoi, tak tahu lah macam mana saya boleh tak perasan benda benda yang telah membawa kesan yang agak tragis...tapi nak buat macam mana, saya kan manusia biasa, tidak lekang dari kesilapan...sehingga kena serang dari kiri dan kanan.

Tapi sebenarnya saya cool aja, saya rasa officer saya lagi sedih, siap SMS minta maaf...tapi saya pun bagi lah nasihat kat dia sebab saya perasan diri sendiri macho kan, saya kata. "tak pe, anggaplah ini sebagai cabaran sebelum kita meninggalkan division"....macam lah saya bagus sangat. Tak pe, lepas ni saya nak settle kan benda ini..rasa tak sabar nak suruh officer siasat balik dan table balik paper tuh, yeah, rasa nak membela diri balik setelah di serang.

Tapi sekarang ni rasa down juga lah, sebab tu saya ambil keputusan untuk tulis blog ni, yup, macam mengadu jugalah ni...hu hu hu...

On a more cheerful note..esok cutiii!!!!!...seronok!

Apa plan? insya allah esok pergi jog kut, lepas tu pergi orang kahwin kut, atau pergi tailor kut...hmmm...teringin nak ajak hubby mendaki bukit Broga...tapi dah pernah ajak dulu, dia tak nak.

Kalau sempat, saya teringin juga nak masak...rumah juga dah lama tak di mop...saya dah lama tak kemas rumah secara thorough...saya buat sikit sikit, so, rasa tak puas. Tangga pun dah berabuk, memang wajib mop.

Memang sepatutnya ada pembahagian kerja yang jelas, tapi sekiranya sesuatu itu dilakukan tanpa keikhlasan/kasih sayang, maka akan tidak sempurna lah kerja itu. Seperti menggunakan penyapu lembut untuk menyapu di atas carpet, sapu sehari suntuk pun tak kan bergerak sampah sarap atas carpet tu.

Heeee...tak pe, kena positif, ikhlaskan hati, lagi pun rumah cantik, kita happy sama...

Okay lah...happy holidays semua

4 comments:

  1. jom beli vacuum cleaner robot

    ReplyDelete
  2. dekat mana boleh beli tu mek yah?..ada dijual ke?

    ReplyDelete
  3. aii.. bos pun kena marah dengan bos lagi.. huhu.. ya la kan.. kita ni manusia biasa. tak sunyi dari buat silap.. seterror mana pun mesti buat silap jugak kan..

    ReplyDelete
  4. I boss kecik aja Ida, yang tegur I tu, Boss Besarrrr, orang no 2 lepas KSU...

    ReplyDelete