Semalam, 30 May, secara officialnya saya telah menyempurnakan kursus 'New Professionalism' saya. Dengan berakhirnya course itu, saya akan cuba improve penampilan saya secara keseluruhan. Saya cuba adapt, tapi rasanya part pakai covered shoes with heels tu...berat la sikit...for the mean time, I decided to stick to my black wedges which is so comfortable...
According to the trainer, my management was telling her that he wants officers of the organisation to dress up with authority...apakah maknanya itu? saya pun kurang fahem sebenarnya...AUTHORITY? hmmmm
Anyway, syukur, semalam berjalan dengan baik sekali. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan semalam dengan masa yang agak limited sampai saya risau memikirkannya. Tapi ye lah, sebenarnya tidak perlu risau kan, ingat balik lagu Maher Zain ye cikbib, yup, 'insya allah, ada jalannya'. Keep a positive mind, kerja kuat dan minta tolong dengan tuhan...doa banyak banyak, insya allah akan dipermudahkan semua urusan. And...bila stress/penat, jangan lupa untuk mengambil break time since you really need it.
Saya sebenarnya telah bekerja pada hari Ahad, tapi dari rumah lah. Saya telah menyelesaikan kerja kerja audit saya. Setelah siap, saya forwardkan kepada officer yang bekerja dengan saya kerana kami perlu combine kerja masing-masing. Alhamdulillah dapat officer yang baik. Kami berdua telah jadi gang buat audit selama dua tahun dan semoga pada tahun hadapan, kami tidak perlu lagi buat kerja kerja audit ni...bagi lah pada orang lain...
Okay, audit sudah selesai, another course pun sudah selesai...rasa legaaaaaa.....
Balik bilik dalam pukul 6.00, solat asar, lepas tu sempat blog hop sat, ye lah, penat kan...tengok gambar peej burhan kahwin...lepas tu sambung kerja, saya perlu selesaikan banyak perkara sebelum pergi Sabah esok.
Oh ye, semalam juga ibu kepada Ida, my ex housemate, passed away. Takziah untuk Ida, Shah dan keluarga..
Hari ni pulak, alhamdulillah, shukur cuti hari Buruh. Boleh la berehat sikit. hubby tengah tidur. Pagi tadi dia tengok bola, MU lawang M.City. Lepas tu dia bangunkan saya utk solat subuh...lepas tu dia sambung tidur lah.
Rumah saya dah macam tongkang terbalik...saya nak kemas lah lepas ni...saya nak masak juga...heeee, nak cuba masak gulai nenas...baru nak google resepi...wish me lucK!
No comments:
Post a Comment