Saya bangun jam 6.00, solat dan masukkan baju ke dalam washing machine. Saya bawa juga keluar ayam untuk di masak, dan sambung tidur.
Dalam pukul 8.30 baru bangun...ha ha, sidai baju dan masak ayam masak merah...kira breakfast, lunch dan dinner dah tuh...
Hmmmm, lepas masak, saya mandi, hubby pun bangun, keluar beli newspapers then we ate at around 11.00. Hmmmm.....laparnya, langsung rasa sedap sangat lauk yang saya masak tu...
Lepas tu kami tengok tv, lepak...sembang, lipat kain..susun baju, lepar zuhur tidur...best, pasang aircond sebab panas.
bangun tidur, kami solat asar dan dalam pukul 6.00, makan...lauk yang sama lah. Waktu makan hubby baru bagi tahu yang dia akan cuti esok...alahhhh, sedihnya. Hubby kata dia saja tak nak bagi tahu saya sebab takut saya sedih...and dia tahu saya memang tidak boleh cuti esok..sebab esok saya ada course dan juga sebab hari Rabu, Khamis dan Jumaat saya akan pergi Sabah...hmmm, nak buat macam mana kan.
Lepas tu kami solat Maghrib, dan saya minta hubby urut tangan saya lagi sebab bangun pagi tadi rasa sakit sikit, mesti silap tidur lagi.
Sekarang, saya tengah update blog dan tadi baru tengok gambar Fasha Sandha kahwin. Hmmmm, semoga berbahagia Fasha Sandha dan suami. Shuk sedih sebenarnya sebab dia suka giler kat Fasha tuh...ha ha ha...
Lepas ni, saya nak siapkan kerja saya insya allah. Kerja saya jadi berlebih lebih sebab beside the normal work, saya perlu attend course, juga buat audit....semoga semua ini akan cepat berakhir, insya allah.
Okay lah, have a productive week ahead everyone.....
No comments:
Post a Comment