Kami ni suka perasan yang kami ni orang kaya. Sebab kami perasan kami kaya, kami pun bila berbelanja perlulah seperti orang kaya, miahaaaaha (bunyi mengilai ye).
Kami mesti makan di tempat-tempat yang 'up' sikit, sebab tempat biasa kami tak lalu.
Beli barang pun, mesti lah ber 'branded' sikit, if not, kami tak pandang.
Dan sekarang, sebab kami perasan kami ada 'up' sikit, kami rasa macam kami perlu 'up' sikit kereta kami'
Baru-baru ni saya naik lah kereta Merc kawan saya, dan saya rasa macammmmm...hebak nya kereta Merc ini.
Walau bagaimanapun, kami tetep seder bahawa 'up' kami tuh, tak la sampai ke tahap owning our own Mercedez kan...not yet lah.
Tapi kami sudah men 'survey' beberapa kereta. Antaranya:
1) Peugeot 408
2) Honda Civic
3) Suzuki SX4
Hmmm, sebenarnya saya nak Suzuki tu. Sebabnya adalah kerana dia macam sporty. Saya sebenarnya suka dengan Mini Cooper, tapi sebab tak mampu, dapat yang macam mini cooper pun okay lah kan. Lagipun, tempat parking kereta di office saya sangatlah mencabar, jadi, the smaller your car is better.
Kereta yang no. 1 dan 2 tuh, adalah pilihan hubby. Kalau beli kereta no. 1 & 2 tuh, saya tak rasa saya akan bawa kereta tu ke office lah. Baik bawa kereta sekarang aja...merajuk!!
Tapi ini hanya lah angan-angan saya saja. Mungkin kami akan simpan aja Wira/Porsche kami tu. Tapi, walau apa keputusan yang bakal saya buat pastilah berasaskan rasional, setelah ditimbangkan kesemua perkara, lebih-lebih lagi kedudukan kewangan. Doakan semoga saya akan membuat keputusan yang tepat, insya allah.
No comments:
Post a Comment