Friday, January 25, 2013

Demam

Saya ada nampak  kawan saya post di facebook yang berbunyi lebih kurang :"makan-makan dengan gaji baru M I D A". Ini adalah untuk reference saya sendiri di masa hadapan ye, yup, pada 23 January 2013, saya telah menerima gaji pertama saya dari pada M I D A baru. Pada yang tak tahu, M I D A adalah dalam proses pengasingan daripada kerajaan dan oleh kerana itu, kami ada tangga gaji baru dan tiada lagi mendapat pencen...sobb!

Seterusnya, hari ini hari Jumaat, 25 January 2013. Saya bekerja balik setelah bercuti semalam.

Semalam saya memang tak buat apa-apa pun kecuali makan dan berehat. Sebenarnya saya demam sikit, mungkin akibat kena cucuk di dua tempat baru-baru ni, tangan saya rasa lenguh semacam aja dan tempat cucuk tu sudah lebam. Hmm, memang kulit tak berapa tahan kut.

*******************************************************************************

Saya dah mula rasa tak larat pada hari Rabu lagi i.e. 23 hb. Saya dah mengadu kat suami kata saya rasa macam demam, mata pun merah. Tapi Shuk hanya cakap, sabar sikit sebab the next day kan cuti (semalam), boleh lah berehat. Saya pun kata okay ajalah, tapi saya request hubby datang ambil pada petangnya. Haaa, dalam kereta waktu balik tu, saya siap lena tak ingat dunia lah.

Malamnya, kami pergi dinner kat Restoran Abe Seksyen 7. Hmmm, siap ada satu kereta ni langgar sikit kereta kami yang di sedang di park. Ntah lah budak-budak ni, jalan tu punyalah besar, boleh juga terlanggar. Tapi nak minta bukan bukan pun student lah pulak, teringat pulak anak anak sedara saya pun ramai juga yang drive, jadi kami pun bersabar, dengan harapan, orang lain pun akan bersabar dengan anak-anak sedara kami kalau depa buat silap, insya allah.

Malamnya, saya makan ubat, lepas tu sapu juga ubat dan cuba tidur. Tapi tak boleh tidur sebab tangan dan kaki rasa sakit/lenguh. Lepas tu, saya sapu dengan krim halia yang panas tuh..lega lah sikit. Sambil-sambil tu, hubby tolong urut sikit...baru lah tertidur...

********************************************************************************

Hari Khamis, 24 hb, saya pun berehat lah...saya rasa okay sikit, matapun kurang sikit merahnya. Tapi saya tahu suami saya sedang sakit perut...semoga cepat sembuh.

*********************************************************************************

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam...semoga saya dapat habiskan kerja saya, insya allah.







No comments:

Post a Comment