Kereta hitam saya akan habis pembayaran hutangnya pada bulan April ini..maknanya sudah 8 tahun lah saya guna kereta tu.
Kereta hitam tu adalah kereta Wira 1.5, special edition. Yup, my second car.
The first one was a red 850cc Kancil which I bought late 1997. Kenapa beli Kancil? hmmm, ada banyak sebab, antaranya :
1) budget constraint la, maklum lah baru kerja kan
2) takut nak bawak kereta besar
3) setengah orang kata Iswara 1.3 kurang pick up
Maka, saya pun pakailah kereta Kancil Merah tu selama 8 tahun. Yup, kereta tu telah sampai Kelantan, Terengganu, Kedah...banyak jasanya. Pernah pada satu masa tu, saya dan housemate saya Zali, serta Meen telah merancang untuk pergi Kedah, tengok Atim kahwin. Kami bincang senyap senyap sebab tak nak Tok Zali tahu, takut dia nak ikut. Bukan apa, kereta tu kan kecik, takut dia tak selesa, maklumlah, nak ke kedah ni, jauh tu.
Tapi dia tahu and berkeras nak ikut walaupun tahu kereta nya Kancil aja. Maka, kami berempat pun naik lah Kancil ke Kedah....haaaaa....sampai, alhamdulillah. Saya ingat lagi tengok Tok ok ke tak kat belakang kereta saya melalui cermin...dia relax aja...hiks...nak buat macam mana, waktu tu, kereta yang kami mampu, kancil ajalah.
Anak-anak sedara saya juga puas naik kereta tu...yeah, menumpang cikbib.
Lepas saya beli Kancil, Meen dan Atim pun beli Kancil jugak. Atim pulak, siap lowered kan kereta dia, sampai ada satu masa tu, dia terpaksa pulak pinjam kereta Kancil Merah saya bila dia nak bawa lebih orang sikit. Kereta dia untuk 2 orang aja, kalau lebih, tenggelam.
Lepas 8 tahun, saya mengambil keputusan untuk menukar ke kereta baru atas sebab saya tak larat nak menguruskan kerja-kerja maintenance yang meningkat dengan meningkatnya umur kereta itu. Saya kan perempuan.
Untuk kereta ke 2, saya determine untuk dapatkan kereta dengan cc yang lebih tinggi. Yup, I opt for my black WIRA. Saya masih memilih gear manual atas alasan untuk menjimatkan kegunaan minyak. Saya ingat lagi di mana saya telah berniat untuk membawa mak saya ke Johor sekiranya saya dapat bigger car, yup...
Saya beli the black Wira in 2005 and got married in 2006. Selepas kahwin, hubby yang lebih banyak bawa kereta ini. Saya ada juga bawa sekali sekala dan pada waktu inilah yang saya rasa agak tersiksa dengan gear manual. Saya sudah berniat dalam hati pada waktu tu di mana, kalau saya beli kereta baru, saya nak gear automatik, tak larat dah nak bermanual-manual.
Saya naik train selepas kahwin sampailah kaki saya sakit dan kami buat keputusan beli kereta baru, yang gear automatik lah. The most affordable car waktu tu, dengan cc 1.6 adalah Pesona...so...Pesona adalah kereta ke 3 saya, dengan hutang 10 tahun, ha ha
Dan sekarang, dengan habisnya hutang Wira hitam tu, saya sedang berfikir sama ada perlukan saya beli kereta baru...he he he
cik bib i had so much fond memories with the red kancil! loved it! :D
ReplyDeleteyup, we went everywhere with that Kancil kakak, I love it too
ReplyDelete