Saturday, January 26, 2013

A wedding and a date with Anas

Kami sekali lagi ke Dewan Sri Siantan di Perbadanan Putrajaya hari ini. Yup, ada wedding.

Wedding ini sebenarnya adalah wedding anak tiri kepada kawan saya. Kawan saya ni telah berkahwin dengan seorang duda yang sudah mempunyai 3 orang anak lelaki. Seronok saya tengok kawan saya ni mengahwinkan anak tiri dia, rasa macam saya pun teringin nak mengahwinkan anak...ha ha ha...

Saya juga suka dengan konsep menepung tawar (betul ke perkataan ni?) di mana di panggil sorang sorang macam ni : 'diminta paklong dan maklong pengantin perempuan untuk menepung tawar dan mengambil gambar..."...macam best.   Anak-anak sedara saya setakat ni semuanya kahwin simple...ha ha ha.sanding pun tak de, so no such things as tepung tawar tuh...hiks.

Lepas kenduri, saya pergi ke rumah kak cik saya untuk melunaskan hutang yang telah saya simpan sangat lama. Yup, saya telah berjanji dengan anak kak cik saya Anas untuk belanja dia makan ice cream Baskin Robbins.

Well, kami pun pergi lah ke Alamanda, jalan jalan. Kami juga telah singgah di Aussino dan hubby sekali lagi tewas. Yup, dia beli lagi tuala Aussino tuh. Saya nak beli cadar dia, tapi yang saya suka tuh mahai gila. Saya request kat hubby untuk belikan waktu anniversary kami nanti dan kemungkinan yang dia akan penuhi permintaan saya tuh? -300% (ada 'negative' tau).

Lepas tu kami pergi tengok kasut Clarks. Bukan apa, saya dapat kupon less 20% kalau saya beli kasut di mana mana kedai Clarks, malangnya, tak de yang berkenan di hati, jadi saya pun tak beli lah.

Anas request nak beli kasut, kamipun pergi ke Al-ehsan...beli kasut.

Lepas tu kami pergi Parkson, saya nak belikan Anas T-shirt, tapi dia nak sweater, ok, fine.

Lepas tu, kami pun balik dan makan kek pandan yang kami dapat di kenduri kahwin tadi. Sekarang ni kami tengah lepak di depan tv, sebab kami tak de swimming pool, if not, mesti kami lepak di ruang keluarga, opposite our swimming pool...keep on dreamin cikbib!


2 comments:

  1. tq cikbib. aritu merentas desa dapat no 40. hehe moga dengan duit yang telah cikbib belanjakan, Allah akan sentiasa melimpahkan rezeki pada cikbib sekeluarga, :D

    ReplyDelete
  2. aaamiiin. Selalu exercise tau, baru berkat beli kasut tu

    ReplyDelete