Thursday, April 12, 2012

12 April 2012 : Hari Mesyuarat Sedunia

Hari saya bermula awal hari ini. 8.45 pagi, mula meeting pertama, pukul 10.30 meeting kedua, pukul 1.00 meeting ketiga dan meeting ke 4 bermula jam 4 sehingga jam 6.00. Saya cuma break dalam pukul 3-4...

Walau bagaimanapun, syukur, saya sihat hari ni...tak de pun telan panadol. Alhamdulillah. Habis meeting pukul 6, saya solat Asar, sambung kerja sampai solat Maghrib dan lepas tu baru balik dengan Cik Z.

Sampai rumah, hubby terus ajak pergi makan. Kami pergi ke Kedai Pak Mal di Seksyen 10. Makan nasi ayam dengan mihun sup. Balik rumah saya terus buka PC, tengok facebook and update blog ni, saya belum mandi lagi...he he

Anyway, sebenarnya saya mahu bercerita fasal semalam di mana hubby dan saya keluar makan dengan dua orang anak saudara kami, Hana dan Anis. Hana belajar di UITM, ambil fesyen sementara Anis belajar di MSU. Hmmm...seronok kan bila keluar keluar camni sebab kami asyik keluar berdua aja kan, so, to have more people is merrier.

Mula mula fetch Hana di Seksyen 2, lepas tu fetch Anis di Seksyen 13. Fikir punya fikir, Syuk decided to go to Kedai Kopi, opposite padang kemerdekaan Shah Alam tu..

Hmmm, kami order....

ini saya punya, sebab diet, saya pun order lah makanan yang kurang kalori seperti ais krim ni...ehhh, banana split sebenarnya...hissss, se order air suam je kan.

This is Anis's, dia order Chicken Maryland, hmmm, saya suka menu ni, especially the sweet sour sauce

Hana and Shuk ordered this, chicken chop

appetizer, rojak buah, kongsi empat orang, dah nak abis baru nak tangkap gambar

Hana and Anis...senyummmm

Hmm, kami makan, lepas tu sembang sembang, lepas tu hantar Anis kat rumah sewa dia, dan Hana pula di Kolej Mawar ITM. Heee, merasalah masuk ITM, walaupun duduk sebelah ITM, tapi nak masuk ITM tu memang lah susah.

Anyway, we had fun, mungkin kalau ada masa kita orang plan nak tengok midnight cerita mirror mirror pulak...boleh? heeee, cikbib ni, kalau pergi pun, tak boleh nak confirm yang mata ni boleh maintain terbuka sebab sesungguhnya saya adalah orang yang tidur malam awal.

Okay lah...masa untuk count your blessing? Saya bersyukur sebab saya rasa lebih segar dan sihat hari ni, sampai larat lagi nak update blog sekarang walaupun siang tadi sangat meletihkan...semoga hari esok, dan seterusnya adalah lebih baik buat kita semua...


No comments:

Post a Comment